Kali ini melarik tinta pada papan putih ini berhalwa telingakan nasyid Kasih Padamu Ya Rasulullah dendangan Hafiz Hamidun.
Subhanallah, sungguh mendamaikan, menambah kesyahduan hati saat ini.
Makin ampuh ombak rindu padamu, Ya Rasulullah saw, { اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ }, menghempas-pulas daratan hati kerdil ini. Dititipkan rindu ini bersama doa & harapan dapat bertemu denganmu, ya Habiballah, di sana nanti.
Hari demi hari, sedar tidak sedar, sudah hampir 3 bulan keberadaan ana di negara kelahiran ini. Tarikh 10 September yang sebelum ini amat menggusarkan untuk ditempuhi, kini..
sudah bertukar. Bertukar dari gusarnya hati kepada buntu.
Tiket penerbangan pada tarikh berkenaan dibatalkan & sedang dalam urusan untuk open ticket, yang mana tarikh untuk ke Mesir belum diketahui. Masih kabur.
Keadaan di sana yang turun naik menyukarkan untuk ana & sahabat-sahabat mengambil kata putus: sambung atau berhenti. Ada yang memilih untuk balik ke Mansoura & menyambung study. Ada pula yang memilih untuk memberhentikan proses pembelajaran mereka di sana & meneruskan perjuangan di Malaysia atau di negara-negara yang lain.
Menyelak lembaran-lembaran berita dari Mesir, antara yang merisaukan adalah ekonomi Mesir yang semakin merudum. Suntikan kewangan untuk Mesir dari Qatar & UAE sudah diberhentikan. Para pelabur asing sudah mula menarik diri dari terus terjerat dalam konspirasi kudeta yang cuba mengambil alih tampuk pemerintahan Bumi Barakah itu.
Dengan huru-hara yang berlaku di sana, menjauhkan lagi potensi Bumi Anbiya' itu untuk meraih sokongan kewangan. Apalagi yang ada melainkan memohon bantuan kewangan dari IMF. Sudah tenat sehingga disenaraikan tercorot antara 140 negara dalam ekonomi dunia hari ini. Sekiranya ekonomi makin menjunam jatuh, dibimbangi bakal membuka pintu untuk dikuasai oleh kuasa-kuasa lain.
Berlakunya revolusi I di mesir pada tahun 2011, rakyat Mesir & para musafir di sana turut merasakan tempias kenaikan harga barangan di pasaran. Dilihat dari sektor pengangkutan awam, peruncitan, pelancongan, & lain-lain, terdapat kenaikan harga yang mendandak. Namun, kawalan harga & bantuan dari kerajaan waktu itu bijak mengatur langkah agar tidak terbeban oleh rakyat.
Sekarang, rakyat sudah kembali tersepit. Tetapi, ana solute dengan rakyat Mesir, mereka benar-benar berani & bangkit menegakkan haq. Tidak kalah pada tawaran yang boleh menutupi kebenaran walau mereka sendiri dihimpit kesusahan.
Menggadaikan segala kesenangan sehingga sanggup bergelap-gelita & berhujan-panas sebagai protes kepada kerajaan sementara. Jelas sekali bukan ekstremisasi yang dikehadapankan, tetapi mujahadah untuk menegakkan Deen Allah.
Apa yang namanya zalim itu, tidak hanya terjadi pada erti terlayangnya nyawa seseorang pada tangan penjenayah, tetapi menyembuyikan kebenaran itu sendiri tergolong sama. Na'uzubillahi min dzalik. Para syahidin yang terkorban sudah semakin bertambah di Mesir sana.
Terdapat dua sudut reaksi Umat Islam ketika ini, mengharukan melihat bantahan dunia terhadap isu kemanusiaan yang berlaku di Mesir dengan mengukuhkan slogan R4BIA kepada masyarakat awam melalui media massa, demonstrasi aman & sebagainya.
Terluka hati insani bilamana ada yang sebaliknya. Apakah patut membiarkan saja saudara kita terbunuh sadis, tetapi kita di sini makin melekakan hati dengan hal yang menjauhkan diri dari jalan Allah? Allahu Allah....
