Papan Tanda Tinta..

Papan Tanda Tinta..

Kemanisan Mujahadah Solehah

INDAHNYA HADIAH DARI ILAHI 1..

Assalamu'alaikum...
Coretan bukan sekadar coretan...tetapi untuk peringatan bersama...InsyaAllah..

Hari demi hari,diri ini diuji dan terus teruji dengan penyakit. Entah mengapa masih tiada perubahan untuk sembuh,bahkan makin menemui jalan kebuntuan untuk mendapatkan penawar.

Suatu hari,ana bersama dengan mama tercinta. Selera makan ana bagai tiada langsung. Melihat pelbagai jenis makanan umpama tiada apa-apa. Langsung tiada hinggap di kotak pemikiran ana untuk menjamah makanan-makanan itu. Mama menyediakan pelbagai lauk untuk ana agar berselera untuk makan, namun ana hanya menatap sahaja makanan-itu....

Tiba-tiba,meniti satu ayat di bibir mama,"Mama masak tak sedap ya?". Allahu Akbar,dalam hati ana menjadi sebak dan rasa bersalah menggunung tinggi. Tiada kata yang mampu ana susun untuk menjawab pertanyaan mama. Kelu lidah. Diri tertunduk resah andai mama terasa dengan perlakuan ana. Ya Allah ampunkan hambaMu ini. Mama mengangkat wajah ana seraya berkata,"Kenapa tak nak makan ni?" Butir-butir jernih air mata seorang anak mengalir tanpa ada apa-apa yang menyekat.... Sekali lagi tiada jawapan...


Ana dapat lihat wajah mama yang penuh lakaran kebimbangan. Allah!Apa yang ana lakukan ni? Mama mula berkata-kata tentang isi hatinya kepada ana...,
"Mama tak boleh terima anak mama macam ni. Anak mama ni sedang buat mama risau. Kenapa tak nak makan,sayang?Nak mama belikan makanan lain. Mama nak tengok anak mama makan. Boleh tak,sayang? Hari ni langsung anak mama tak makan,betul tak?" Hanya berdiam diri menjadi pilihan hati waktu ini. Ana gagahkan diri untuk menyuapkan makanan ke mulut,tapi hampa....bagai ada sesuatu yang menghalang. Wajah mama sudah merah padam. Ana mengerti,ibu mana yang tak susah hati bila anaknya sakit.
"Anakku,kenapa tolak rezeki yang Allah kurniakan? Jangan nanti Allah tarik balik apa yang dia beri kepada kita.Na'uzubillahi min dzalik. Ramai orang yang nak makan tapi makanan secubit pun tiada. Saudara kita di Somalia ramai yang meninggal disebabkan kebuluran. Salah cara anak mama ni. Kita tak boleh putus asa bila diuji. Mama tahu anak mama tengah sakit,mama tahu,sayang." ......Mama menceritakan pengalaman mama ketika menempuhi saat getir bertarung nyawa untuk melahirkan anak-anak tercinta dan tika perih pedih melawan penyakit yang berbahaya. Mama juga membuka lembaran sejarah Rasulullah SAW dan para sahabat ketika diuji..... "Bukan anak mama ni sahaja yang diuji begini,sayang, malah ada lagi yang lain lebih hebat dan betapa peritnya ujian mereka . Allah uji kita sebab nak kuatkan kita, bukan nak jadikan kita lebih lemah,sayang...Dia turunkan ujian buat anak mama ni tak bermakna tiada pertolongan dariNya. Allah berfirman;
".......Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang(dengan berbagai ujian),sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata,"Kapankah datang prtolongan Allah?Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."(Al-Baqarah:214)
"Allah takkan uji kita di luar kemampuan kita. Dia tahu anak mama mampu hadapinya. Mengadulah  kepada Allah sentiasa,sayang.. Allah sayangkan anak mama ni, sebab tu sekarang Allah takdirkan suatu hadiah teristimewa buat sayang mama ni. Hadith Rasulullah SAW;
"Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith qudsi Allah berfirman, “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Air mata ana berhenti mengalir. Gagah tangan ana menyapa sudu. Ana suapkan nasi ke mulut tanpa memikirkan sakitnya untuk menelan nasi bersama ayam serta kual dal yang mama masak. Suapan demi suapan....akhirnya tangan mama menyentuh lembut kepala ana. "Nakal anak mama ni ya?" Senyuman terukir dalam kesakitan. Pelukan erat serta hangat kasih mama buat ana terasa bagai hilang segala-galanya umpama penawar yang paling mujarab. Ya Allah, Engkau menganugerahkanku seorang ibu yang punya hati mulia,sangat penyayang dan segala-galanya dia berkorban untuk anaknya ini yang telah banyak melukakan hatinya tadi,astagfirullahal Adzeem...Alhamdulillah,ya Rahman ya Raheem....Tiada tuhan Yang Maha Hebat selainMu..

