Papan Tanda Tinta..

Papan Tanda Tinta..

Thursday, December 12, 2013

M.I.S.R...

Fi Hubb ....
Bagai sedetik cuma berlalu segala perancangan, sudah berubah menjadi kenyataan & beransur pergi sebagai kenangan.

Subhanallah.. Kenangan manis yang berlalu benar-benar menghambat rindu di hati. Tidak cukup dengan hanya mengungkapnya kembali melainkan harapan & impian untuk tempuhi kembali. Kepahitan & keperitan itu sentiasa menjengah fikiran, namun, ana lontar jauh.....sejauhnya dari kehidupan ini & menciptakan satu prinsip bahawa ia tidak akan berlaku lagi.

Setelah sekian lamanya pandangan bumi berkah itu tidak kelihatan, ana jengah tetingkap flight bersebelahan, “SUBHANALLAH..!!!!”,

Monday, November 4, 2013

"Terima Kasih.."

Insan,
Allah swt beri nikmat kepadanya untuk mengecapi kehidupan dunia. Dari zero, sekarang dah jadi hero! 

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur. {An Nahl: 78}.

"Alhamdulillah"
Moga ia jadi kalimat agung yang sentiasa meniti di bibir basah tanda syukur kepadaNya. Allah ArRahman ArRaheem. Di setiap detik berputar, pada satu helaan nafas insan kerdil, terbentang infinity nikmatNya yang ampuh tak terhitung.

Konsep yang tersemai pada insan, "bila ada yang memberi, perlu membalas."
Allah swt itu sudah difahami & dicerna sejak kecil lagi oleh seorang Muslim akan kebenaran tentang kekuasaan & keesaanNya. Allah swt tidak mengharapkan apa-apa balasan dari hambaNya, melainkan hanya memerintahkan makhlukNya untuk ber'ubudiyyah kepadaNya. Namun, jangan pernah ter'missed ' untuk berterima kasih kepada Yang Maha Memberi kerna Dia menyukai hambaNya yang bersyukur & sentiasa mengingatiNya.
Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hamba Allah adalah orang yang suka memanjatkan puji dan syukur kepada Allah.” (Riyadhus Solihin, 27).

 ‘Syukur’ adalah tanda atas keinsafan terhadap hakikat diri bahawa segala nikmat ini hanyalah dari Allah. 

Berbicara tentang terima kasih atau syukur, yuk! kembali kepada sedetik dua minit-minit kehidupan yang dilalui sebelum ini, apa yang diperbuat kerna syukurnya hati selain dari mengungkapkan kata-kata penghargaan?

:)


...


Setelah berlama-lama masa berlalu pergi,

Tuesday, October 8, 2013

Jom! B.A.H.A.G.I.A.?

Bahagia.

Apa erti bahagia ye?
Ana petik sedikit bingkisan dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi;
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:

“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” [Al Ra’du: 28]. 
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:

” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati” (riwayat Bukhari Muslim) 
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:

” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati 
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.
Kunci kebahagiaan itu adalah hati,
ukurannya adalah tindakan & peribadi yang terlahir darinya.
_LakaranInsani_
....

Semua insan nakkan bahagia, sahih?

Terkesan dengan perkongsian

Monday, September 30, 2013

Khabar Terbangkit Sedar..


Saat sedang dalam cubaan untuk melelapkan mata sambil mengaudit diri di laluan sepanjang hari ini,

Teeetttt………………….
Siapakah menghantar khabar di tengah-tengah malam sebegini? Alhamdulillah, mumkin ada peneman yang Allah hantar mengisi sunyi. Barangkali ia satu utusan penawar hati muhasabah diri.
Tangan lemah dek kemengantukan, menggapai handset di penjuru katil yang sedang di top-up kuasanya.

__Assalamu’alaikum, sahabat sayang… Nasihati aku sahabat, tolonglah, mengenai apa??? Mengenai....

Monday, September 2, 2013

Mereka, Kita, Sama-sama..

