Papan Tanda Tinta..

Papan Tanda Tinta..

Tinta Tarbiyyah


SURATAN SEORANG MAD'U..

Hati seorang mad'u ini bagai dipkul paluan ribut yang membersihkan jiwa agar syukur dengan apa yang dikurniaan Ilahi lantaran mendengarkan pesanan dan mutiara nasihat murobbinya yang amat disayangi..

Teringkap suatu peristiwa tatkala berlabuh kenangan bersama murobbi...
"Sayang, lihat dalam diri kamu.. Apa yg terpateri di situ? Ujian yang Dia titipkan pada dirimu saat ini langsung tidak membawa erti Dia benci akanmu, malahan Allah ingin mencurahkan kasih sayangNya yg tiada tara kepadamu.. Allah ingin memadamkan noda-noda dosamu. Bangunlah dari lena dalam ujian sementara ini,anakku! Jangan disia-siakan apa yang ada padamu. Dirimu cukup berpotensi dalam meraih hati-hati milikNya untuk makin dekat & makin cinta pada Allah s.w.t. Kurniaan buat anak ini amatlah berharga & ia tiada pada diriku. Mengapa tidak diolah kebaikan dalam dirimu ini? Tunggu apa lagi,sayang? Ramai yang menantikanmu di jalan tarbiyah ini.


Sedarlah akan kemampuanmu. Usah diukur beratnya ujian dari Ilahi, hitunglah kasihNya yang abadi! Ingatlah satu perkara. Jika anak merasakan ditmpa ujian yang tiada pernah anak gambarkan sebelum ini,beeraaat. & merasakan tidak mampu menghadapinya, fikirkanlah bahawasanya ada insan lain punya ujian yang lebih hebat dari anak. Lebih meruntun jiwa menahan kuatnya ujian mereka. Namun, mereka langsung tiada keluhan, tidak futur &  tidak sekalipun terdetik curiga pada Yang Kuasa kerana mereka mengerti sesungguhnya ujian itu memantapkn IMAN mereka, tanda kasihnya Allah pada mereka. Jua mereka yakin Allah s.w.t. tidak akan menguji mereka melainkan apa yg mereka terdaya.

Tinggalkanlah resah hatimu, sayang. Bersyukurlah pada Yang Maha Memberi segala nikmat kurniaan. Sujudlah padaNya saat anak lemah. Mintalah dan hajatilah apa yang anak kehendaki pada Allah Yang Maha Kuasa dan Pemilik segala-galanya yang ada di bumi dan di langit. Kembangkanlah potensimu. Diri ini sudah menghampiri senja & tidakk berdaya, ingin sekali melihatmu menuntun tangan jiwa yang berwawasankan REDHA ILAHI dalam menyemai ukhuwwah imaniyah membentuk istiqamah di landasan menuju syurgaNya. Ku hajatkan jua agar satu hari nanti anak mnjadi lebih hebat dariku, bukan hebat berharta tapi tiada disumbangkn pada yg berhak, bukan hebat berilmu tapi tiada berkongsi pada yang belum punya ilmu itu, bukan hebat pada peribadi yang tidak dapat merebut hati ke arah redha Allah.....tetapi ku inginkan anak hebat dariku dalam memartabatkan diri sebagai HAMBA ALLAH yang melaksanakan suruhunNya serta mengajak yang lain sama merasa manisnya iman. Jadilah perawan yang solehah, berilmu, berguna buat insan yang lain..."
 
Umpama lautan di kelopak mata dek kerana titik-titik jernih mutiara air mata berjuraian saat mendengarkan kata-kata murobbi yang disayangi... Kata-kata yang melakarkan segala inspirasi,membarakan semangat jiwa setiap yang mendengar.. Serta kata-kata yang mengharapkan seribu harapan buat sinar cemerlang umat Islam di masa hadapan..




SEJARAH SUATU KEBENARAN..

Kegembiraan terlakar indah,
saat si BUTA HURUF bisa membaca,
menulis serta mengira....
Kini menjadi khalifah Ilahi
Mengembangkan segala ilmu tanpa batasan.

Linangan air mata tiada henti,
Tanda syukur pada Rabb yang Esa,
bila si BUTA MATA sudah kembali
melihat dunia,
walau sukar bergadai nyawa,
semata untuk nikmat Pencipta Ar-Rahman.

Tetapi si BUTA HATI kini
ketandusan dan kekeringan
rahmatNya, iman...
Buta ini buat diri makin hina
kecapi keindahan dunia,
Tiada penawar abadi
melainkan nur Ilahi,
Hanya Dia penyubur dan pembaja
pada hati yang gersang,
Umpama hujan menyirami padang pasir.

Subhanallah walhamdulillah wallahu Akbar..!

Pic credit to: Islamic Reflection


IBRAH DARI REBAH..

Rebah tersungkur hamba Ilahi yang lemah ini diujiNya.
Lemas dalam dilema .
Tidak pasti samaada masih mampu berdiri kembali atau sebaliknya.
Jauh di lubuk hati terkarang satu tanda tanya,
"Masih adakah yang sudi menghulurkan tangannya?"
Samar sekali bayangan tentang apa yang bakal berlaku di hari muka.

Tercari-cari ke mana hilangnya kekuatan diri.
Hampir sahaja mahukan derapan kehidupan terhenti di sini.
Sudah tidak mampu mencari makna diri.

Hari berganti hari.
Ku cuba menghayati.
Ada apa disebalik satu kisah hati seorang insani.
Ku temui suatu yang tidak ku jangka dari Ilahi.
Ada akar kekuatan dariNya yang perlu dilihat dari hati.
Tersingkap di tiap lembaran keperitan yang dia alami.