Terlintas di fikiran ana waktu itu sekalung Hadith Nabi Allah,SAW;
Daripada Abu Hurairah r.a.d. katanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah s.w.t. berfirman: “Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu didalam hatinya maka Aku mengingati dia didalam hatiKU, dan jika dian mengingatiKu dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat yang maksum dan suci daripada segala dosa). Apabila hambaKu mendekatiKu sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari”. {Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain}
Bermula saat itu, ana bangkit dari kelemahan yang ada. Luangkan masa bersama yang tercinta fillah,mama...dan ahli keluarga yang lain, akhowat yang banyak memberi dorongan,mad'u2 yang ingin diri ini menuntun hati-hati mereka ke jalanNya yang diredhai serta sahabat-sahabat seperjuangan ilallah. Sedikit perubahan ana lihat daripada orang sekeliling ana. Mereka sentiasa ingin bersama ana. Bila tiba saat kesakitan,tiba-tiba ada yang memeluk ana dari belakang beserta kata indah, "Sayang anti fillah!Kena kuat ya. Kami du'akan yang terbaik untuk orang kesayangan kami ni. Jangan tinggalkan kami walau selangkah pun." Terharu jiwa mendengar luahan rasa mereka.ALLAHU AKBAR!



 ......................................................................................................................................................

INDAHNYA HADIAH DARI ILAHI 2..


Alhamdulillah..

Allahu Akbar! Bi iznillah,ana masih diberi kesempatan kedua untuk terus menyebarkan secebis warkah buat penawar hati kita semua..

Tiada siapa menyangka bahawa kepulangan ana ke kampung pada cuti semester lalu telah menghantar ana ke suatu laman pengalaman dan memori yang tak dapat ana lakarkan keseluruhannya melalui penulisan ini.. Namun,terbit di jiwa rasa ingin juga berkongsi agar dapat dihayati dan diteliti dengan mata hati..

Seminggu sudah berlalu.. Allah,cepatnya masa berlalu.. Terasa bagai baru semalam ana bersama dengan sahabat2 ana bertolak pulang ke kampung halaman masing2.. Gembira tiada terungkap saat dapat melihat susuk tubuh yang makin hari makin kurus di hadapan ana,melemparkan senyuman dan menghulurkan tangan untuk menghadiahkan pelukan buat anakandanya yang sentiasa berada jauh di mata,MAMA.. Mengalir air mata jernih tanda meluahkan rindu...rindu..rindu yang teramat.. Erat..dan hangat pelukan mama..
Memasuki minggu kedua,ana merasakan kelainan pada diri ana.. Ada bengkak2 pada badan,suhu badan juga makin meningkat,selera makan turut terganggu.. 

Malamnya,kesakitan yang teramat datang menerpa.. Lemah umpama tiada langsung daya menahannya.. Allah,apa lagi yang terjadi kali ini.. Pinjamkan ana kekuatanMu,ya Qawwi.. Deruan air mata ana deras teramat.. "Allaaaahhh,sakitnya..".. Jeritan kecil ana memecah kesunyian malam namun sepi,umpama bunyi seekor semut yang tiada kedengaran oleh manusia.. Tiada suara untuk ana lontarkan sekuat2nya agar bisa hilang kesakitan ini walau sesaat cuma.. Hampa..