Kali ini melarik tinta pada papan putih ini berhalwa telingakan nasyid Kasih Padamu Ya Rasulullah dendangan Hafiz Hamidun.
Subhanallah, sungguh mendamaikan, menambah kesyahduan hati saat ini.
Makin ampuh ombak rindu padamu, Ya Rasulullah saw, { اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ }, menghempas-pulas daratan hati kerdil ini. Dititipkan rindu ini bersama doa & harapan dapat bertemu denganmu, ya Habiballah, di sana nanti.


IMAN's flight..^^
Hari demi hari, sedar tidak sedar, sudah hampir 3 bulan keberadaan ana di negara kelahiran ini. Tarikh 10 September yang sebelum ini amat menggusarkan untuk ditempuhi, kini..

Thursday, August 22, 2013

Naik Turun..

Selawat & salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Semoga semua umat Islam di seluruh dunia dalam rahmat & perlindunganNya.

Hari ini, disimpan kemas hasrat semalam untuk update tentang raya yang lalu. Ada hal yang lebih menarik-menarik hati untuk dipahatkan di sini.
Amat pedih menghadapi hari ini. Terumbang-ambing fikiran sesekali berpusaran & berselirat. Selepas subuh tadi, terlalu banyak perkhabaran yang sampai ke pengetahuan ana.

Friday, August 2, 2013

Taaruf hati tentang U.S.R.A.H.

Semalam, dalam perjalanan balik dari bandar, melalui SUK, tiba-tiba ana terluah satu soalan kat mama, "Tok Guru dah tak ada kat situ,kan?" Jika tak silap ingatan ana, mama membalas, "Masih ada lagi. Mengajar kat situ."

Mama sambung lagi, "Alhamdulillah, kita berada di bawah pimpinan Tok Guru dalam tempoh yang lama. Masa mengandungkan awak lagi. Masa tu mama kerja kat SUK ni sebelum pindah ke Kuantan. Hari-hari dengar Tok Guru mengajar. Berkat berada dekat dengan ulama’."

Alhamdulillah. Terima kasih mama bersakit lelah melahirkan, membesarkan & mendidik diri ini.

...namun,

Wafa' El-Imaan, penyeri bulatan gembira kami <3

Monday, July 22, 2013

Bicara Hati Kerdil..

Newborn Nur Hasanah Solehah @KBMC
"Ekkk... ekkk..."

Dah seminggu, Solehah; anak saudara ana yang berumur 2bulan, berjauhan dengan Umminya. Jauh Umminya ke Sibu sana untuk meneruskan amanah mengajar anak-anak bangsa dalam subjek perakaunan. Walau sudah berkali-kali meminta supaya diaturkan pertukaran ke Kelantan; di mana tempat Ayah Solehah bekerja jua kampung Solehah, seringkali tidak berjaya.

"Daripada single, kemudian kahwin, pregnant, sampai dah ada baby pun belum boleh tukar lagi. Dah berkali-kali naik turun Putrajaya. Macammana anak-anak nak dididik dengan baik jika dari kecil lagi ibu bapa sudah berjauhan dengan anak-anak mereka? ...", TokMa Solehah melepaskan beban kerisauan yang berpanjangan di hati. Muka kakak ipar ana berubah. Tergambar rasa: Sedih. Gelisah. Bimbang.

Saturday, July 13, 2013

TakdirNya..

Saat melakar kalam ini, terlalu hebat hati dirundum rasa sebak, rindu..

Desis hati berulangkali;
"Ya Allah, hambaMu ini tidak berupaya untuk berbuat apa-apa melainkan segalaNya ada kehendakMu."

"Pujuklah hatimu, pujuklah. Baluti segala kesedihanmu dengan redha pada takdirNya."

Allahu Akbar. Allahu Akbar.

Thursday, July 11, 2013

Serangkap Rindu..

Al-kisah rindu...

Rindu.

Rindu nak berkejaran pagi-pagi pi cari orang bertugas atau menugaskan diri sendiri bantu angkat barang cikgu-cikgu.
Rindu nak berkejaran pagi-pagi pi cari orang sampaikan motivasi pagi. Kadang-kadang tak tercari, apalagi, paksa diri sendiri.

