Semalam, dalam perjalanan balik dari bandar, melalui SUK, tiba-tiba ana terluah satu soalan kat mama, "Tok Guru dah tak ada kat situ,kan?" Jika tak silap ingatan ana, mama membalas, "Masih ada lagi. Mengajar kat situ."
Mama sambung lagi, "Alhamdulillah, kita berada di bawah pimpinan Tok Guru dalam tempoh yang lama. Masa mengandungkan awak lagi. Masa tu mama kerja kat SUK ni sebelum pindah ke Kuantan. Hari-hari dengar Tok Guru mengajar. Berkat berada dekat dengan ulama’."
Alhamdulillah. Terima kasih mama bersakit lelah melahirkan, membesarkan & mendidik diri ini.
...namun,
Terkadang lahir rasa rendah diri teramat saat berada dalam lingkungan sahibah-sahibah yang dari kecil mereka sudah berada dalam ruang lingkup bi’ah solehah & dakwah.
Bila ada usrah, di saat taaruf, yakin, akan ada yang bertanyakan,"Anak sahabat ye?" "Ibu nama apa? Sahibah,kan?" Soalan yang dilihat biasa, tetapi, terdetik di hati kecil ana, 'Ana biasa. Tak seperti antunna.' Kadangkala diseka mutiara jernih dari mengalir & dilihat sahibah-sahibah.
Entah mengapa. Tidak tahu apa yang biasa & apa yang luar biasa yang ana fikirkan. Terasa rendah diri barangkali atau mungkin juga ada sedikit rasa cemburu dalam jiwa kerdil ini melihat mereka yang dari kecil sudah dihidupkan soal tarbiyyah & da’wah. Kecil-kecil lagi sudah dibawa mengikuti program. Comel & terkadang meriah.
“Jom ke program.” “Hari ni ada usrah, enti hadir?”
Mula-mula perlunya intip keadaan abah & mama. Line ok. Minta izin.
:(
“Aasif jiddan, ana tak dapat hadir.” Luluh hati. Jarang abah beri izin kepada ana untuk keluar rumah. Terkadang disebabkan faktor transport juga kerana ana belum boleh bawa kereta walhal motosikal sekalipun, jadi, kebergantungan total kepada mama untuk ke sana ke sini. Jika mama sedang sibuk atau tidak sihat, pastinya tak dapat ke mana-mana. Ada masanya kerana kesihatan diri yang kurang stabil *walau kadang-kadang main redah aje, lepas operate ke, lepas keluar hospital ke, tak kira, hadir jugak, dengan approval dari mama yang nampak diri ini ok sebab ‘aktif’ semacam, huhu*.
Persoalan demi persoalan menerpa minda. Kenapa mereka boleh berada di sana, tetapi ana tak boleh?? Adakah ana ini tidak layak berada di kalangan mereka? Suasana dah tak macam kat sekolah dulu? Kenapa terlalu jauh dari murobbiah? Kenapa? Mengapa? T_T
Ehem…Ehem… Nur… Nur…!!!!
Astaghfirullahal adzim, sedarkan diri segera! Tak boleh terus biarkan hati terus rasa macam tu! Ada hikmah Allah tetapkan berada di laluan kehidupan ini. Allah nak suruh usaha. Nak tarbiyyah diri ini mencari. Mencari & terus mencari ilmu, kekuatan & petunjuk Ilahi. Jua untuk diri ini terus-terusan terapkan syukur atas apa adanya & beri yang terbaik untuk kehidupan ini. Sedikit sebanyak didikan dari mama abah, kembangkan! Bukan hanya ke program atau usrah sahaja dapat tarbiyyah diri. Tetapi tarbiyyah dzatiyyah & tarbiyyah ruhiyyah, itu lebih utama.
Mama sambung lagi, "Alhamdulillah, kita berada di bawah pimpinan Tok Guru dalam tempoh yang lama. Masa mengandungkan awak lagi. Masa tu mama kerja kat SUK ni sebelum pindah ke Kuantan. Hari-hari dengar Tok Guru mengajar. Berkat berada dekat dengan ulama’."
Alhamdulillah. Terima kasih mama bersakit lelah melahirkan, membesarkan & mendidik diri ini.
...namun,
![]() |
Wafa' El-Imaan, penyeri bulatan gembira kami <3 |
Bila ada usrah, di saat taaruf, yakin, akan ada yang bertanyakan,"Anak sahabat ye?" "Ibu nama apa? Sahibah,kan?" Soalan yang dilihat biasa, tetapi, terdetik di hati kecil ana, 'Ana biasa. Tak seperti antunna.' Kadangkala diseka mutiara jernih dari mengalir & dilihat sahibah-sahibah.
