“Ukhuwah; Kasut & Stoking”
_Asrar,As,Mal,Iha_
“Dah pukul 5.30 pagi ni,
kan nak kena ada di tempat berkumpul pukul 6.30 pagi. Lambat tak tau.”, riuh
suara Asrar di pagi hari memecahkan kesunyian pagi yang teramat dingin.
“Ehh, ni bersiap-siap nak pi mana,Asrar? Jadi ka pi liqa’ hari ni?” As menggaru-garu kepala yang tidak gatal dengan loghat utaranya yang sedikit pekat.
“Emm, nak bersiap-siaplah ni. Sekejap lagi kita keluar sama-sama ye,” Asrar berselindung sambil menahan tawanya dari berderai. J

Mengikut perancangan, Asrar
mengatakan tidak dapat mengikuti kedua-dua sahabat hatinya, Mal & As, ke
program kali ini oleh kerana kesihatannya tidak membaik. Namun, dalam diam, namanya
telah didaftarkan semalam walau sebenarnya Asrar tidak yakin dengan pilihannya
untuk ke sana. Semata rindu untuk tadabbur keindahan alam & mencari sudut
tenang buat mindanya, dikuatkan juga hati memilih untuk bersama-sama dalam
program kali ini.
“InsyaAllah, kheir!” getus hatinya dengan yakin.
Sambil mengemas barang yang nak dibawa, Mal cuba meyakinkan Asrar tentang ruginya tidak dapat bersama-sama ke pantai hari ini. Dinyatakan apa yang dijumpai dalam carian Google tentang pantai di hujung negeri yang amat indah itu, tak terbanding pantai yang pernah dijejakinya sebelum ini. Dikongsikan jua di laman sosial facebook satu gambar permandangan di sana. Subhanallah, indahhh benar!
“Tak bestnyaa Asrar tak ikut pi sama. Kita berdua ajalah kali ni,” rungut As. Sedih kedengaran nadanya. Sekali lagi menahan tawa, tersorok satu ukiran senyuman Asrar sambil menyibukkan diri bersiap kononnya nak ke tempat berbeza dengan kedua-duanya. “Takpe, pergilah. InsyaAllah, ada rezeki, kita akan keluar bersama-sama lain masa ye.”

“Jangan lupa bawa stoking
lebih. Kan sat lagi basah, takdak stoking da nak pakai.”, dari bilik belakang
sehingga ke ruang tamu di bahagian hadapan kedengaran suara Mal mengingatkan
dalam loghat utara. Dah berjangkit slanguenya dengan As ye? J Itulah gelagat sehari-hari. Utuh ikatan bagai satu
keluarga. “Yuk,da lewat ni”, Asrar mengingatkan. Tetapi Asrar terlupa sesuatu.
“Eh, kejap-kejap. Ana belum sempat nak makan ni.” Asrar yang sedikit kekalutan. Itulah Asrar, kadang-kadang dah ingat buat semua benda, tapi ada juga yang terlupa. “Takpe, bawak aje dalam bekas makanan tu. Makan ‘tengah’ jalan nanti.” Mal yang kepeningan melihat Asrar yang mundar-mandir dari bilik ke ruang tamu. Entah apa yang dicarinya pun tidak diketahui.

Pagi yang teramat sejuk.
Kepulan asap terhembus keluar dari mulut saat menutur kalam. Membelah
kedinginan pagi dengan telatah ceria tiga sahabat. Angin menyambar pipi, “Shhhh…
Sejukkk..”, kedengaran sayup suara As. Diketap-ketap bibirnya sehingga kemerah-merahan
untuk menghangatkan.
Sesampainya di tempat
berkumpul, “Eh, kenapa Asrar tunggu kat sini. Ikut kami ke?”, Mal memecahkan
lamunan Asrar yang dari tadi kelihatan sedang berfikir sesuatu. “Eh,betul juga.
Kenapa ana ada di sini ye?” Terburai gelak antara mereka. “Dah agak tadi dengan
As. Dok sibuk mengemaihhh sakan. Macam nak ikut kami je.”

“Hihihi. Kantoi. Tak menjadi ana nak buat kejutan kat sahabat-sahabat tersayang. Sebenarnya semalam ana dah daftar. Awal lagi dari antuma,” Asrar mengalah. Ada yang sedang geram mencubit-cubit ayam *ada ke?*. Ada teriak-teriak kecil mengaduh yang tidak berapa sakit sebenarnya. :D

Sampai ke destinasi yang
dituju. Semua bergegas memenuhi masjid yang agak kelihatannya agak tersusun
& bersih berbeza dengan masjid-masjid yang pernah dilewati mereka sebelum
ini. Sudah terlewat sedikit waktunya jika berdasarkan tentatif yang ada. Setiap
apa yang manusia rancang, Allah jua merancang & perancanganNya adalah
sebaik-baik perancangan.
Slot pertama amat yang berjaya menarik hati untuk meletakkan diri sebagai pemegang matlamat untuk menjadi da’ie ilallah. Percambahan minda tentang amanah yang selama ini terpikul di pundak tetapi tidak sedar akan kewujudannya. Kata-kata terakhir berulang-ulang menjengah fikiran, “Jika tidak mampu menjadi pelita yang menerangi alam, jadilah si kunang-kunang yang menerangi malam yang gelap.” Subhanallah… Subhanallah…!