Rindu pagi-pagi siapkan bahan usrah. Kerna tak sabar nak jumpa

Tuesday, July 9, 2013

Disampaikan Jua..

Subhanallah.
Allahu Akbar!

Alhamdulillah, Allah izin nafas ini terus berhembus, sinar suasana indahnya menembusi cornea mata ini & melangkahkan kaki ini memasuki RamadhanNya yang istimewa dengan rahmatNya. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Sebak. Terharu. Gembira. Bahagia.
Dalam jatuh & bangun, Allah masih lagi mahu diri sentiasa bangkit & istiqamah menuju redhaNya. "Ya Ilahi Rabbi, thabbit qulubana 'ala deenik fi to'atik. "


Thursday, July 4, 2013

Fi Hubb Misr..

Ubah. Mengubah. Berubah. Diubah. Pengubah. Perubahan.
Perkataan jika itu diungkap, akan terbayang bersertanya ada:

Cabaran. Sukar. Lama. Konsisten. & seangkatan dengannya...
Ada benarnya, kan?
...

Jika diteliti baik-baik, bukan perubahan yang sebenar2 mereka mahukan, tetapi lebih nampak kepada kuasa mahu memerintah agar lebih senang 'memerintah' berbanding diperintah.

Pemimpin yang hebat pemikirannya, jernih ikhlas hatinya, memperteguh giatkan Islamisasi dalam memerintah rakyatnya yang sudah hampir lemas dalam kekayaan yang menggunung & kemiskinan yang tegar.

Terlalu sadis mata-mata yang menilai pemerintahannya di balik perih jerih menongkah arus hanya dipandang apa yag tidak lengkap & tidak mapan. Adakah mereka mahukan seperti sekelip mata sahaja semua bertukar kepada yang baik & elok semata?
Apakah baik keadaannya yang mereka lihat tahun sebelumnya revolusi?

Beribu langkah yang aku singgahkan di sana, hati terkadang hidup & terkadang sakit;

Wednesday, July 3, 2013

Mulakan Langkah!

Ligat. Ke sana, ke sini... Itu, ini... Serba tak kena apa yang yang bermain di minda..
Macam highway kt kl dah rasanya dalam kepala ni; berselirat, menunggu masa tersimpul mati di persimpangan jalan?? Gulpp..

"Apa solusinya ni?? Maunya pecah kepala ni berfikir tak sudah-sudah..." @_@

...

Papp..*nahh, 'lepuk' sebijik + sebakul dua nasihat* T_T

"Tidak boleh statik berdiri di satu tempat untuk mengetahui apa yang akan berada di beberapa langkahan ke hadapan. Perlunya untuk teruskan langkahan.
Nak capai buah di dahan paling atas, kena panjat! Bukan tunggu buah tu jatuh. Tup2 yang jatuh tu dah dimakan ulat, tak ke 'naye' tu??
Sekarang bukan lagi macam dulu, makin nak yang lebih baik makin hebat cabarannya, tak boleh jadi yang biasa-biasa sahaja.
Mencari, bukan menanti. Peluang takkan datang sendiri melainkan ia didatangi.
Fokus pada matlamat, bina kekuatan hati & keyakinan diri.
Isi diri dengan pengetahuan, luahkan jadi amal, tak boleh isi dengan fikiran yang tak keruan & tak tahu ke mana nak teruskan berjalan, bimbang nanti sesat sebelum sampai."

...

1... Ehh, bukan ni..
2... Yang ni pun tak kena..
3... Mana satu ni... susahnya...

Lama-kelamaan;
Alhamdulillah,ya Rabb, dah terungkai..

--> Selagi detik berputar, aturlah & teruskan derapan langkah meniti kehidupan, hayunan takkan berhenti melainkan tibanya di pengakhiran, bi iznillah.

Saturday, June 29, 2013

Penyejuk Di Mata, Penawar Di Hati..

Salam 'alayk..

