Saat sedang dalam cubaan untuk melelapkan mata sambil mengaudit diri di laluan sepanjang hari ini,
Teeetttt………………….
Siapakah menghantar khabar di tengah-tengah malam sebegini? Alhamdulillah, mumkin ada peneman yang Allah hantar mengisi sunyi. Barangkali ia satu utusan penawar hati muhasabah diri.
Tangan lemah dek kemengantukan, menggapai handset di penjuru katil yang sedang di top-up kuasanya.
__Assalamu’alaikum, sahabat sayang… Nasihati aku sahabat, tolonglah, mengenai apa??? Mengenai....
mati..__
From: Ukhti Fillah, M.A.
Tergamam.
“Allahu Allah. Apakah aku layak untuk menasihatimu, si khalilah solehah? Sedang aku juga naik turun bertarung kekuatan untuk menyangkal lemahnya hati memikirkan kematian yang tidak habis-habisan menghentam sudut fikiranku akhir-akhir ini.”
Satu hal yang terlintas di minda ana waktu itu.
H.A.T.I.

Benar. Ketika kematian soal kematian mengetuk pintu sedar, terkait soal hati. Tergambar segala bait kata Ibnu Qayyim tentang hati;
Dalam hati manusia terdapat kekuatan,
tidak terkecuali menerima kehendak Allah.
Dalam hati terdapat keganasan,
tidak hilang kecuali kita berjinak dengan Allah.
tidak hilang kecuali kita berjinak dengan Allah.
Dalam hati terdapat kesedihan,
terlerai dengan menyukai, dan berhubung baik dengan Allah.
terlerai dengan menyukai, dan berhubung baik dengan Allah.
Dalam hati terdapat kegelisahan,
menjadi damai apabila berjumpa denganNya & berlari mendapatkan Allah.
menjadi damai apabila berjumpa denganNya & berlari mendapatkan Allah.
Dalam hati terdapat api penyesalan,
terpadam dengan redha pada suruhan, larangan, qada' &
terpadam dengan redha pada suruhan, larangan, qada' &
sentiasa bersabar sehingga menemui Allah.
Dalam hati terdapat hajat,
tidak terbendung kecuali dengan kecintaan kepada Allah,
tidak terbendung kecuali dengan kecintaan kepada Allah,
memohon kepadaNya, ikhlas, & sentiasa berzikir kepadaNya.
.............................................................................

Kerna hati itulah yang akan dibawa menghadapNya. Sekalipun amal kebajikan menggunung tinggi, tetapi jika hati tidak terbatasi oleh iman & ihsan, segalanya tersia-sia begitu sahaja. 'Mereka' seiringan.
Iman itu ialah bahawa engkau percaya kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Kiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.
Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah- olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.
(Dipetik dari Hadith Islam, Iman & Ihsan : Hadith Arba'in, Imam Nawawi.)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah HATI.”
[H.R. Bukhari & Muslim]
Dikelaskan hati itu terbahagi kepada 3 jenis..
- Hati yang hidup: Hati yang sentiasa mengingati Allah
& mengikuti segala perintahNya.
- Hati yang sakit: Hati yang sentiasa berubah-ubah,
terkadang berada dalam ketaatan dan terkadang berada dalam maksiat.
- Hati yang mati: Hati yang tidak kenal Allah &
tidak peduli sama ada Allah murka padanya.
Bagaimana agaknya keadaan hati ini saat bertemu Yang Maha Menciptakan & Yang Maha Haq ke atasnya?
Jika sewaktu lahir, hati ini suci dari noda, di pengakhirannya? Semoga ia dalam jagaanNya sentiasa, disinari Nur iman & petunjuk Ilahi. Ketika sekembalinya hati ini kepadaNya, mudah-mudahan dalam keadaan baik & diterima olehNya. Ameen.
Firman Allah s.w.t., "Sesungguhnya Allah sukakan orang
yang sering bertaubat & orang yang membersihkan
diri." {Al-Baqarah:222}
Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari r.a (khadam Rasulullah SAW)
menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat seorang
hamba-Nya daripada kegembiraan seseorang yang dengan tidak
disangka-sangkanya menemui kembali untanya yang telah hilang.”
[H.R. Bukhari & Muslim]
Analoginya, jika ana meminjam sehelai baju yang putih bersih dari saudara ana, saat kembalinya, jika ana memulangkan seperti dalam keadaan asalnya iaitu masih berkeadaan putih bersih, pasti tuan empunya gembira & senang hati.
