Papan Tanda Tinta..

Papan Tanda Tinta..

"Ukhuwah; Kasut & Stoking"

“Ukhuwah; Kasut & Stoking”
_Asrar,As,Mal,Iha_

Dah pukul 5.30 pagi ni, kan nak kena ada di tempat berkumpul pukul 6.30 pagi. Lambat tak tau.”, riuh suara Asrar di pagi hari memecahkan kesunyian pagi yang teramat dingin.

“Ehh, ni bersiap-siap nak pi mana,Asrar? Jadi ka pi liqa’ hari ni?” As menggaru-garu kepala yang tidak gatal dengan loghat utaranya yang sedikit pekat.

“Emm, nak bersiap-siaplah ni. Sekejap lagi kita keluar sama-sama ye,” Asrar berselindung sambil menahan tawanya dari berderai.
J

Mengikut perancangan, Asrar mengatakan tidak dapat mengikuti kedua-dua sahabat hatinya, Mal & As, ke program kali ini oleh kerana kesihatannya tidak membaik. Namun, dalam diam, namanya telah didaftarkan semalam walau sebenarnya Asrar tidak yakin dengan pilihannya untuk ke sana. Semata rindu untuk tadabbur keindahan alam & mencari sudut tenang buat mindanya, dikuatkan juga hati memilih untuk bersama-sama dalam program kali ini.

“InsyaAllah, kheir!” getus hatinya dengan yakin.

Sambil mengemas barang yang nak dibawa, Mal cuba meyakinkan Asrar tentang ruginya tidak dapat bersama-sama ke pantai hari ini. Dinyatakan apa yang dijumpai dalam carian Google tentang pantai di hujung negeri yang amat indah itu, tak terbanding pantai yang pernah dijejakinya sebelum ini. Dikongsikan jua di laman sosial facebook satu gambar permandangan di sana. Subhanallah, indahhh benar!

“Tak bestnyaa Asrar tak ikut pi sama. Kita berdua ajalah kali ni,” rungut As. Sedih kedengaran nadanya. Sekali lagi menahan tawa, tersorok satu ukiran senyuman Asrar sambil menyibukkan diri bersiap kononnya nak ke tempat berbeza dengan kedua-duanya. “Takpe, pergilah. InsyaAllah, ada rezeki, kita akan keluar bersama-sama lain masa ye.”
“Jangan lupa bawa stoking lebih. Kan sat lagi basah, takdak stoking da nak pakai.”, dari bilik belakang sehingga ke ruang tamu di bahagian hadapan kedengaran suara Mal mengingatkan dalam loghat utara. Dah berjangkit slanguenya dengan As ye? J Itulah gelagat sehari-hari. Utuh ikatan bagai satu keluarga. “Yuk,da lewat ni”, Asrar mengingatkan. Tetapi Asrar terlupa sesuatu.

“Eh, kejap-kejap. Ana belum sempat nak makan ni.” Asrar yang sedikit kekalutan. Itulah Asrar, kadang-kadang dah ingat buat semua benda, tapi ada juga yang terlupa. “Takpe, bawak aje dalam bekas makanan tu. Makan ‘tengah’ jalan nanti.” Mal yang kepeningan melihat Asrar yang mundar-mandir dari bilik ke ruang tamu. Entah apa yang dicarinya pun tidak diketahui.
Pagi yang teramat sejuk. Kepulan asap terhembus keluar dari mulut saat menutur kalam. Membelah kedinginan pagi dengan telatah ceria tiga sahabat. Angin menyambar pipi, “Shhhh… Sejukkk..”, kedengaran sayup suara As. Diketap-ketap bibirnya sehingga kemerah-merahan untuk menghangatkan.

Sesampainya di tempat berkumpul, “Eh, kenapa Asrar tunggu kat sini. Ikut kami ke?”, Mal memecahkan lamunan Asrar yang dari tadi kelihatan sedang berfikir sesuatu. “Eh,betul juga. Kenapa ana ada di sini ye?” Terburai gelak antara mereka. “Dah agak tadi dengan As. Dok sibuk mengemaihhh sakan. Macam nak ikut kami je.”


“Hihihi. Kantoi. Tak menjadi ana nak buat kejutan kat sahabat-sahabat tersayang. Sebenarnya semalam ana dah daftar. Awal lagi dari antuma,” Asrar mengalah. Ada yang sedang geram mencubit-cubit ayam *ada ke?*. Ada teriak-teriak kecil mengaduh yang tidak berapa sakit sebenarnya. :D



Perjalanan yang hanya mengambil masa sejam setengah itu diisi dengan berbagai-bagai aktiviti. Ada yang menghayati pandangan di luar cermin, ada yang membaca buku, ada yang mendengar muzik, ada juga mengambil kesempatan merehatkan diri untuk mengumpul tenaga barangkali.