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahu Akbar...
Saat ini masih dapat menata tinta meraih seraut ilham yang dikurniakan olehNya. Terlalu laju detik berlalu. Berganti dan terus berganti. Masa lalu telah jauh pergi meninggalkan hari, mencatat sejarah diri. 

Dihitung-hitung, sudah 8 bulan lebih lamanya, tercipta langkahan meniti hari-hari di ardhul kinanah. Kini sudah kembali ke bumi bertuah. 
Lamanya suatu perpisahan, disambut bahagia dengan kehadiran dua insan comellll. Penyejuk mata, penenang hati, bi iznillah. Hidung mancung, pipi bambam, fe'el pun soleh & solehah je mereka ni. Subhanallah.. Syukrun 'alayk, ya Al-Khaliq hubb.

..Umar Qayyum & Nur Hasanah Solehah..

Friday, June 21, 2013

Catatan Mim.Sod.Ro.

“Ehh, sihat ke tak ni? Muka macam sakit je.”, sapa sorang kakak senior dalam perjalanan pulang ku ke rumah. Mumkin kerna melihat ku bergegas menentang arah keluar dari kawasan universiti.

“InsyaAllah, kheir.” Ku ukir :) semampunya muscles di pipiku ini mampu untuk contract & extend sehingga aku dapat menggembirakan insan disekeliling ku.

Dinginnya udara menyapa wajahku. Ia benar-benar menguji ketahanan tubuhku. Penghantaran signal dari otakku memberi amaran ke seluruh anggota badanku agar segera melalui proses penghangatan.

Satu lembaran memori tersingkap saat

Sunday, May 19, 2013

Takdir Mendatangi Bakal Dukturah..

Menyingkap sebuah memori satu masa lalu..

Hajat ana untuk menjadi seorang Dr. sudah kabur kerana result SPM ana tak tercapai seperti yang ana target. Bukan 10A's. Tapi hanya 2/5 daripada target ana dan yang lain semuanya B+. Jelas pada wajah mama sangat berdukacita dengan result yang ana dapat.

"Tangisan walau keluar darah sekalipun sudah tidak bermakna,ini aturan Allah,sayang..Yakin pada kehendakNya..",pujuk hati ana.

Ya,kena yakin.

"Kita sudah merancang dengan tersusun... Namun, Allah juga merancang untuk kita.. Perancangan Allah itu maha tersusun dan maha terbaik untuk kita.. Dia adalah Pencipta kita.. Dia tahu apa yang baik dan disebaliknya.." -Ummi Hasnah Mohamed-

Tuesday, March 12, 2013

Ummi, Andai Hari Ini..

Ummi.....
 
Andai hari ini
,

Ana insan sempurna....,
Tidak ingin sedikitpun ana sakiti hati ummi..
Namun,ana hanyalah insan biasa,
Mengalir jernih air mata,
Saat menyedari ummi terluka..


Andai hari ini,
Ana punya seribu kekuatan....,
Ana lakarkan senyuman terindah buat ummi..,
Walau sekuat mana badai melanda diri..
Namun,ana seorang yang lemah,
Tika ummi rebah dalam duka,
Ana merasakan diri tersungkur ke tanah..

Andai hari ini,
Ana menjadi penyair,
Ana bina madah bicara tersusun dan manis belaka,
Mendamaikan segala pendengaran ummi..,
Namun,ana tidak pandai mengolah kata,
Kadang ummi tersentuh jua,
Saat ada bicara menghiris jiwa..

Andai hari ini,
Ana dapat bertemu ummi,
Ana peluk ummi erat-erat,
Ana cium kaki ummi,
Ana bisik pada ummi,
"Uhibbukifillah jiddan abadan da'iman"...

Andai hari ini,
Ana merasa pelukan hangat ummi,
Ana dicium ummi mesra sekali,
Ana membantu ummi,
Ana menghiburkan ummi,
Ummi malah Ilahi pasti meredhai ana...
Namun, tiada andai dalam kehidupan ini,
Bisa 'namun' jua hanya mainan pemikiran..
Tiada semuanya yang elok di dunia,
Segala kekhilafan lahir dari ana,
Merupakan ujian buat ummi,
Maafkan ana, ummi sayang...