Sesi LDK. Asrar, Mal
& As berpecah dalam kumpulan yang berlainan. Di barisan hadapan terdapat
fasilitator kumpulan masing-masing. Ada yang gembira bilamana mereka mendapat
fasilitator pilihan hati. Ada juga yang kurang bersetuju. Tak lain tak bukan
sebabnya adalah kerana tak kenal siapa fasilitator tersebut. Haa, tak kenal
maka tak cinta.
Diselitkan satu kertas
lirik nasyid yang menjadi lagu tema program kali ini di dalam fail peserta. Asrar
& Mal pernah mencadangkan beberapa nasyid sebelumnya kepada pihak komiti.
Diteka-teka buah fikiran siapa yang bakal terpilih. Nah, terjawab hari ini,
seingatnya nasyid itu Mal yang cadangkan. Nasyid SEIRING SEHALUAN dari kumpulan
Unic. Juga dikembarkan dengan nasyid ADAKAH KAU LUPA. Ramai-ramai bersatu suara
melantunkan bait-bait nasyid yang tak lain tak bukan bertujuan untuk
mengeratkan ukhuwah dan menaikkan hammasah dalam diri. Subhanallah, semangat!
Kemudian aktiviti berkumpulan. Asrar bersama fasilitator yang juga teman baiknya juga rakan seusrahnya. Mal dapat sekumpulan dengan rakan sekuliahnya. As dapat bertaaruf dengan kawan-kawan baru. Dengan berprogram, tidak dinafikan, akan terjalin tali ukhuwah. Yang baru kenal, taut-tautkan. Yang sudah lama kenal, utuh-utuhkan. Ukhuwah ialah salah satu cabang dakwah. Jadi, inilah jaringan yang perlu dibina bagi mengukuhkan dakwah islamiyyah. Ukhuwah; tidak lari dari menjadi tunjang matlamat terpenting dalam setiap program yang diadakan.
Taaruf berjalan lancar.
Namun, apa yang merisaukan Asrar ialah Asrar akan terlupa butir-butir profil
yang diutarakan oleh rakan-rakan yang baru dikenalinya jika tidak mencatat.
Laju meraih setiap patah kata untuk direkod, ada yang sempat, ada yang tidak. Tapi
tak mengapalah, taaruf bukan hanya sekali seumur hidup. Ianya akan berterusan
sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. Bagaimana insan lain hanya mengenali
diri seseorang dengan satu nama, kemudian bakal bercambah kepada perihal ahli
keluarga, hobi, cita-cita, matlamat hidup, sifat, aktiviti harian &
lain-lain? Haa, pastinya tidak habis jika taaruf itu hanya berlansung sehari.
Syaratnya, perlunya kepada penerusan ukhuwah selepas pertama kali jumpa.
Usainya aktiviti
berkumpulan, tiba pula waktu solat Zuhur & makan tengah hari. Kapasiti kemudahan
yang tersedia melebihi peserta yang ada. Jadi saat Asrar bergegas-gegas ke
untuk mengambil wudhu’, Asrar terlupa akan fail & begnya. Alhamdulillah,
ada yang bantu ambilkan. Sesuap dua nasi goreng mengalas perut Asrar yang sudah
mula tidak selesa kerna kondisi kesihatan badan Asrar yang tidak stabil.
Kelihatan As juga tidak berselera. Kepenatan agaknya. Mal sambil menyuap nasi,
sambil bergurau senda dengan rakan-rakan sekelilingnya. Itulah Mal, mesra
orangnya.
Dah isi perut. Sekarang
masanya mengisi hati dengan pengisian rohani dalam slot yang ketiga. Sayonara
Jahiliyyah tajuk pilihan kali ini. Menarik. Slot ini melibatkan dua pihak
dimana ada soaljawab & perkongsian pendapat antara peserta &
penceramah.
Nafas Asrar mula naik
turun. Dadanya terasa sesak. Cuba distabilkan dengan memilih posisi yang
membolehkan pernafasan lancar. Namun, kurang membantu. Kelihatan ada seorang
peserta yang muntah-muntah berkemungkinan disebabkan oleh perut yang sudah
masuk angin. Jauh dari minda luar sedar Asrar, merasakan seperti ada jalur
kekuatan yang membuatkan Asrar mampu menahan sakitnya.
Usai solat Asar, peserta
bergerak ke pesisir pantai. Slot explorace sedang menanti. Tidak melepaskan peluang
