Papan Tanda Tinta..

Papan Tanda Tinta..

Wednesday, January 16, 2013

Di Sini..

Apa khabar hati2 yang amat2 merindui pelukan kasih sayang Pencipta & Pemilik Kekal hati?
Moga sentiasa berada dalam rahmat & petunjukNya sentiasa..
Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw.. Semoga bunga2 cinta kita kepada Baginda saw semakin mekar & haruman sunnah Baginda saw sentiasa semerbak diharumkan oleh kita di detik2 berbaki kita di dunia yang sementara ini.. Begitu kita mendambakan syafaat Baginda saw di sana nanti saat yang lain sedang merintih & mencari bekal ke syurgaNya.. Moga dengan rahmatNya,kita sama2 menapak ke Jannah Ilahi.. Subhanallah walhamdulillah wAllahu Akbar!


Alhamdulillah,sudah meniti empat bulan langkahan ana di bumi Anbiya' ini..
Penuh kesyukuran dipanjatkan pada Ilahi, dengan takdirNya ana di sini.. Gagah menjalani tarbiyyah dariNya.. Tiadalah Allah swt meninggalkan hambaNya keseorangan walau di mana jua pun Dia meletakkan hambaNya,malahan lagi peritnya tatkala terpisah jauh dari insan-insan yang tersayang....

Bagai kasih Ilahi makin subur memenuhi ruang hati ini.. Terasa sebak, sayu & makin tunduk redha pada ketentuanNya.. Subhanallah, tapakan makin kuat bila tarbiyyah di Ardul Kinanah berbondong-bondong menyinggahi hari-hari ana di sini.. Tiadalah mampu bertahan insan yang lemah & kerdil ini melainkan pinjaman kekuatan dari Al-Muhaimin,alhamdulillah, ya Mu'assiral 'Aa'mal..

Di sini tidak sama.. Ya, tidak sama dengan tempat kelahiran ana.. Jauh bedanya.. Namun,tadabbur pada alamNya yang terlalu indah ini, menghadirkan suatu kedamaian & kebahagiaan berada di sini.. Lama-kelamaan menghadirkan rasa syukur yang menggunung tinggi pada Ilahi.. Mengharapkan diri ini terus ampuh menjalani kehidupan di sini..

خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ بِالْحَقِّ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِلْمُؤْمِنِينَ
Allah menciptakan langit dan bumi dengan hak. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang mu’min. (Al-Ankabut:44)
Pasti akan bertamu lagi tarbiyyah dariNya.. Kuatlah, wahai diri, mujahidah agama yang bakal menjadi sayap kiri perjuangan Islami suatu hari nanti.. Fighting!!


Setiap apa yang ingin dilakukan setiap insan itu, pasti besertakan pengorbanan.. Sama ada kecil atau besar suatu pengorbanan itu, ia ada nilai di sisiNya jika bertunjangkan semata keranaNya, bi iznillah.. Moga hati kita terdidik untuk menjadi insan yang sentiasa utuh bermujahadah di jalanNya.. Masa tidur yang tak mencukupi, masa yang diperuntukkan mneghadiri kuliah agama, masa yang beberapa detik dihabiskan untuk menziarahi saudara, insyaAllah, yakinlah bakal diganti olehNya.. Dengan doa, usaha & tawakal, bakal membuahkan suatu kejayaan, kan? InsyaAllah, siapa tahu lagi 99 nikmat yang Allah belum kurniakan pada hamba-hambaNya melainkan di sana nanti bakal terjawab segala-galanya.. Hadith Rasulullah saw: 
Sesungguhnya Allah SWT memiliki 100 rahmat (nikmat), satu rahmat dari padanya diturunkanNya dan dibahagi-bahagi diantara jin, manusia, haiwan-haiwan besar dan kecil. Dengan rahmat yang satu itu, semua makhluk tersebut saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi. Dengan rahmat yang satu itulah seekor keledai liar menyayangi anaknya. Adapun rahmat yang 99 lagi disediakan Allah SWT buat kehidupan di akhirat. Dengan rahmat yang 99 itulah Allah akan mengasihi hambaNya pada hari kiamat”. (H.R. Bukhari dan Muslim).

Tidak tercapai di fikiran kita, kan, apa yang Allah bakal takdirkan buat kita di hari muka? InsyaAllah, sama-samalah kita membina, melatih & menjadi hamba Ilahi yang soleh/solehah.. Moga hati2 kita sentiasa dipeluk dalam rahmat kasih sayangNya..

Alhamdulillah, hanya setakat ini ana mampu mencoret bingkisan hati.. Moga ia bersulam semangat buat diri ana & antum..

p/s: Hadirkanlah suatu senyuman di saat duka agar tiada hati lain yang bakal terluka.. Itu adalah suatu pengorbanan yang bermakna.. Nahhh,senyuman & doa diukir khas buat insan2 tersayang di Malaysia juga pembaca yang dirahmati Allah! :)

Wallahu 'Alam..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh..

