Selawat & salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Semoga semua umat Islam di seluruh dunia dalam rahmat & perlindunganNya.
Hari ini, disimpan kemas hasrat semalam untuk update tentang raya yang lalu. Ada hal yang lebih menarik-menarik hati untuk dipahatkan di sini.
Amat pedih menghadapi hari ini. Terumbang-ambing fikiran sesekali berpusaran & berselirat. Selepas subuh tadi, terlalu banyak perkhabaran yang sampai ke pengetahuan ana.
Dari dunia Muslim;
Dari dunia Muslim;

- BREAKING NEWS!Unofficial death tolls on chemical weapons attack by Bashar Assad's regime last night is already approaching 500 people, mostly women and children.The area which involved including Ghouta, Jobar, Zamalka and 'Ain Tirma, outside Damascus.[NH] _Dipetik dari #mesirkini
- Dijangkakan, hari ini (Khamis), bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan dibebaskan dari penjara selepas dilucutkan dari beberapa pertuduhan yang sebelumnya menyebabkan hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan kepadanya.
Terkedu sebentar. Bagai berjeda detik jam, merasa seperti dunia berhenti seketika, ada esakan yang mengisi kesunyian pagi. Dalam kesakitan menahan sakit pada badan ini, lebih parah merasakan sakit terlukanya hati mendengarkan berita-berita ini. Begitu tenatnya dunia waktu ini. Bumi sedang basah dengan darah insan-insan yang dizalimi rakus oleh tangan-tangan yang dahagakan kuasa. Hilangnya kemanusiaan saat keinginan melangit terhadap dunia untuk berada digenggaman.
Dunia ini hanya persinggahan sementara. Ada akhirat yang menanti kita, menjadi tempat tujuan yang terakhir.
Terhad benar kekuasaan seorang manusia untuk menakluki dunia ini. Nikmat di dunia ini terlalu sedikit jika dibandingkan dengan nikmat di akhirat sana yang kekal abadi. Apa sudah lupa pada siapa pemilik dunia ini yang sebenarnya? Dunia ini adalah limpahan kurniaan Ilahi dan belas ihsanNya yang menyeluruh untuk hamba-hambaNya.
Hadith Rasulullah saw, dari Sahl Ibn Sa'd r.a.;
لو كانت الدنيا تعدل عند الله جناح بعوضة ما سقى كافرا منها شربه ماء
“Jika dunia ini menyamai di sisi Allah sebelah sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum daripadanya kepada seorang kafir pun.”
[H.R. At-Tarmizi]
Apa nasibmu yang bakal mendatang, wahai bumi Misr & seisinya?
Bagaimana dengan pengajianku di sana?
Tempoh 5tahun itu masih terlalu lama untukku yang dalam kondisi kesihatan yang kurang stabil ini. Apakah patut untukku berhentikan niatku untuk menyambung pelajaran di sana walau sudah setahun jatuh bangunku di bidang itu?
Allahu Allah, semua dalam rahsiaMu. Permudahkanlah segala urusan hamba-hambaMu, ya Rabb Al-'Izzah.
Khabar dari sahibah khalilah;
Semalam, dapat juga ana menghubungi seorang ukhti fillah yang amat dirindui. Walau tenaga sudah kehausan & oksigen semakin lama semakin sukar disedut, kabulkan jua hajat untuk mendengar suaranya & mendapatkan update kondisi kesihatannya. Tidak panjang perbualan kami kali ini kerna ana tidak dapat menahan tangisan. Bercampur-baur rasa waktu itu. Gembira, sedih, bimbang.
Gembira- Dapat dengar suara ukhti cukup membahagiakan sahabatmu ini. Optimismu benar-benar membanggakanku. Satu hal lagi, terlalu gembira hati ini saat ukhti memberi harapan sakit ana boleh diketahui puncanya dengan simptom-simptom yang ukhti kongsikan. Walau pahit untuk mengetahuinya, namun, gembira dapat merungkai segala persoalan. Bakal diaturkan satu hari nanti pertemuan dengan neurologist, insyaAllah.
![]() |
Masih punya HARAPAN!! |
Sedih- Teringatkan konversasi antara ana & mama angkat ana tentang ukhti. Bi iznillah, Allah akan memberikan yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Bimbang- Sedikit sebanyak lahir kebimbangan mengenai sakit yang ana hadapi. Jua kerisauan menggunung berkenaan kondisi ukhti yang katanya sedang mengalami infection in blood. Semoga ditingkatkan ketabahan untuk ukhti.
Pagi tadi ana juga menerima khabar bahawa ayah ukhti yang ana sayangi fillah ini dimasukkan ke hospital seawal 4pagi tadi & diagnosed as heart attack. Sekarang diwadkan di ICU. Sesungguhnya kepada Allah tempat kembali & tempat bergantung harap. Mohon doa dari antum sekalian.
Hanya mampu mencoret setakat ini. Mohon berlabuh tinta dalam tempoh yang sedikit lama dari biasa untuk memberi laluan kepada 'suatu' persiapan untuk menghadapi slot kehidupan yang baharu.
Ditinta kemas dari hati,
NuR.
Bumi bertuah, Kelantan.
ReplyDeleteJadilah hamba Allah
Yang kental, berjiwa besar
Yang segar dek quran tumbuh dalam dadanya
Fikrah yang langsung hidup lewat syakhsiyyahnya
Bernas aqal dek ilmu yang memperkasa
Tinggi cita-cita memburu cinta dan redhaNya
Kuat hamasahnya mendidih panas, bergelora
Moga sampai suatu masa
Engkau kan bisa
Menuntun aqidah bangsa ke muara
Membinasa jahiliah yang meratah budaya
Memperindah adab dan akhlak anak muda
Menyatu dunia dengan keluhuran agama
Menegakkan hak agar batil tidak tersisa