Pena berkait menata suatu maksud disebalik segala perkara yang tersingkap.
Allahu Akbar..! Sungguh, setiap aturanNya adalah sebaik-baik aturan, walau kadangkala berlainan dengan apa yang direncanakan oleh insan. Oleh kerana hanya Dia mengetahui segala-gala sesuatu tentang baik buruknya apa yang dikurniakan kepada hambaNya.
Usahlah kecewa, wahai jiwa yang mengharapkan sesuatu dari Ilahi, jika tidak diganjarkan secepatnya atau seperti yang diimpi. Setiap apa yang tersimpan di hati seorang hambaNya tiadalah terlepas walau sebesar zarah perkara sekalipun di pengetahuanNya. Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Memberi kurnia,kan? Rintihan jua tangisan pada Rabb itu tinggi nilaian di sisiNya, bi iznillah.
......................
"Assalamu'alaikum,ya ummi habibati! Teramat rindu.. Terasa nak balik sekarang.."
"Wa'alaikummussalam warahmatullah. Ibu mana yang tak rindu anaknya. InsyaAllah doa ibu sentiasa mengiringi langkahan anaknya.. Yakinlah, Allah sentiasa ada di sisi.. Apa khabar? Moga sihat sentiasa."
Detik itu, hati terasa sebak, rindu pada ibunda tercinta membuak-buak. Genangan air mata berderai akhirnya, membasahi pipi yang kedinginan ( suhu serendah 8 darjah selsius di Mansurah). Apa yang ana hajatkan saat ini adalah sentiasa dekat dengan keluarga. Namun, sekarang, berada jauh... Jauh di mata. Hanya mampu merentas awan menaiki burung besi & meredah samudera dalam pelayaran, barulah dapat bertentang mata, lirih lama-lama wajah ibunda yang semakin hari, semakin berseri & bersemangat. Rindu.
"Kak Jah nak balik cuti ni."
"Nak balik? Bestnya.." Dalam hati ana, makin hadir wajah-wajah yang dirindui. Subhanallah,benarlah jarak itu adalah ujian kepada suatu pertalian. Menguji kesabaran jua kematangan.
"Doakan kak Jah & bayinya. Moga sihat kedua-duanya."
"InsyaAllah, sentiasa doa.. Makin besar dah keluarga kita,kan?"
"Iye.. & Ma rasa makin bahagia.. Hari-hari makin bermakna dalam hidup sebab sukarnya pengorbanan Ma sudah mendekatkan Ma dengan kejayaan.. Alhamdulillah.. Dah ada keluarga yang besar, anak-anak yang soleh solehah, pekerjaan yang baik.. Sekarang ini, ingin tumpukan sepenuhnya pada kejayaan ukhrawi pula.. Janji Allah itu pasti.. Berusahalah untuk belajar dengan baik bagi merebut redha Allah.. Rasa susah tu adalah adat belajar.. Allah nak lihat kita berusaha.."
"InsyaAllah.."... Sudah tidak mampu meneruskan perbualan.. Makin laju aliran mutiara jernih umpama arus deras dari hulu sungai..
....................
Berusaha. Iya, itulah yang bakal menjadi pemanis kejayaan suatu hari nanti. Kenapa sedemikian? Analoginya, apa yang kita bakal rasakan saat berjerih perih mendapatkan makanan di seberang sungai yang airnya dalam dan bergelombang teramat. Di situ juga tiada sampan atau rakit untuk ke seberang.
Kerana makanan itu menggecarkan, diredah jua untuk ke seberang. Penuh debaran jua halangan. Sampai juga akhirnya. Rasakan betapa terasa enak & nikmat saat makanan itu sudah di mulut.
Beza, kan, rasanya dengan makanan sudah terhidang di hadapan mata, dikaup ke dalam pinggan & dimakan?
Tingginya nilai usaha itu bakal ada nilai tambahnya pada berkat kehidupan. Jika usaha tidak terbayar ketika mana penat sudah mengisi jiwa, jangan dirisaukan, usaha tetap perlu diteruskan kerna ada sesuatu yang lebih baik di hadapan menunggu sampainya di penamat. Jika tidak melangkah kehadapan, bagaimana ingin mendapatkannya? Natijahnya serahkan padaNya & usah gundah, pasti keberhasilannya lumayan.
Sabda Rasulullah s.a.w.,
Wallahu 'alam..
Memetik semangat dari minda & hati,
AnNisa Asrar, Mansurah, Mesir.. :)

![]() |
Masa akan terus berlalu.. & tidak akan menunggu tiap insan yang lalai & leka.. |
Tingginya nilai usaha itu bakal ada nilai tambahnya pada berkat kehidupan. Jika usaha tidak terbayar ketika mana penat sudah mengisi jiwa, jangan dirisaukan, usaha tetap perlu diteruskan kerna ada sesuatu yang lebih baik di hadapan menunggu sampainya di penamat. Jika tidak melangkah kehadapan, bagaimana ingin mendapatkannya? Natijahnya serahkan padaNya & usah gundah, pasti keberhasilannya lumayan.
Sabda Rasulullah s.a.w.,
Wallahu 'alam..
Memetik semangat dari minda & hati,
AnNisa Asrar, Mansurah, Mesir.. :)
No comments:
Post a Comment