::Merindui hangat kasih U.M.M.I.::
_AnNisa Asrar_ Mansoura, Mesir..

Saturday, February 9, 2013

Sekeping Nota, Pengubat Hati..

Solidarity with Gaza.. Pray for them & also for us..

Cover solidarity: 2012

...


"Assalamu'alaikum,saudara yang ana kasihi fillah.

Kita tidak ditakdirkan untuk lahir & membesar di Palestin.

Di waktu kita masih kecil, kita gunakan batu untuk main batu seremban, tetapi anak2 kecil Palestin menggunakan batu sebagai senjata mereka berhadapan dengan Zionis laknatullah. Subhanallah..

Kita juga seronok main mainan2 yang dibeli oleh ibu & ayah, & sentiasa ada mereka di sisi kita. Namun, sesetangah kawan2 kita di sana, dari kecil sudah tiada ayah & ibu. Bahkan mungkin tidak pernah bertemu mainan2 yg canggih seperti yang kita miliki. Berbeza sekali dengan kita ialah mereka di waktu kecil ada yang sudah bergelar hafiz/hafizah Al-Quran.

Di waktu kita meningkat remaja, kita melalui alam persekolahan yang lengkap dengan kemudahan (e-learning, kelas berhawa dingin, etc.). Namun, jauh sekali berbeza dengan saudara kita di sana. Serba sederhana & terkadang banyak kekurangan kelengkapan pembelajaran. Walaupun begitu,kesungguhan mereka tidak pernah kalah pada keadaan. Subhanallah. Allahu Akbar!

Friday, February 8, 2013

Detik Berlalu..

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah, ya Rabb..
Makin hari, makin menebal lembaran kehidupan ini.. Namun, sesekali mengimbau kembali segala hal-hal yang terlakar di dalamnya, semoga Allah menerima segala keindahan warna kebaikan & memadamkan noda yang tersingkap padanya.
Hari ini, ada hal semalam yang tertangguh/tertinggal, ada baru yang bertandang menunggu untuk diselesaikan. Ada yang segera & ada yang tidak segera, ada yang penting & ada yang tidak penting.

Penyusunan.

Peringatan yang selalu menerjah minda.
Apalagi, koyakkan kad senarai & catit apa yang nak dibuat..
1,
2,
3, .... Alhamdulillah, dah selesai.
Ehh,

Thursday, January 31, 2013

Lebih Manis Dari Madu..

Assalamu'alaikum..

Kaifa halukum? Harapnya semua sihat walafiat hendakNya... Semoga kita sentiasa berada dalam perlindungan dan Redha Ilahi... Alhamdulillah,di kesempatan waktu yang ada,ana nak share sikit.. Kenangan ini banyak mengajar ana erti kesabaran menempuhi mehnah dan tribulasi dalam menyebarkan agama yang suci ini,ISLAM..

Fikiran ligat memikirkan aktiviti apa yang nak dibuat untuk adik2 nuqaba'(ketua2 usrah) BADAR di madrasah at-tarbiyyah yang ana amat rindui.. Muhasabah diri? Hmm,itu dah dilistkan.. Game perang ala zaman Rasulullah SAW.. pun sudah masuk senarai.. Apa lagi ye..
Tiba2,sahabt sayangfillah melontarkan idea,

"Jom main lilin!".. 

Haahh? Kami tertawa kecil dengan cadangan mujahidah sorang ni.. Macam kanak2 aje bunyi aktiviti tu.. Ish3.. Namunnn.. Bila dibentangkan tentang apa dan bagaimana aktiviti 'Jom Main Lilin' tu,nah,ternganga kami ..

Sunday, January 20, 2013

Masih ada waktu!

Pena berkait menata suatu maksud disebalik segala perkara yang tersingkap.

Allahu Akbar..! Sungguh, setiap aturanNya adalah sebaik-baik aturan, walau kadangkala berlainan dengan apa yang direncanakan oleh insan. Oleh kerana hanya Dia mengetahui segala-gala sesuatu tentang baik buruknya apa yang dikurniakan kepada hambaNya.