Saat itu,hadir bayangan seorang insan yang ana sayangi,sahabat hatiku yang telah kembali ke rahmatullah,Su.. Wajahnya yang amat kurindui sungguh membawa ketenangan.. Ukiran senyuman yang lama telah hilang dari pandangan muncul membawa seribu sinar kekuatan.. Terbit bicara mutiara semangat dari bibir Su yang sudah lama meninggalkan ana jauh dari dunia ini,"Kuat ya,sahabat sayang.." Ana menyapa,"Su,datanglah kat ana...." Makin ana memanggil nama Su,makin dia jauh dan terus hilang dari pandangan ana... "Su,ana saaaakiiiiittttt!! Tunggu ana... Ana nak ikut Su.."... Kesakitan memuncak dan menguasai keseluruhan tubuh ana.. Allah... Allah... Tiada yang lain mampu ana minta bantuan melainkan Ilahi Yang Maha Kuasa... Akhirnya,mata ana terpejam kaku.. Ana collapse selepas beberapa jam bertarung dengan kesakitan..

Bila ana terjaga,kesakitan itu tidak hilang walau sedikit pun.. Ana kuatkan hati,ana mesti bagitahu mama.. Mama ana kaget.. Kasihan melihat anaknya ini.. Pandangan mama pada ana berat sekali.. Mama bagai turut merasainya.. "Maafkan anak mama ni ye? Anak mama banyak susahkan mama..",hati ana mengharapkannya..
Mama segera membawa ana ke klinik.. Dr. memberitahu mama ana sesuatu,tetapi tidak jelas pada pendengaran ana.. "Saya tak dapat berbuat apa-apa pada anak puan.. ..... Saya akan refer anak puan ke hospital.... ...." Mama akur tanpa kata..

Laju mama memandu.. Barangkali tidak ingin ana merasakan sakit itu terlalu lama.. Agaknya ingin  sahaja mama hilangkan sakit ana tika itu juga.. Ana lihat ada takungan air jernih di hujung  mata mama.. "Mama sayang ana ni nangis ye",getus hati ana.. Allah..
Sesampainya di hospital,ana ditempatkan di unit emergency.. Doktor-doktor di sekeliling ana sedikit kekalutan.. Pagi2 begini sudah ada nyawa yang menuntut untuk diselamatkan.. Besar jasamu wahai insan bergelar doktor.. Jazakumullahu khayran jaza'.. Ana disuntik painkiller dan pelbagai perkara ubat lagi.. Rasa sakit itu beransur luput.. Ana ditempatkan di wad O&G dan ana diberitahu keesokannya ana bakal menjalani operation.. Ana tak berdaya mengungkapkan sesuatu walau satu suku kata sekalipun.. Sayu,risau,gementar.. Teradun segalanya dalam hati kecil ana.. Terluah air mata rindu dan cinta kepada Allah dan kekasihNya SAW..

Tergerak hati ana untuk membuka diari yang ana bawa bersama..Pada hari itu sebenarnya ada perkara yang ana MESTI lakukan... Tercatat satu memo,

'..Bertemu sahabat2 tercinta fillah..'

Capaian tangan ana pada handset di kepala katil dengan tangan yang dipenuhi tube dan wires.. Ana segera mengkhabarkan ketidakhadiran ana dengan hati yang sarat rasa hampa dan rindu yang membuak2 buat sahabat2 tercinta.. .....Akhirnya,ana terlelap dengan perasaan yang berbaur..

Ishtaqun ilaikunna jiddan fillah..!!

......................................................................................................................................................

INDAHNYA HADIAH DARI ILAHI 3..



.... Ana merasakan akan kehadiran seseorang di katil ana.. Barangkali Dr... 
Ana membuka mata perlahan2.. "Sahabat sayang!!!", Ain menyapa ana.. Bagai tidak percaya.. Allahu Rabbi,Engkau hadirkan sahabat2 yang ana rindui di saat ana inginkan kehadiran mereka di sisi.. Alhamdulillah.. Alhamdulilllah.. Sahabat ana berlima mengelilingi katil ana.. 

Hanya Allah yang tahu hati ana ketika itu.. Dipenuhi perasaan terharu,sebak dan bermacam2..

