Papan Tanda Tinta..

Papan Tanda Tinta..

Thursday, August 22, 2013

Naik Turun..

Selawat & salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Semoga semua umat Islam di seluruh dunia dalam rahmat & perlindunganNya.

Hari ini, disimpan kemas hasrat semalam untuk update tentang raya yang lalu. Ada hal yang lebih menarik-menarik hati untuk dipahatkan di sini.
Amat pedih menghadapi hari ini. Terumbang-ambing fikiran sesekali berpusaran & berselirat. Selepas subuh tadi, terlalu banyak perkhabaran yang sampai ke pengetahuan ana.

Dari dunia Muslim;

  • BREAKING NEWS!Unofficial death tolls on chemical weapons attack by Bashar Assad's regime last night is already approaching 500 people, mostly women and children.The area which involved including Ghouta, Jobar, Zamalka and 'Ain Tirma, outside Damascus.[NH] _Dipetik dari #mesirkini
  • Dijangkakan, hari ini (Khamis), bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan dibebaskan dari penjara selepas dilucutkan dari beberapa pertuduhan yang sebelumnya menyebabkan hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan kepadanya.
Terkedu sebentar. Bagai berjeda detik jam, merasa seperti dunia berhenti seketika, ada esakan yang mengisi kesunyian pagi. Dalam kesakitan menahan sakit pada badan ini, lebih parah merasakan sakit terlukanya hati mendengarkan berita-berita ini. Begitu tenatnya dunia waktu ini. Bumi sedang basah dengan darah insan-insan yang dizalimi rakus oleh tangan-tangan yang dahagakan kuasa. Hilangnya kemanusiaan saat keinginan melangit terhadap dunia untuk berada digenggaman. 

Dunia ini hanya persinggahan sementara. Ada akhirat yang menanti kita, menjadi tempat tujuan yang terakhir. 
Terhad benar kekuasaan seorang manusia untuk menakluki dunia ini. Nikmat di dunia ini terlalu sedikit jika dibandingkan dengan nikmat di akhirat sana yang kekal abadi. Apa sudah lupa pada siapa pemilik dunia ini yang sebenarnya? Dunia ini adalah limpahan kurniaan Ilahi dan belas ihsanNya yang menyeluruh untuk hamba-hambaNya.
Hadith Rasulullah saw, dari Sahl Ibn Sa'd r.a.; 
لو كانت الدنيا تعدل عند الله جناح بعوضة ما سقى كافرا منها شربه ماء

Jika dunia ini menyamai di sisi Allah sebelah sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum daripadanya kepada seorang kafir pun.

[H.R. At-Tarmizi]



Apa nasibmu yang bakal mendatang, wahai bumi Misr & seisinya? 
Bagaimana dengan pengajianku di sana? 
Tempoh 5tahun itu masih terlalu lama untukku yang dalam kondisi kesihatan yang kurang stabil ini. Apakah patut untukku berhentikan niatku untuk menyambung pelajaran di sana walau sudah setahun jatuh bangunku di bidang itu?
Allahu Allah, semua dalam rahsiaMu. Permudahkanlah segala urusan hamba-hambaMu, ya Rabb Al-'Izzah.

Khabar dari sahibah khalilah;
Semalam, dapat juga ana menghubungi seorang ukhti fillah yang amat dirindui. Walau tenaga sudah kehausan & oksigen semakin lama semakin sukar disedut, kabulkan jua hajat untuk mendengar suaranya & mendapatkan update kondisi kesihatannya. Tidak panjang perbualan kami kali ini kerna ana tidak dapat menahan tangisan. Bercampur-baur rasa waktu itu. Gembira, sedih, bimbang.

Gembira- Dapat dengar suara ukhti cukup membahagiakan sahabatmu ini. Optimismu benar-benar membanggakanku. Satu hal lagi, terlalu gembira hati ini saat ukhti memberi harapan sakit ana boleh diketahui puncanya dengan simptom-simptom yang ukhti kongsikan. Walau pahit untuk mengetahuinya, namun, gembira dapat merungkai segala persoalan. Bakal diaturkan satu hari nanti pertemuan dengan neurologist, insyaAllah.

Masih punya HARAPAN!!
Sedih- Teringatkan konversasi antara ana & mama angkat ana tentang ukhti. Bi iznillah, Allah akan memberikan yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Bimbang- Sedikit sebanyak lahir kebimbangan mengenai sakit yang ana hadapi. Jua kerisauan menggunung berkenaan kondisi ukhti yang katanya sedang mengalami infection in blood. Semoga ditingkatkan ketabahan untuk ukhti.

Pagi tadi ana juga menerima khabar bahawa ayah ukhti yang ana sayangi fillah ini dimasukkan ke hospital seawal 4pagi tadi & diagnosed as heart attack. Sekarang diwadkan di ICU. Sesungguhnya kepada Allah tempat kembali & tempat bergantung harap. Mohon doa dari antum sekalian.

Hanya mampu mencoret setakat ini. Mohon berlabuh tinta dalam tempoh yang sedikit lama dari biasa untuk memberi laluan kepada 'suatu' persiapan untuk menghadapi slot kehidupan yang baharu.

Ditinta kemas dari hati,
NuR.
Bumi bertuah, Kelantan.