Usahlah kecewa, wahai jiwa yang mengharapkan sesuatu dari Ilahi, jika tidak diganjarkan secepatnya atau seperti yang diimpi. Setiap apa yang tersimpan di hati seorang hambaNya tiadalah terlepas walau sebesar zarah perkara sekalipun di pengetahuanNya. Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Memberi kurnia,kan? Rintihan jua tangisan pada Rabb itu tinggi nilaian di sisiNya, bi iznillah.

......................

Wednesday, January 16, 2013

Di Sini..

Apa khabar hati2 yang amat2 merindui pelukan kasih sayang Pencipta & Pemilik Kekal hati?
Moga sentiasa berada dalam rahmat & petunjukNya sentiasa..
Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw.. Semoga bunga2 cinta kita kepada Baginda saw semakin mekar & haruman sunnah Baginda saw sentiasa semerbak diharumkan oleh kita di detik2 berbaki kita di dunia yang sementara ini.. Begitu kita mendambakan syafaat Baginda saw di sana nanti saat yang lain sedang merintih & mencari bekal ke syurgaNya.. Moga dengan rahmatNya,kita sama2 menapak ke Jannah Ilahi.. Subhanallah walhamdulillah wAllahu Akbar!


Alhamdulillah,sudah meniti empat bulan langkahan ana di bumi Anbiya' ini..

Kembali Bertinta..

Assalamu'alaikum wbt wmt..

Salam ta'aruf & ukhuwah fillah.. :)

Subhanallah,bagai tangan ini mahu sahaja menekan-nekan keyboard walau dalam fatrah imtihan. Namun, satu hal yang menghalang, blog sudah tidak dapat dibuka lantaran sudah di'hacked' setelah meletakkan satu entri mengenai Palestin..

Tiadalah mesej ana melalui entri itu berunsur apa-apa yang tidak baik, tidak sama sekali! Tetapi melaluinya, ana hanya ingin membuka mata semua yang menatap agar sedar tentang apa yang sedang berlaku pada saudara kita di Gaza.
"Ketahuilah,sekurang-kurangnya darjah persaudaraan kerana Allah adalah selamat jiwa & bersangka baik kepada kaum muslimin & setinggi-tinggi darjahnya adalah mengutamakan saudara kita di atas kepentingan kita sendiri.Janganlah tidur satu malam pun kecuali saudara berada dalam keadaan di dalam keadaan demikian" -AsySyeikh Mustafa Masyhur-
Namun, ana takkan menyerah, semua perlu sedar & tahu tentang isu Ummah. Wajib ke atas kita untuk tahu!
Daripada Anas Bin Malik r.a., daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya, "Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk dirinya sendiri."
[H.R Imam Bukhari & Muslim]

Setiap perkataan yang kita cuba ingin sampaikan, bukan hanya semata-mata perkataan, tetapi, ia adalah suatu amanah. Tiadalah hal yang paling berat melainkan amanah. insyaAllah, kita sama-sama melangkah meniti hati menuju redha Ilahi. Melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah, mengamalkan apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. & meninggalkan segala kemungkaran. Betulkan sedikit demi sedikit "angle" iman kita. Jaga merasa kita berseorangan, Allah sentiasa ada. PertolonganNya selalu bersama kita. Yakin diri
!


Credit to: Islamic Reflection's blog..
Jaga diri, jaga iman.. Barakallahu fikum..
Lakaran hati,
AnNisa Asrar, Mansurah, Mesir.. 

Murobbiah Sayangfillah..