Meniup khabar dari,
AnNisa Asrar,
 Mansurah, Mesir..

2 comments:

  1. salam ukhwah^^~
    takecare~
    sila bjalan2 di kwsn saya: langitjuara.wordpress.com
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ukhuwah fillah kembali.. :)
      insyaAllah..

      Delete

Murobbiah Sayangfillah..

Murobbiah Sayangfillah..
"Dalam mengharungi landasan dakwah & tarbiyyah (D&T), murobbi dan halaqah tak boleh dipisahkan.. Setiap masa dan tempat mesti mencari peluang mendapatkannya.. Agar jiwa da'ie dalam diri sntiasa terarah dan dipandu pada landasan yg betul, bi iznillah.." _Ummi Hasnah Mohamed_
Serangkap tinta Nur susun buat Ummi sayangfillah:
Baja keringat yang ditabur,
menyuburkan cambahan akar cerdik pandai yang menyusur kepantasan masa,
merimbunkan pokok kemajuan negara kian moden buat teduhan insan di bawah didikannya.
Angin berpupuk menyapa haruman bunga kejayaan duniawi yg mekar,
lalu berputik buah kebaikan untuk dituai dalam kiraan amalan kelak nun di akhirat sana,
semuanya kerana baja keringat insan bergelar MUROBBI. Dengan IzinNya, tersemai elok benih insan yang kecil saja saiz ilmunya lalu tumbuh menjadi insan berisi yang bermanfaat buat yang lain; seorang pelajar.
Barakallahu fik...

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Dalam ukhuwwah itu akan terlakar segala lukisan kenangan amat indah, walau terkadang terselit duka & perih pahitnya ujian. Namun, ujian itu lebih mengakrabkan kami, mengindahkan lagi lembaran kehidupan kami. Antara dua saudara itu, pelbagai kelainan yang ada pada diri masing-masing, ada yang cantik, ada yang cute, ada pandai, ada yang bijak dan bermacam-macam kehebatan lagi. Akan tetapi, bila sama-sama melengkapi,semuanya akan membentuk lingkaran kesempurnaan. Mungkin ada waktunya lingkaran itu ada juga sedikit kekosongan di dalamnya dek kerana kami adalah insan biasa, tidak sempurna. Indah kan ukhuwah fillah? <3

My Life My Exam..

My Life My Exam..
A trial.. or real.. Not so easy to change our mind to DO.. but, when we DID it, yeay, alhamdulillah, we'll feel that actually, it's not so difficult as we think, insyaAllah. Go! Go! Next stairs is waiting me, you & us! Allahu yusahhil 'ala kulli hal, Allahumma Ameen.

L.O.V.E.

L.O.V.E.
Abu Huraira reported: The Prophet, peace and blessings be upon him, said, “A man set out to visit his brother in Islam from another town and Allah sent an angel to him. When the man met the angel, he was asked: Where are you going? The man said: I am visiting my brother in this town. The angel said: Are you returning a favor? He said: No, I have desire to visit him except that I love him for the sake of Allah the Exalted. The angel said: I am a messenger from Allah to tell you that Allah loves you as you love him.” {Sahih Muslim 2567, grade: Sahih (authentic) according to Imam Muslim.}

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..
Dikarang segala gembira, dilakar segala bahagia. Indah tiada terkata, bersama si dia yang tidak halal baginya. Di suatu masa, lara datang menyapa, pedih menahan segala luka. Sudah tak berhargakah segala bahagia yang ditinta bersama? Apakah janji sudah terkota, ingin bersama selamanya? Wahai hati yang sedang 'bahagia dalam lara', sedarilah sebelum hampa, ia nyata hanya silap mata permainan dunia sahaja. Jagalah cinta sebaiknya. Usah dibiarkan disapa oleh yang tidak patut menerimanya. IMAN di dada kata,"Jangan mengada2 bila si penggoda mula berkata2.." Di takat mana, kepedulian kepada jiwa? Lahirkan cinta sebagai seorang Hamba, kepada Yang Maha Mencipta, jua pada hanya yang selayaknya. Jangan sekali-kali berhambakan cinta yang dusta.

Harapanku AnNisa..

Harapanku AnNisa..
Wahai rijal! Bila saat hiba kesusahan menimpa, bagi seorang nisa',mengalirkan air mata dapat mententeramkan hati yang sedang kekalutan & kesedihan. Namun, jangan menganggap tangisan kami itu satu kelemahan kerana itu adalah fitrah seorang nisa'. Jangan sesuka hatimu mengambil kesempatan ke atas kami dengan membuatkan ramai nisa' sentiasa bergenang mutiara jernih. Jangan sesekali sentuh hati kami tanpa ada ikatan yang sah!! Nanti bisanya sentuhan itu akan melukakan hati antara kami di suatu saat. Lindungilah sebaiknya insan-insan yang sering mengalirkan air mata ini.