Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah, ya Rabb..
Makin hari, makin menebal lembaran kehidupan ini.. Namun, sesekali mengimbau kembali segala hal-hal yang terlakar di dalamnya, semoga Allah menerima segala keindahan warna kebaikan & memadamkan noda yang tersingkap padanya.
Hari ini, ada hal semalam yang tertangguh/tertinggal, ada baru yang bertandang menunggu untuk diselesaikan. Ada yang segera & ada yang tidak segera, ada yang penting & ada yang tidak penting.
Penyusunan.
Peringatan yang selalu menerjah minda.
Apalagi, koyakkan kad senarai & catit apa yang nak dibuat..
1,
2,
3, .... Alhamdulillah, dah selesai.
Ehh,
ada lagi 1... 2... Banyak pula yang belum selesai.
Esoknya.. Buat senarai baru...
Malamnya bila muhasabah balik, ya Allah,masih ada hal semalam yang belum selesai. Tapi sudah terlalu lewat nak dibereskan.
Terlalu banyak perkara nak dibuat dalam sehari-harian,kan? Tetapi masa yang kita punya lebih sedikit berbanding tugasan yang ada. Seronok juga kalau ada mesin masa ye...
"Angan tak sudah, jangan nanti rebah, dihimpit realiti menjengah, baru kalut termengah-mengah, nak itu cepat bercambah, nak ini cepat kebah."
_puisi tuk orang lengah_
Selagi detik masih berputar, jadikan tag harian kita seperti kata Dr. Aidh Al-Qarni, "HARI INI MILIK KITA"
Tunaikan apa tertangguh, langsaikan apa yang terhutang, laksanakan apa yang ingin dilakukan, rancangkan apa hasrat di masa hadapan, bina impian selari usaha dititipkan, letakkan pergantungan penuh pada Rabb Ar-Rahman, moga dinilai baik setiap kebaikan & kebajikan.
Wallahu 'Alam.
Nur,
Bumi Mesir.

![]() |
Detik waktu yang hadir tidak akan terus menunggu. Ia datang & terus berlalu. |
Tunaikan apa tertangguh, langsaikan apa yang terhutang, laksanakan apa yang ingin dilakukan, rancangkan apa hasrat di masa hadapan, bina impian selari usaha dititipkan, letakkan pergantungan penuh pada Rabb Ar-Rahman, moga dinilai baik setiap kebaikan & kebajikan.
Wallahu 'Alam.
Nur,
Bumi Mesir.
Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ReplyDeleteاِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ
“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :
Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”
(HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir)
Moga kekal thabat di jalanNya.