Betapa peri pentingnya memelihara hati dari fitnah dunia sementara ini agar kemusafiran ini terisi dengan hal yang menguntungkan di sana nanti.
Hadith Rasulullah saw:
Diriwayatkan dari Hudzaifah r.a., dia berkata :
“Umar ra pernah bertanya aku ketika aku bersamanya.
Katanya :Siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Rasulullah S.A.W
meriwayatkan tentang fitnah?”
Katanya :Siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Rasulullah S.A.W
meriwayatkan tentang fitnah?”
Sahabat-sahabat menjawab:
” Kami pernah mendengarnya.”
” Kami pernah mendengarnya.”
Umar Bertanya,
“Apakah kamu maksudkan fitnah seorang lelaki bersama keluarga
dan tetangganya?”
“Apakah kamu maksudkan fitnah seorang lelaki bersama keluarga
dan tetangganya?”
Mereka menjawab :
“Ya, benar.”
“Ya, benar.”
Umar berkata.
“Fitnah tersebut boleh dihapuskan oleh solat, puasa dan zakat.
Tetapi siapakah di antara kamu pernah mendengar Nabi S.A.W
bersabda tentang fitnah yang bergelombang sebagaimana lautan
bergelombang?”
“Fitnah tersebut boleh dihapuskan oleh solat, puasa dan zakat.
Tetapi siapakah di antara kamu pernah mendengar Nabi S.A.W
bersabda tentang fitnah yang bergelombang sebagaimana lautan
bergelombang?”
Kemudian Hudzaifah berkata :
“Aku, wahai Umar!”
“Aku, wahai Umar!”
Umar berkata,
“Engkau?.
Lantas Umar memuji dengan berkata,
“Ayahmu adalah milik Allah.”
“Engkau?.
Lantas Umar memuji dengan berkata,
“Ayahmu adalah milik Allah.”
Huzaifah berkata :
Aku dengar Rasulullah S.A.W bersabda :
Aku dengar Rasulullah S.A.W bersabda :
"Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam
secara tumpang tindih satu sama lain. Hati yang dihinggapi fitnah ,
bintik-bintik putih akan melekatpadanya, sehingga akhirnya hati
tersebut terbahagi menjadi dua. Sebahagian menjadi putih bagaikan
batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan
bumi masih ada, dan sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan
seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak melarang kemungkaran, dia hanya mengikuti keinginan hawa nafsunya."
[Hadis Riwayat Muslim]
Seburuk atau seteruk manapun merasakan diri jauh dariNya, jangan pernah merasa sudah tiada sedikitpun kebaikan dalam diri.
InsyaAllah, selagi detik masih berputar, masih punya waktu untuk dahi mencecah sejadah, berbaki beberapa waktu buat hati merendah diri memohon taubat kepada Allah swt.
Yuk, sama-sama sentiasa basahkan bibir dengan istighfar. Perhebatkan ratib syahadah, hamdalah, mengagung-agungkan Allah swt Yang Maha Agung, Yang Maha Indah.
"Lapangkan hati yang sempit dengan mengingatiNya."Kematian tetap akan hadir.
Tak terlewat walau sesaatpun.
Bersedia atau tidak, takkan boleh ditangguh sedetikpun.
.....
NuR
Bumi Malizi.
Wahai diri yang tertipu !
ReplyDeleteTertipu ataupun ghurur adalah merujuk pd kerja syaitan yg ingin menyesatkan manusia..
Imam ibnul Jawzi menjelaskan dlm Talbis Iblis, kadang2 ilmuan pun tertipu dgn ilmunya, hingga mengheret nya dlm polemik2 debat yg merugikan dgn harapan meningkatkan popularity nya..
Gitu juga tipu daya syaitan kpd ahli perubatan , Orang yang cantik dll, semuanya terdedah pd tipudaya nya..
Ayuh renungi firman Allah swt dlm surah al Hijr ayat 39 tentang janji syaitan maksudnya : iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,
Jom renungi mesej ini :
"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."
(mafhum riwayah).
Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...
Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...
Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...
kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...
Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.
Sahabat yang ku sayang..
Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.
Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.
Ketahuilah wahai sahabat
Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibuk kan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.
Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami...
Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.
Aamiin."
ingat mengingati utk diri sendiri dan sahabat
Allahu Allah..
ReplyDeleteMakin terbangkit sedar.
Alfu syukran 'alayk.