Segalanya
berubah sekelip mata.
Insan-insan
berlari menyelamatkan satu harga, nyawa. Ada yang sudah berlumuran darah, ada
yang sedang membawa yang terbujur kaku, ada yang cuba menyelinap di sebalik runtuhan mencari tempat berlindung. Terkepung. Sekeliling sudah tiada apa, ranap
segala, hangus semua.
Di sisiku
ada Ummu Mumtazah. Dibisikkannya, “Kita tauriyah”. Semakin berombak dada, hiba, marah, berbaur. Askar-askar S semakin mendekati kami. Mereka mengacukan senjata
pada ibuku.
“Ya Rabb
lindungilah dia!!! Selagimana aku masih diberi jalan olehMu untuk menaut hati
mereka, izinkanlah… Aku tidak mahu menyekutukanMu sedikitpun walau ia hanya
dusta yang diterima.”
Lama
kemudian, ibuku bertauriyah dan dibawa pergi. Umpama runtuh langit hati, "aku
berserah padaMu ya Ilahi Rabbi."
Mereka
berfokus padaku pula. Badanku berikat. Entah kenapa, dibawaku di dalam runtuhan
bangunan yang teduh….