Entah mengapa. Tidak tahu apa yang biasa & apa yang luar biasa yang ana fikirkan. Terasa rendah diri barangkali atau mungkin juga ada sedikit rasa cemburu dalam jiwa kerdil ini melihat mereka yang dari kecil sudah dihidupkan soal tarbiyyah & da’wah. Kecil-kecil lagi sudah dibawa mengikuti program. Comel & terkadang meriah.
“Jom ke program.” “Hari ni ada usrah, enti hadir?”
Mula-mula perlunya intip keadaan abah & mama. Line ok. Minta izin.
:(
“Aasif jiddan, ana tak dapat hadir.” Luluh hati. Jarang abah beri izin kepada ana untuk keluar rumah. Terkadang disebabkan faktor transport juga kerana ana belum boleh bawa kereta walhal motosikal sekalipun, jadi, kebergantungan total kepada mama untuk ke sana ke sini. Jika mama sedang sibuk atau tidak sihat, pastinya tak dapat ke mana-mana. Ada masanya kerana kesihatan diri yang kurang stabil *walau kadang-kadang main redah aje, lepas operate ke, lepas keluar hospital ke, tak kira, hadir jugak, dengan approval dari mama yang nampak diri ini ok sebab ‘aktif’ semacam, huhu*.
Persoalan demi persoalan menerpa minda. Kenapa mereka boleh berada di sana, tetapi ana tak boleh?? Adakah ana ini tidak layak berada di kalangan mereka? Suasana dah tak macam kat sekolah dulu? Kenapa terlalu jauh dari murobbiah? Kenapa? Mengapa? T_T
Ehem…Ehem… Nur… Nur…!!!!
Astaghfirullahal adzim, sedarkan diri segera! Tak boleh terus biarkan hati terus rasa macam tu! Ada hikmah Allah tetapkan berada di laluan kehidupan ini. Allah nak suruh usaha. Nak tarbiyyah diri ini mencari. Mencari & terus mencari ilmu, kekuatan & petunjuk Ilahi. Jua untuk diri ini terus-terusan terapkan syukur atas apa adanya & beri yang terbaik untuk kehidupan ini. Sedikit sebanyak didikan dari mama abah, kembangkan! Bukan hanya ke program atau usrah sahaja dapat tarbiyyah diri. Tetapi tarbiyyah dzatiyyah & tarbiyyah ruhiyyah, itu lebih utama.
Memang hati rasa kosong dan kehilangan bila tak de usrah atau halaqah...tapi insyallah kerinduan pada taman2 syurga itu juga satu ibadah...bila hati kuat inginkan yg baik insyallah Allah akan buka jalan...sementara itu, baca buku, lihat dan dengar program2 yg elok di tv dan radio ..insyallah banyak juga tazkirah2 yg dapat di terima
ReplyDeleteMudah-mudahan.
ReplyDeleteBenar,banyak medium tarbawi yang kita boleh dapati di mana-mana sahaja walhal di hujung jari sekalipun.
Tidak dinafikan kita akan lebih merasakan roh tarbiyyah bilamana ada di medan yang sebenar berbanding menatap helaian kertas & papan skrin. Lebih tersentuh hati & kuat di ingatan terhadap apa yang disampaikan.
Akan tetapi, apakah kerna kita tercampak di penjuru yang jauh dari medan dakwah & tarbiyyah (dengan kata lain,jauh dari kesatuan para da'ie & ilmuwan), kita memecatkan diri sebagai seorang da'ie?
Semoga Allah thabatkan hati kita di jalanNya.
Memecatkan diri sebagai seorang da'ie? Tak semestinya kan? Kerana kadang-kala kita tiada pilihan kan! Tapi: sampaikanlah dariku(Rasullulah s.a.w) walau sepotong ayat...memang berada dalm bai'ah soleh terbaik..ukhuwah, berkasih sayang kerana Allah tapi andainya ditakdirkan kita tak dapat bersama dg jamaah bersabarlah..teruskan dakwah ...mungkin dalam cara kita melayan keluarga dan sanak saudara...mungkin dalam sikap dan tutur kata harian kita..semoga dengan kesabaran dalam keberadaan dalam suasana yg bukan terbaik buat peningkatan diri...Allah gantikan dengan sesuatu yg lebih baik lagi tidak lama lagi...ameen!
ReplyDelete