keemasan melihat matahari terbenam, ramai yang mengeluarkan gadget
masing-masing untuk ‘menangkap’ detik indah itu. “Subhanallah,cantiknya.”,
getus hati Asrar. Dalam diam, Asrar snap gambar sahabat-sahabat
kesayangannya.
Asrar memilih untuk tidak
bersama dalam slot kali ini. Memohon hanya untuk berada di tepi pantai bersama
beberapa orang fasilitator. Ada seorang peserta bersama Asrar. Berniqab. Asrar
tak cam siapa gerangan si solehah itu. Didekati & Asrar memulakan taaruf.
Rupa-rupanya, adik itu senegeri asal dengan Asrar. Ditanya mengapa tidak turu
sama mengikuti explorace, katanya kurang sihat. Mereka berkongsi
kata-kata tarbiyyah indah sambil tadabbur alam yang terbentang luas di hadapan
mereka. Jauh Asrar melemparkan rasa sakitnya nun di penghujung laut sana.
Semakin rendah kedudukan
matahari membenamkan diri di ufuk barat, semakin rendah suhu di pesisir pantai.
Angin kuat menyapa wajah Asrar yang sudah mula pucat. Tidak dapat menahan
sakit, Asrar segera mendapatkan fasilitator memberitahu keadaannya yang sudah
tidak betah menahan sakit. Pandangan Asrar mula kabur. Oksigen yang disedut
bagai tidak tercapai edarannya ke seluruh badan. Tersekat-sekat nafasnya.
Menggigil menahan sakit. Terjelepok di sisi seorang fasilitator.
Dalam keadaan sedar &
tidak sedar. Asrar dibawa ke klinik ditemani oleh Mal & Iha. Ada bersama
seorang akhi sebagai musyrif mereka. Asrar dirawat oleh seorang doktor pelatih
arab yang juga pernah bergelar mahasiswa universiti yang sama seperti Asrar,
As, Mal & Iha. Dengan kekalutan sebelum ke klinik, tidak terfikir untuk
membawa barangan penting termasuklah kasut Asrar. Gulp..
Selesai rawatan. Okey,
sekarang mereka perlu berangkat ke tempat berkumpul dengan segera kerna
perjalanan pulang ke penempatan tinggal sejam sahaja lagi. Dan klinik itu juga
akan ditutup. Berlelah-lelahan menahan kesejukan bayu musim sejuk tambahan
dinginnnya waktu malam, terasa bagai kesejukan itu menggigit-gigit tubuh Asrar.
Semput.
Terlihat Asrar berkaki ayam, Iha menawarkan kasutnya untuk dipakai.
Asara mulanya menolak, tetapi kedegilannya ditepis dengan senda berbaur ‘ugutan’
dari Iha, “Jika sakit berulang lagi, tinggal akak kat sini, nak?”. Jadi, Asrar
berkasut, Iha berkaki ayam. Akhi yang menjadi musyrif mereka tadi mendekati Asrar dan Iha, apalagi, "Nah, pakai kasut ni", kasutnya dibuka & diminta dipakai
oleh Iha. Mal yang dari jauh, cepat-cepat menghampiri mereka, dan Mal
menawarkan sebelah kasutnya kepada Iha dan memulangkan kasut Akhi tadi.
Asrar tertunduk segan,
segan bilamana berdepan dengan mana-mana ikhwah, inikan pula yang menghulurkan
bantuan. Mereka terkekek-kekek menahan tawa dari terus berderai kuat bunyinya. Usikan
Iha dan Mal makin buat Asrar bertambah segan. Akhi mendapatkan tremco untuk
pulang ke masjid. Susah benar kerana tiada satupun yang sudi menumpangkan
mereka. Dengan izinNya, setengah jam berusaha mendapatkan kereta, berjaya
akhirnya.
Sesampainya di sana.
Bas-bas sedang menunggu dan di dalamnya sudah dipenuhi rakan-rakan yang sama batch
dengan Asrar, Mal, Iha dan As. Asrar kembali merosot kondisi kesihatannya
dan dibawa kembali ke klinik yang sama. Dan pulang.
Kata Iha bilamana mereka flashback kembali apa yang berlaku pada malam Winter Camp itu, “Akak mesti lakarkan cerita ni tau. Nanti kita boleh baca bila masing-
masing berjauhan supaya dapat eratkan balik ‘Ukhuwah; Kasut & Stoking’ ni”. ^_^

Nurrr....heee ^____^
ReplyDeleteMal... hehe.. :)
Delete<3