Sampai ke destinasi yang dituju. Semua bergegas memenuhi masjid yang agak kelihatannya agak tersusun & bersih berbeza dengan masjid-masjid yang pernah dilewati mereka sebelum ini. Sudah terlewat sedikit waktunya jika berdasarkan tentatif yang ada. Setiap apa yang manusia rancang, Allah jua merancang & perancanganNya adalah sebaik-baik perancangan.

Slot pertama amat yang berjaya menarik hati untuk meletakkan diri sebagai pemegang matlamat untuk menjadi da’ie ilallah. Percambahan minda tentang amanah yang selama ini terpikul di pundak tetapi tidak sedar akan kewujudannya. Kata-kata terakhir berulang-ulang menjengah fikiran, “Jika tidak mampu menjadi pelita yang menerangi alam, jadilah si kunang-kunang yang menerangi malam yang gelap.” Subhanallah… Subhanallah…!

Sesi LDK. Asrar, Mal & As berpecah dalam kumpulan yang berlainan. Di barisan hadapan terdapat fasilitator kumpulan masing-masing. Ada yang gembira bilamana mereka mendapat fasilitator pilihan hati. Ada juga yang kurang bersetuju. Tak lain tak bukan sebabnya adalah kerana tak kenal siapa fasilitator tersebut. Haa, tak kenal maka tak cinta.

Diselitkan satu kertas lirik nasyid yang menjadi lagu tema program kali ini di dalam fail peserta. Asrar & Mal pernah mencadangkan beberapa nasyid sebelumnya kepada pihak komiti. Diteka-teka buah fikiran siapa yang bakal terpilih. Nah, terjawab hari ini, seingatnya nasyid itu Mal yang cadangkan. Nasyid SEIRING SEHALUAN dari kumpulan Unic. Juga dikembarkan dengan nasyid ADAKAH KAU LUPA. Ramai-ramai bersatu suara melantunkan bait-bait nasyid yang tak lain tak bukan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dan menaikkan hammasah dalam diri. Subhanallah, semangat!

 

Kemudian aktiviti berkumpulan. Asrar bersama fasilitator yang juga teman baiknya juga rakan seusrahnya. Mal dapat sekumpulan dengan rakan sekuliahnya. As dapat bertaaruf dengan kawan-kawan baru. Dengan berprogram, tidak dinafikan, akan terjalin tali ukhuwah. Yang baru kenal, taut-tautkan. Yang sudah lama kenal, utuh-utuhkan. Ukhuwah ialah salah satu cabang dakwah. Jadi, inilah jaringan yang perlu dibina bagi mengukuhkan dakwah islamiyyah. Ukhuwah; tidak lari dari menjadi tunjang matlamat terpenting dalam setiap program yang diadakan.

Taaruf berjalan lancar. Namun, apa yang merisaukan Asrar ialah Asrar akan terlupa butir-butir profil yang diutarakan oleh rakan-rakan yang baru dikenalinya jika tidak mencatat. Laju meraih setiap patah kata untuk direkod, ada yang sempat, ada yang tidak. Tapi tak mengapalah, taaruf bukan hanya sekali seumur hidup. Ianya akan berterusan sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. Bagaimana insan lain hanya mengenali diri seseorang dengan satu nama, kemudian bakal bercambah kepada perihal ahli keluarga, hobi, cita-cita, matlamat hidup, sifat, aktiviti harian & lain-lain? Haa, pastinya tidak habis jika taaruf itu hanya berlansung sehari. Syaratnya, perlunya kepada penerusan ukhuwah selepas pertama kali jumpa.

Usainya aktiviti berkumpulan, tiba pula waktu solat Zuhur & makan tengah hari. Kapasiti kemudahan yang tersedia melebihi peserta yang ada. Jadi saat Asrar bergegas-gegas ke untuk mengambil wudhu’, Asrar terlupa akan fail & begnya. Alhamdulillah, ada yang bantu ambilkan. Sesuap dua nasi goreng mengalas perut Asrar yang sudah mula tidak selesa kerna kondisi kesihatan badan Asrar yang tidak stabil. Kelihatan As juga tidak berselera. Kepenatan agaknya. Mal sambil menyuap nasi, sambil bergurau senda dengan rakan-rakan sekelilingnya. Itulah Mal, mesra orangnya.

Dah isi perut. Sekarang masanya mengisi hati dengan pengisian rohani dalam slot yang ketiga. Sayonara Jahiliyyah tajuk pilihan kali ini. Menarik. Slot ini melibatkan dua pihak dimana ada soaljawab & perkongsian pendapat antara peserta & penceramah.