Perjuangan.
Ia ibarat seperti sebuah litar elektrik, dari satu sambungan ke satu sambungan lain, ia melengkapkan litar. Bagaimana Rasulullah saw yang sebagai pemula kepada rantaian dakwah, maka sambungannya adalah para sahabat, kemudian tabi'in, seterusnya tabi' tabi'in, & sehinggalah sampai sinar Islam kepada kita hari ini. Cuba kita renung sejenak, bagaimana jika rantaian atau sambungan itu tidak lengkap atau terputus?
Mereka di sana berjuang sehingga menemui syahid, adakah untuk kemewahan & kekuasaan? Tidak sama sekali! Perjuangan ini adalah untuk Islam & keamanan sejagat. Dilihat Mesir pada setahun yang lalu adalah satu kuasa besar, berpengaruh & digeruni oleh kuasa-kuasa Barat. Ekonominya adalah antara fasa yang terbaik dalam sejarah Mesir. Antara salah satu penyumbangnya adalah melalui sektor pelancongan. Iye, ramai yang mula merasai selamat berada di Mesir. Bukan sahaja pelancong, bahkan pelarian sekalipun berasa aman di sana. Dilindungi, keselamatan juga dijaga rapi.
Betapa mereka gigih untuk membangunkan kembali empayar Islam yang jatuh pada satu ketika dahulu. Isu-isu Ummah, mereka yang pertama bangkit. Menghantar bantuan ke sana sini. Menyuarakan ketidakadilan & pendapat di pentas kuasa dunia. Terlalu hebat mujahadah mereka. Fi hifzillah, ya Misr.
Apa yang kita perlu buat? Doa. Satu senjata besar yang kita ada sebenarnya. Perhebatkan jua kebersediaan kita untuk menghadapi hari-hari hadapan dengan kefahaman Islam & lalui hari ini dengan ada sumbangan kita pada Islam seperti pembinaan jati diri Muslim, membentuk keluarga yang kukuh pegangan agama, dll.
Ya Allah Rabb Al-Muqsit wal Adl, redhailah terhadap apa yang hambaMu ini perbuat di dunia ini. Ya Rasulullah saw, semoga kasih & cintamu pada Umatmu tetap mengharum dalam mujahadah insan biasa yang kerdil ini.
Tinta hati,
NuR,
@JauhdariMim.Sod.Ro.
Makin ampuh ombak rindu padamu, Ya Rasulullah saw, { اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ }, menghempas-pulas daratan hati kerdil ini. Dititipkan rindu ini bersama doa & harapan dapat bertemu denganmu, ya Habiballah, di sana nanti.
![]() |
IMAN's flight..^^ |
sudah bertukar. Bertukar dari gusarnya hati kepada buntu.
Tiket penerbangan pada tarikh berkenaan dibatalkan & sedang dalam urusan untuk open ticket, yang mana tarikh untuk ke Mesir belum diketahui. Masih kabur.
Keadaan di sana yang turun naik menyukarkan untuk ana & sahabat-sahabat mengambil kata putus: sambung atau berhenti. Ada yang memilih untuk balik ke Mansoura & menyambung study. Ada pula yang memilih untuk memberhentikan proses pembelajaran mereka di sana & meneruskan perjuangan di Malaysia atau di negara-negara yang lain.
Menyelak lembaran-lembaran berita dari Mesir, antara yang merisaukan adalah ekonomi Mesir yang semakin merudum. Suntikan kewangan untuk Mesir dari Qatar & UAE sudah diberhentikan. Para pelabur asing sudah mula menarik diri dari terus terjerat dalam konspirasi kudeta yang cuba mengambil alih tampuk pemerintahan Bumi Barakah itu.
![]() |
Allahumma Ameen.. |
Berlakunya revolusi I di mesir pada tahun 2011, rakyat Mesir & para musafir di sana turut merasakan tempias kenaikan harga barangan di pasaran. Dilihat dari sektor pengangkutan awam, peruncitan, pelancongan, & lain-lain, terdapat kenaikan harga yang mendandak. Namun, kawalan harga & bantuan dari kerajaan waktu itu bijak mengatur langkah agar tidak terbeban oleh rakyat.