Ana cepat bingkas bangun dan duduk bersila di atas katil.. Kekuatan ana menjadi SUPER secara tiba2.. "Sahabat,baringlah.. Nanti bertambah sakit..", kata Dhiya.. Kedegilan ana mengatasi nasihat Dhiya.. Kata2nya umpama masuk ke telinga kanan dan keluar melalui telinga kiri.. Bukan apa,ana teramat gembira dan ingin sahabat ana melihat ana dalam keadaan ana seperti dulu,bukan sebagai sahabat yang sedang sakit dan lemah.. Maafkan ana,sahabat sayang fillah.. Ain memerhatikan ana dan terhambur beberapa pertanyaan,"Kenapa makin kurus ni, tak cukup makan ke? Terlalu busy ye smapai takde masa nak rehatkan badan?.." Takungan air mata mula menmpakkan alirannya di mata Ain.. Ain,ana dapat rasakan dalam hati Ain ada rasa sedih melihat keadaan ana.. Maafkan ana,ana tak dapat nak sembunyikannya.. 

"Alhamdulilllah,makan tak missed.. Mungkin terlalu banyak perkara yang nak difikirkan sampai tak terfikir tentang diri ana sendiri.. Jangan risau,itu perkara yang normal,kan sahabat sayang..??" Ana lemparkan seberapa manis senyuman walaupun pahit. Tak sanggup ana bebankan hati sahabat2 tercinta dengan apa yang ana alami.. Jika boleh ana tak mahu mereka tahu yang ana sedang sakit yang teramat,tak mahu mereka melihat ana terbaring sebegini.. Biarlah ukhuwwah kita hanya dipenuhi dengan lembaran hiasan kebahgiaan sahaja.. Harapan ana yang menggunung sejak ukhuwwah kami mula berputik ialah mengharapkan agar ianya tidak terlakar setitikpun dakwat kedukaan..

"Dari sekolah ye? Mesti ramai,kan.." Ana tak mampu membuahkan kata2 lagi.. Rasa terkilan.. Rasa rindu.. "Hmm,anti ambil MUET(Malaysia University English Test) kat mana nanti?" Sal menukar topik.. Barangkali tidak mahu ana terus bersedih.. Thanks a lot,my dear.. "Ana exam kat sini,insyaAllah.. Doakan naa..", jawapan penuh yakin dari ana.. Membara semangat ana tika itu.. Ujian kesakitan ini tidak akan menghalang ana untuk berjuang dalam MUET nanti.. "Ya Allah,izinkan hambaMu ini untuk menghadapinya dengan penuh kekuatan dan kelancaran pemikiran..Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana...", rintih hati kecil ana..

"Kenapa tadi waktu Ain call ana,riuh rendah aje bunyinya.. Ramai ye yang pergi sekolah?", Sekali lagi ana hamburkan pertanyaan.. "Ramai juga.. Adik2 pun dah tak ada kelas.. Mereka datang kat kami.. Banyak cerita yang mereka kongsi.. Dah lama tak jumpa,kan..", kata Amy.. "Ohh,adik2 dah habis exam ye?".. "Dah..",sambung Amy.. Terbayang wajah adik2 yang ana sayangi.. Tertumpah segala kasih sayang buat mereka seperti darah daging ana sendiri.. Mereka telah mengisi segala kekosongan segala slot memori yang dikhaskan buat seorang adik.. Ana berbangga dengan mereka kerana mereka ialah insan yang istimewa buat ana.. Seringkali mereka menghadiahkan buat ana seribu kegembiraan dan kebahagian, alhamdulillah, ya Allah.. Walau terkadang wajah ana berlumuran air mata.. 

Kata murobbi ana, "Tiada kemanisan dalam berukhuwwah jika tiada pengorbanan.. Harus persiapkan jiwa kita untuk menghadapi segala ujian ukhuwwah yang telah diaturkan olehNya.. Perselisihan faham,disakiti oleh kata2 yang kurang menyenangkan,perpisahan.... Biasalah tu,anakku......" Sambung murobbi lagi;
 
"Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar", ia tersemat kukuh dalam jiwa kerdil ini.. Masih segar kata2 itu dalam fikiran ana.. Bagai semalam baru ana mendengarnya..



No comments:

Post a Comment

Murobbiah Sayangfillah..