Nafas Asrar mula naik turun. Dadanya terasa sesak. Cuba distabilkan dengan memilih posisi yang membolehkan pernafasan lancar. Namun, kurang membantu. Kelihatan ada seorang peserta yang muntah-muntah berkemungkinan disebabkan oleh perut yang sudah masuk angin. Jauh dari minda luar sedar Asrar, merasakan seperti ada jalur kekuatan yang membuatkan Asrar mampu menahan sakitnya.

Usai solat Asar, peserta bergerak ke pesisir pantai. Slot explorace  sedang menanti. Tidak melepaskan peluang keemasan melihat matahari terbenam, ramai yang mengeluarkan gadget masing-masing untuk ‘menangkap’ detik indah itu. “Subhanallah,cantiknya.”, getus hati Asrar. Dalam diam, Asrar snap gambar sahabat-sahabat kesayangannya.
 

Asrar memilih untuk tidak bersama dalam slot kali ini. Memohon hanya untuk berada di tepi pantai bersama beberapa orang fasilitator. Ada seorang peserta bersama Asrar. Berniqab. Asrar tak cam siapa gerangan si solehah itu. Didekati & Asrar memulakan taaruf. Rupa-rupanya, adik itu senegeri asal dengan Asrar. Ditanya mengapa tidak turu sama mengikuti explorace, katanya kurang sihat. Mereka berkongsi kata-kata tarbiyyah indah sambil tadabbur alam yang terbentang luas di hadapan mereka. Jauh Asrar melemparkan rasa sakitnya nun di penghujung laut sana.

Semakin rendah kedudukan matahari membenamkan diri di ufuk barat, semakin rendah suhu di pesisir pantai. Angin kuat menyapa wajah Asrar yang sudah mula pucat. Tidak dapat menahan sakit, Asrar segera mendapatkan fasilitator memberitahu keadaannya yang sudah tidak betah menahan sakit. Pandangan Asrar mula kabur. Oksigen yang disedut bagai tidak tercapai edarannya ke seluruh badan. Tersekat-sekat nafasnya. Menggigil menahan sakit. Terjelepok di sisi seorang fasilitator.

Dalam keadaan sedar & tidak sedar. Asrar dibawa ke klinik ditemani oleh Mal & Iha. Ada bersama seorang akhi sebagai musyrif mereka. Asrar dirawat oleh seorang doktor pelatih arab yang juga pernah bergelar mahasiswa universiti yang sama seperti Asrar, As, Mal & Iha. Dengan kekalutan sebelum ke klinik, tidak terfikir untuk membawa barangan penting termasuklah kasut Asrar. Gulp..

Selesai rawatan. Okey, sekarang mereka perlu berangkat ke tempat berkumpul dengan segera kerna perjalanan pulang ke penempatan tinggal sejam sahaja lagi. Dan klinik itu juga akan ditutup. Berlelah-lelahan menahan kesejukan bayu musim sejuk tambahan dinginnnya waktu malam, terasa bagai kesejukan itu menggigit-gigit tubuh Asrar. Semput. 

Terlihat Asrar berkaki ayam, Iha menawarkan kasutnya untuk dipakai. Asara mulanya menolak, tetapi kedegilannya ditepis dengan senda berbaur ‘ugutan’ dari Iha, “Jika sakit berulang lagi, tinggal akak kat sini, nak?”. Jadi, Asrar berkasut, Iha berkaki ayam. Akhi yang menjadi musyrif mereka tadi mendekati Asrar dan Iha, apalagi, "Nah, pakai kasut ni", kasutnya dibuka & diminta dipakai oleh Iha. Mal yang dari jauh, cepat-cepat menghampiri mereka, dan Mal menawarkan sebelah kasutnya kepada Iha dan memulangkan kasut Akhi tadi.

Asrar tertunduk segan, segan bilamana berdepan dengan mana-mana ikhwah, inikan pula yang menghulurkan bantuan. Mereka terkekek-kekek menahan tawa dari terus berderai kuat bunyinya. Usikan Iha dan Mal makin buat Asrar bertambah segan. Akhi mendapatkan tremco untuk pulang ke masjid. Susah benar kerana tiada satupun yang sudi menumpangkan mereka. Dengan izinNya, setengah jam berusaha mendapatkan kereta, berjaya akhirnya.

Sesampainya di sana. Bas-bas sedang menunggu dan di dalamnya sudah dipenuhi rakan-rakan yang sama batch dengan Asrar, Mal, Iha dan As. Asrar kembali merosot kondisi kesihatannya dan dibawa kembali ke klinik yang sama. Dan pulang.

Kata Iha bilamana mereka flashback kembali apa yang berlaku pada malam Winter Camp itu, “Akak mesti lakarkan cerita ni tau. Nanti kita boleh baca bila masing-
masing berjauhan supaya dapat eratkan balik ‘Ukhuwah; Kasut & Stoking’ ni”.
^_^




Dilakar khas ©Lakaran Insani ,
@Misr.