Sekarang, rakyat sudah kembali tersepit. Tetapi, ana solute dengan rakyat Mesir, mereka benar-benar berani & bangkit menegakkan haq. Tidak kalah pada tawaran yang boleh menutupi kebenaran walau mereka sendiri dihimpit kesusahan.
Menggadaikan segala kesenangan sehingga sanggup bergelap-gelita & berhujan-panas sebagai protes kepada kerajaan sementara. Jelas sekali bukan ekstremisasi yang dikehadapankan, tetapi mujahadah untuk menegakkan Deen Allah.
Apa yang namanya zalim itu, tidak hanya terjadi pada erti terlayangnya nyawa seseorang pada tangan penjenayah, tetapi menyembuyikan kebenaran itu sendiri tergolong sama. Na'uzubillahi min dzalik. Para syahidin yang terkorban sudah semakin bertambah di Mesir sana.
Terdapat dua sudut reaksi Umat Islam ketika ini, mengharukan melihat bantahan dunia terhadap isu kemanusiaan yang berlaku di Mesir dengan mengukuhkan slogan R4BIA kepada masyarakat awam melalui media massa, demonstrasi aman & sebagainya.
Terluka hati insani bilamana ada yang sebaliknya. Apakah patut membiarkan saja saudara kita terbunuh sadis, tetapi kita di sini makin melekakan hati dengan hal yang menjauhkan diri dari jalan Allah? Allahu Allah....
![]() |
#Act right |
Perjuangan.
Ia ibarat seperti sebuah litar elektrik, dari satu sambungan ke satu sambungan lain, ia melengkapkan litar. Bagaimana Rasulullah saw yang sebagai pemula kepada rantaian dakwah, maka sambungannya adalah para sahabat, kemudian tabi'in, seterusnya tabi' tabi'in, & sehinggalah sampai sinar Islam kepada kita hari ini. Cuba kita renung sejenak, bagaimana jika rantaian atau sambungan itu tidak lengkap atau terputus?
Mereka di sana berjuang sehingga menemui syahid, adakah untuk kemewahan & kekuasaan? Tidak sama sekali! Perjuangan ini adalah untuk Islam & keamanan sejagat. Dilihat Mesir pada setahun yang lalu adalah satu kuasa besar, berpengaruh & digeruni oleh kuasa-kuasa Barat. Ekonominya adalah antara fasa yang terbaik dalam sejarah Mesir. Antara salah satu penyumbangnya adalah melalui sektor pelancongan. Iye, ramai yang mula merasai selamat berada di Mesir. Bukan sahaja pelancong, bahkan pelarian sekalipun berasa aman di sana. Dilindungi, keselamatan juga dijaga rapi.
Betapa mereka gigih untuk membangunkan kembali empayar Islam yang jatuh pada satu ketika dahulu. Isu-isu Ummah, mereka yang pertama bangkit. Menghantar bantuan ke sana sini. Menyuarakan ketidakadilan & pendapat di pentas kuasa dunia. Terlalu hebat mujahadah mereka. Fi hifzillah, ya Misr.
Apa yang kita perlu buat? Doa. Satu senjata besar yang kita ada sebenarnya. Perhebatkan jua kebersediaan kita untuk menghadapi hari-hari hadapan dengan kefahaman Islam & lalui hari ini dengan ada sumbangan kita pada Islam seperti pembinaan jati diri Muslim, membentuk keluarga yang kukuh pegangan agama, dll.
"Kemenangan yang terdekat adalah bagi orang yang bersedia & Allah swt akan menangguhkannya bagiorang yang tidak bersedia."
Ya Allah Rabb Al-Muqsit wal Adl, redhailah terhadap apa yang hambaMu ini perbuat di dunia ini. Ya Rasulullah saw, semoga kasih & cintamu pada Umatmu tetap mengharum dalam mujahadah insan biasa yang kerdil ini.
Tinta hati,
NuR,
@JauhdariMim.Sod.Ro.
No comments:
Post a Comment