Tertunduk hati bilamana mengetahui satu hal hakiki,
bahawa masih ada yang lebih teruji.
Ku syukuri segala nikmatMu kini.
Ku biarkan segala kepahitan ada ini,
Tercalit rasa kemanisan iman yang tak terperi.

Kini,
Ku bangkit kembali.
Mencari maknawi seorang hamba Ilahi.
Memperbesar jiwa mengagungkan Rabbi 'Izzati.
Memperjuangkan hasrat murni di hati,
Ingin menjadi sayap kiri,
Memperteguh mujahadah Islami.



.......

Ku pesankan;
Ada suatu yang ku impi.
Berpimpingan tangan bersama sahabat-sahabat hati,
Bangkit sama berdiri,
MERAIH REDHA ILAHI.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Nukilan: Sekeping Hati Milik Ilahi

No comments:

Post a Comment

Murobbiah Sayangfillah..

Murobbiah Sayangfillah..
"Dalam mengharungi landasan dakwah & tarbiyyah (D&T), murobbi dan halaqah tak boleh dipisahkan.. Setiap masa dan tempat mesti mencari peluang mendapatkannya.. Agar jiwa da'ie dalam diri sntiasa terarah dan dipandu pada landasan yg betul, bi iznillah.." _Ummi Hasnah Mohamed_
Serangkap tinta Nur susun buat Ummi sayangfillah:
Baja keringat yang ditabur,
menyuburkan cambahan akar cerdik pandai yang menyusur kepantasan masa,
merimbunkan pokok kemajuan negara kian moden buat teduhan insan di bawah didikannya.
Angin berpupuk menyapa haruman bunga kejayaan duniawi yg mekar,
lalu berputik buah kebaikan untuk dituai dalam kiraan amalan kelak nun di akhirat sana,
semuanya kerana baja keringat insan bergelar MUROBBI. Dengan IzinNya, tersemai elok benih insan yang kecil saja saiz ilmunya lalu tumbuh menjadi insan berisi yang bermanfaat buat yang lain; seorang pelajar.
Barakallahu fik...

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Dalam ukhuwwah itu akan terlakar segala lukisan kenangan amat indah, walau terkadang terselit duka & perih pahitnya ujian. Namun, ujian itu lebih mengakrabkan kami, mengindahkan lagi lembaran kehidupan kami. Antara dua saudara itu, pelbagai kelainan yang ada pada diri masing-masing, ada yang cantik, ada yang cute, ada pandai, ada yang bijak dan bermacam-macam kehebatan lagi. Akan tetapi, bila sama-sama melengkapi,semuanya akan membentuk lingkaran kesempurnaan. Mungkin ada waktunya lingkaran itu ada juga sedikit kekosongan di dalamnya dek kerana kami adalah insan biasa, tidak sempurna. Indah kan ukhuwah fillah? <3

My Life My Exam..

My Life My Exam..
A trial.. or real.. Not so easy to change our mind to DO.. but, when we DID it, yeay, alhamdulillah, we'll feel that actually, it's not so difficult as we think, insyaAllah. Go! Go! Next stairs is waiting me, you & us! Allahu yusahhil 'ala kulli hal, Allahumma Ameen.

L.O.V.E.

L.O.V.E.
Abu Huraira reported: The Prophet, peace and blessings be upon him, said, “A man set out to visit his brother in Islam from another town and Allah sent an angel to him. When the man met the angel, he was asked: Where are you going? The man said: I am visiting my brother in this town. The angel said: Are you returning a favor? He said: No, I have desire to visit him except that I love him for the sake of Allah the Exalted. The angel said: I am a messenger from Allah to tell you that Allah loves you as you love him.” {Sahih Muslim 2567, grade: Sahih (authentic) according to Imam Muslim.}

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..
Dikarang segala gembira, dilakar segala bahagia. Indah tiada terkata, bersama si dia yang tidak halal baginya. Di suatu masa, lara datang menyapa, pedih menahan segala luka. Sudah tak berhargakah segala bahagia yang ditinta bersama? Apakah janji sudah terkota, ingin bersama selamanya? Wahai hati yang sedang 'bahagia dalam lara', sedarilah sebelum hampa, ia nyata hanya silap mata permainan dunia sahaja. Jagalah cinta sebaiknya. Usah dibiarkan disapa oleh yang tidak patut menerimanya. IMAN di dada kata,"Jangan mengada2 bila si penggoda mula berkata2.." Di takat mana, kepedulian kepada jiwa? Lahirkan cinta sebagai seorang Hamba, kepada Yang Maha Mencipta, jua pada hanya yang selayaknya. Jangan sekali-kali berhambakan cinta yang dusta.

Harapanku AnNisa..

Harapanku AnNisa..
Wahai rijal! Bila saat hiba kesusahan menimpa, bagi seorang nisa',mengalirkan air mata dapat mententeramkan hati yang sedang kekalutan & kesedihan. Namun, jangan menganggap tangisan kami itu satu kelemahan kerana itu adalah fitrah seorang nisa'. Jangan sesuka hatimu mengambil kesempatan ke atas kami dengan membuatkan ramai nisa' sentiasa bergenang mutiara jernih. Jangan sesekali sentuh hati kami tanpa ada ikatan yang sah!! Nanti bisanya sentuhan itu akan melukakan hati antara kami di suatu saat. Lindungilah sebaiknya insan-insan yang sering mengalirkan air mata ini.