Murobbiah Sayangfillah..
"Dalam mengharungi landasan dakwah & tarbiyyah (D&T), murobbi dan halaqah tak boleh dipisahkan.. Setiap masa dan tempat mesti mencari peluang mendapatkannya.. Agar jiwa da'ie dalam diri sntiasa terarah dan dipandu pada landasan yg betul, bi iznillah.." _Ummi Hasnah Mohamed_
Serangkap tinta Nur susun buat Ummi sayangfillah:
Baja keringat yang ditabur,
menyuburkan cambahan akar cerdik pandai yang menyusur kepantasan masa,
merimbunkan pokok kemajuan negara kian moden buat teduhan insan di bawah didikannya.
Angin berpupuk menyapa haruman bunga kejayaan duniawi yg mekar,
lalu berputik buah kebaikan untuk dituai dalam kiraan amalan kelak nun di akhirat sana,
semuanya kerana baja keringat insan bergelar MUROBBI. Dengan IzinNya, tersemai elok benih insan yang kecil saja saiz ilmunya lalu tumbuh menjadi insan berisi yang bermanfaat buat yang lain; seorang pelajar.
Barakallahu fik...

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Dalam ukhuwwah itu akan terlakar segala lukisan kenangan amat indah, walau terkadang terselit duka & perih pahitnya ujian. Namun, ujian itu lebih mengakrabkan kami, mengindahkan lagi lembaran kehidupan kami. Antara dua saudara itu, pelbagai kelainan yang ada pada diri masing-masing, ada yang cantik, ada yang cute, ada pandai, ada yang bijak dan bermacam-macam kehebatan lagi. Akan tetapi, bila sama-sama melengkapi,semuanya akan membentuk lingkaran kesempurnaan. Mungkin ada waktunya lingkaran itu ada juga sedikit kekosongan di dalamnya dek kerana kami adalah insan biasa, tidak sempurna. Indah kan ukhuwah fillah? <3

My Life My Exam..

My Life My Exam..
A trial.. or real.. Not so easy to change our mind to DO.. but, when we DID it, yeay, alhamdulillah, we'll feel that actually, it's not so difficult as we think, insyaAllah. Go! Go! Next stairs is waiting me, you & us! Allahu yusahhil 'ala kulli hal, Allahumma Ameen.

L.O.V.E.

L.O.V.E.
Abu Huraira reported: The Prophet, peace and blessings be upon him, said, “A man set out to visit his brother in Islam from another town and Allah sent an angel to him. When the man met the angel, he was asked: Where are you going? The man said: I am visiting my brother in this town. The angel said: Are you returning a favor? He said: No, I have desire to visit him except that I love him for the sake of Allah the Exalted. The angel said: I am a messenger from Allah to tell you that Allah loves you as you love him.” {Sahih Muslim 2567, grade: Sahih (authentic) according to Imam Muslim.}

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..
Dikarang segala gembira, dilakar segala bahagia. Indah tiada terkata, bersama si dia yang tidak halal baginya. Di suatu masa, lara datang menyapa, pedih menahan segala luka. Sudah tak berhargakah segala bahagia yang ditinta bersama? Apakah janji sudah terkota, ingin bersama selamanya? Wahai hati yang sedang 'bahagia dalam lara', sedarilah sebelum hampa, ia nyata hanya silap mata permainan dunia sahaja. Jagalah cinta sebaiknya. Usah dibiarkan disapa oleh yang tidak patut menerimanya. IMAN di dada kata,"Jangan mengada2 bila si penggoda mula berkata2.." Di takat mana, kepedulian kepada jiwa? Lahirkan cinta sebagai seorang Hamba, kepada Yang Maha Mencipta, jua pada hanya yang selayaknya. Jangan sekali-kali berhambakan cinta yang dusta.

Harapanku AnNisa..

Harapanku AnNisa..
Wahai rijal! Bila saat hiba kesusahan menimpa, bagi seorang nisa',mengalirkan air mata dapat mententeramkan hati yang sedang kekalutan & kesedihan. Namun, jangan menganggap tangisan kami itu satu kelemahan kerana itu adalah fitrah seorang nisa'. Jangan sesuka hatimu mengambil kesempatan ke atas kami dengan membuatkan ramai nisa' sentiasa bergenang mutiara jernih. Jangan sesekali sentuh hati kami tanpa ada ikatan yang sah!! Nanti bisanya sentuhan itu akan melukakan hati antara kami di suatu saat. Lindungilah sebaiknya insan-insan yang sering mengalirkan air mata ini.