2 comments:

Murobbiah Sayangfillah..

Murobbiah Sayangfillah..
"Dalam mengharungi landasan dakwah & tarbiyyah (D&T), murobbi dan halaqah tak boleh dipisahkan.. Setiap masa dan tempat mesti mencari peluang mendapatkannya.. Agar jiwa da'ie dalam diri sntiasa terarah dan dipandu pada landasan yg betul, bi iznillah.." _Ummi Hasnah Mohamed_
Serangkap tinta Nur susun buat Ummi sayangfillah:
Baja keringat yang ditabur,
menyuburkan cambahan akar cerdik pandai yang menyusur kepantasan masa,
merimbunkan pokok kemajuan negara kian moden buat teduhan insan di bawah didikannya.
Angin berpupuk menyapa haruman bunga kejayaan duniawi yg mekar,
lalu berputik buah kebaikan untuk dituai dalam kiraan amalan kelak nun di akhirat sana,
semuanya kerana baja keringat insan bergelar MUROBBI. Dengan IzinNya, tersemai elok benih insan yang kecil saja saiz ilmunya lalu tumbuh menjadi insan berisi yang bermanfaat buat yang lain; seorang pelajar.
Barakallahu fik...

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Dalam ukhuwwah itu akan terlakar segala lukisan kenangan amat indah, walau terkadang terselit duka & perih pahitnya ujian. Namun, ujian itu lebih mengakrabkan kami, mengindahkan lagi lembaran kehidupan kami. Antara dua saudara itu, pelbagai kelainan yang ada pada diri masing-masing, ada yang cantik, ada yang cute, ada pandai, ada yang bijak dan bermacam-macam kehebatan lagi. Akan tetapi, bila sama-sama melengkapi,semuanya akan membentuk lingkaran kesempurnaan. Mungkin ada waktunya lingkaran itu ada juga sedikit kekosongan di dalamnya dek kerana kami adalah insan biasa, tidak sempurna. Indah kan ukhuwah fillah? <3

My Life My Exam..

My Life My Exam..
A trial.. or real.. Not so easy to change our mind to DO.. but, when we DID it, yeay, alhamdulillah, we'll feel that actually, it's not so difficult as we think, insyaAllah. Go! Go! Next stairs is waiting me, you & us! Allahu yusahhil 'ala kulli hal, Allahumma Ameen.

L.O.V.E.

L.O.V.E.
Abu Huraira reported: The Prophet, peace and blessings be upon him, said, “A man set out to visit his brother in Islam from another town and Allah sent an angel to him. When the man met the angel, he was asked: Where are you going? The man said: I am visiting my brother in this town. The angel said: Are you returning a favor? He said: No, I have desire to visit him except that I love him for the sake of Allah the Exalted. The angel said: I am a messenger from Allah to tell you that Allah loves you as you love him.” {Sahih Muslim 2567, grade: Sahih (authentic) according to Imam Muslim.}

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..
Dikarang segala gembira, dilakar segala bahagia. Indah tiada terkata, bersama si dia yang tidak halal baginya. Di suatu masa, lara datang menyapa, pedih menahan segala luka. Sudah tak berhargakah segala bahagia yang ditinta bersama? Apakah janji sudah terkota, ingin bersama selamanya? Wahai hati yang sedang 'bahagia dalam lara', sedarilah sebelum hampa, ia nyata hanya silap mata permainan dunia sahaja. Jagalah cinta sebaiknya. Usah dibiarkan disapa oleh yang tidak patut menerimanya. IMAN di dada kata,"Jangan mengada2 bila si penggoda mula berkata2.." Di takat mana, kepedulian kepada jiwa? Lahirkan cinta sebagai seorang Hamba, kepada Yang Maha Mencipta, jua pada hanya yang selayaknya. Jangan sekali-kali berhambakan cinta yang dusta.

Harapanku AnNisa..

Harapanku AnNisa..
Wahai rijal! Bila saat hiba kesusahan menimpa, bagi seorang nisa',mengalirkan air mata dapat mententeramkan hati yang sedang kekalutan & kesedihan. Namun, jangan menganggap tangisan kami itu satu kelemahan kerana itu adalah fitrah seorang nisa'. Jangan sesuka hatimu mengambil kesempatan ke atas kami dengan membuatkan ramai nisa' sentiasa bergenang mutiara jernih. Jangan sesekali sentuh hati kami tanpa ada ikatan yang sah!! Nanti bisanya sentuhan itu akan melukakan hati antara kami di suatu saat. Lindungilah sebaiknya insan-insan yang sering mengalirkan air mata ini.