Murobbiah Sayangfillah..
"Dalam mengharungi landasan dakwah & tarbiyyah (D&T), murobbi dan halaqah tak boleh dipisahkan.. Setiap masa dan tempat mesti mencari peluang mendapatkannya.. Agar jiwa da'ie dalam diri sntiasa terarah dan dipandu pada landasan yg betul, bi iznillah.." _Ummi Hasnah Mohamed_
Serangkap tinta Nur susun buat Ummi sayangfillah:
Baja keringat yang ditabur,
menyuburkan cambahan akar cerdik pandai yang menyusur kepantasan masa,
merimbunkan pokok kemajuan negara kian moden buat teduhan insan di bawah didikannya.
Angin berpupuk menyapa haruman bunga kejayaan duniawi yg mekar,
lalu berputik buah kebaikan untuk dituai dalam kiraan amalan kelak nun di akhirat sana,
semuanya kerana baja keringat insan bergelar MUROBBI. Dengan IzinNya, tersemai elok benih insan yang kecil saja saiz ilmunya lalu tumbuh menjadi insan berisi yang bermanfaat buat yang lain; seorang pelajar.
Barakallahu fik...

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Dalam ukhuwwah itu akan terlakar segala lukisan kenangan amat indah, walau terkadang terselit duka & perih pahitnya ujian. Namun, ujian itu lebih mengakrabkan kami, mengindahkan lagi lembaran kehidupan kami. Antara dua saudara itu, pelbagai kelainan yang ada pada diri masing-masing, ada yang cantik, ada yang cute, ada pandai, ada yang bijak dan bermacam-macam kehebatan lagi. Akan tetapi, bila sama-sama melengkapi,semuanya akan membentuk lingkaran kesempurnaan. Mungkin ada waktunya lingkaran itu ada juga sedikit kekosongan di dalamnya dek kerana kami adalah insan biasa, tidak sempurna. Indah kan ukhuwah fillah? <3

My Life My Exam..

My Life My Exam..
A trial.. or real.. Not so easy to change our mind to DO.. but, when we DID it, yeay, alhamdulillah, we'll feel that actually, it's not so difficult as we think, insyaAllah. Go! Go! Next stairs is waiting me, you & us! Allahu yusahhil 'ala kulli hal, Allahumma Ameen.

L.O.V.E.

L.O.V.E.
Abu Huraira reported: The Prophet, peace and blessings be upon him, said, “A man set out to visit his brother in Islam from another town and Allah sent an angel to him. When the man met the angel, he was asked: Where are you going? The man said: I am visiting my brother in this town. The angel said: Are you returning a favor? He said: No, I have desire to visit him except that I love him for the sake of Allah the Exalted. The angel said: I am a messenger from Allah to tell you that Allah loves you as you love him.” {Sahih Muslim 2567, grade: Sahih (authentic) according to Imam Muslim.}

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..
Dikarang segala gembira, dilakar segala bahagia. Indah tiada terkata, bersama si dia yang tidak halal baginya. Di suatu masa, lara datang menyapa, pedih menahan segala luka. Sudah tak berhargakah segala bahagia yang ditinta bersama? Apakah janji sudah terkota, ingin bersama selamanya? Wahai hati yang sedang 'bahagia dalam lara', sedarilah sebelum hampa, ia nyata hanya silap mata permainan dunia sahaja. Jagalah cinta sebaiknya. Usah dibiarkan disapa oleh yang tidak patut menerimanya. IMAN di dada kata,"Jangan mengada2 bila si penggoda mula berkata2.." Di takat mana, kepedulian kepada jiwa? Lahirkan cinta sebagai seorang Hamba, kepada Yang Maha Mencipta, jua pada hanya yang selayaknya. Jangan sekali-kali berhambakan cinta yang dusta.

Harapanku AnNisa..

Harapanku AnNisa..
Wahai rijal! Bila saat hiba kesusahan menimpa, bagi seorang nisa',mengalirkan air mata dapat mententeramkan hati yang sedang kekalutan & kesedihan. Namun, jangan menganggap tangisan kami itu satu kelemahan kerana itu adalah fitrah seorang nisa'. Jangan sesuka hatimu mengambil kesempatan ke atas kami dengan membuatkan ramai nisa' sentiasa bergenang mutiara jernih. Jangan sesekali sentuh hati kami tanpa ada ikatan yang sah!! Nanti bisanya sentuhan itu akan melukakan hati antara kami di suatu saat. Lindungilah sebaiknya insan-insan yang sering mengalirkan air mata ini.