1 comment:


  1. Jadilah hamba Allah
    Yang kental, berjiwa besar

    Yang segar dek quran tumbuh dalam dadanya
    Fikrah yang langsung hidup lewat syakhsiyyahnya
    Bernas aqal dek ilmu yang memperkasa
    Tinggi cita-cita memburu cinta dan redhaNya
    Kuat hamasahnya mendidih panas, bergelora

    Moga sampai suatu masa
    Engkau kan bisa

    Menuntun aqidah bangsa ke muara
    Membinasa jahiliah yang meratah budaya
    Memperindah adab dan akhlak anak muda
    Menyatu dunia dengan keluhuran agama
    Menegakkan hak agar batil tidak tersisa


    ReplyDelete

Murobbiah Sayangfillah..

Murobbiah Sayangfillah..
"Dalam mengharungi landasan dakwah & tarbiyyah (D&T), murobbi dan halaqah tak boleh dipisahkan.. Setiap masa dan tempat mesti mencari peluang mendapatkannya.. Agar jiwa da'ie dalam diri sntiasa terarah dan dipandu pada landasan yg betul, bi iznillah.." _Ummi Hasnah Mohamed_
Serangkap tinta Nur susun buat Ummi sayangfillah:
Baja keringat yang ditabur,
menyuburkan cambahan akar cerdik pandai yang menyusur kepantasan masa,
merimbunkan pokok kemajuan negara kian moden buat teduhan insan di bawah didikannya.
Angin berpupuk menyapa haruman bunga kejayaan duniawi yg mekar,
lalu berputik buah kebaikan untuk dituai dalam kiraan amalan kelak nun di akhirat sana,
semuanya kerana baja keringat insan bergelar MUROBBI. Dengan IzinNya, tersemai elok benih insan yang kecil saja saiz ilmunya lalu tumbuh menjadi insan berisi yang bermanfaat buat yang lain; seorang pelajar.
Barakallahu fik...

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Dalam ukhuwwah itu akan terlakar segala lukisan kenangan amat indah, walau terkadang terselit duka & perih pahitnya ujian. Namun, ujian itu lebih mengakrabkan kami, mengindahkan lagi lembaran kehidupan kami. Antara dua saudara itu, pelbagai kelainan yang ada pada diri masing-masing, ada yang cantik, ada yang cute, ada pandai, ada yang bijak dan bermacam-macam kehebatan lagi. Akan tetapi, bila sama-sama melengkapi,semuanya akan membentuk lingkaran kesempurnaan. Mungkin ada waktunya lingkaran itu ada juga sedikit kekosongan di dalamnya dek kerana kami adalah insan biasa, tidak sempurna. Indah kan ukhuwah fillah? <3

My Life My Exam..

My Life My Exam..
A trial.. or real.. Not so easy to change our mind to DO.. but, when we DID it, yeay, alhamdulillah, we'll feel that actually, it's not so difficult as we think, insyaAllah. Go! Go! Next stairs is waiting me, you & us! Allahu yusahhil 'ala kulli hal, Allahumma Ameen.

L.O.V.E.

L.O.V.E.
Abu Huraira reported: The Prophet, peace and blessings be upon him, said, “A man set out to visit his brother in Islam from another town and Allah sent an angel to him. When the man met the angel, he was asked: Where are you going? The man said: I am visiting my brother in this town. The angel said: Are you returning a favor? He said: No, I have desire to visit him except that I love him for the sake of Allah the Exalted. The angel said: I am a messenger from Allah to tell you that Allah loves you as you love him.” {Sahih Muslim 2567, grade: Sahih (authentic) according to Imam Muslim.}

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..
Dikarang segala gembira, dilakar segala bahagia. Indah tiada terkata, bersama si dia yang tidak halal baginya. Di suatu masa, lara datang menyapa, pedih menahan segala luka. Sudah tak berhargakah segala bahagia yang ditinta bersama? Apakah janji sudah terkota, ingin bersama selamanya? Wahai hati yang sedang 'bahagia dalam lara', sedarilah sebelum hampa, ia nyata hanya silap mata permainan dunia sahaja. Jagalah cinta sebaiknya. Usah dibiarkan disapa oleh yang tidak patut menerimanya. IMAN di dada kata,"Jangan mengada2 bila si penggoda mula berkata2.." Di takat mana, kepedulian kepada jiwa? Lahirkan cinta sebagai seorang Hamba, kepada Yang Maha Mencipta, jua pada hanya yang selayaknya. Jangan sekali-kali berhambakan cinta yang dusta.

Harapanku AnNisa..

Harapanku AnNisa..
Wahai rijal! Bila saat hiba kesusahan menimpa, bagi seorang nisa',mengalirkan air mata dapat mententeramkan hati yang sedang kekalutan & kesedihan. Namun, jangan menganggap tangisan kami itu satu kelemahan kerana itu adalah fitrah seorang nisa'. Jangan sesuka hatimu mengambil kesempatan ke atas kami dengan membuatkan ramai nisa' sentiasa bergenang mutiara jernih. Jangan sesekali sentuh hati kami tanpa ada ikatan yang sah!! Nanti bisanya sentuhan itu akan melukakan hati antara kami di suatu saat. Lindungilah sebaiknya insan-insan yang sering mengalirkan air mata ini.