Papan Tanda Tinta..

Papan Tanda Tinta..

Tuesday, October 8, 2013

Jom! B.A.H.A.G.I.A.?

Bahagia.

Apa erti bahagia ye?
Ana petik sedikit bingkisan dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi;
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:

“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” [Al Ra’du: 28]. 
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:

” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati” (riwayat Bukhari Muslim) 
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:

” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati 
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.
Kunci kebahagiaan itu adalah hati,
ukurannya adalah tindakan & peribadi yang terlahir darinya.
_LakaranInsani_
....

Semua insan nakkan bahagia, sahih?

Terkesan dengan perkongsian
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah tentang bahagia. Yuk, sengkangkan mata sekejap. Dah tahu dah, ada yang tak boleh baca penulisan yang panjang-panjang, mata mudah aje nak kuyu & tertutup. Hehe. Ana pun kadangkala begitu sebab 'Cik Tan' & 'Cik Lis' punya keje la. Sangat tak suka insan tambah ilmu. Jadi dipakaikan celak tebal-tebal bagi kita mengantuk tersengguk-sengguk. Lawan!
Kata nak bahagia, kan?"  ^_^
Bak butir-butir nasihat dari insan-insan yang sudah berpengalaman dalam kehidupan,
"Nak sesuatu yang baik perlukan pengorbanan yang lebih. Berbanding dengan yang tak baik, tahapannya bagai langit & bumi. Bayangkan, satu senyuman. 

Cuba buat, mudah tak? 

Kalau saat ini kita sedang gundah, senang ke tak untuk senyum? 

Jika detik ini kita sedang marah, agaknya ada tak terukir senyuman? 
Susah jugak, kan. 
Sebab senyuman itu terlahir dari sesuatu yang positif. 
Kalau kita lihat dalam drama, nak kenakan orang disebabkan dendam (perkara yang negatif), bayangkan wajah orang yang ada dendam, teruk,kan? Akan tetapi, dalam masa yang sama, dia terfikir yang dia akan berjaya & puas hati (perkara yang positif), maka terlahir satu senyuman bahkan melebar hingga ke telinga dengan tawa bagai seorang raja.
Nahh, jadi nak senyum ni bukan mudah. Nak kena fikir. Nak kena setting minda. 
Perlukan pengorbanan neuron bekerja keras & jaringan di otak untuk menghasilkan satu senyuman, itu kita yang kadangkala tak nampak. 
Haa, itu belum lagi pengorbanan yang lebih besar untuk kebaikan yang lebih berganda, sama ada bersifat keduniaan atau ukhrawi."

Ehhh.. Panjang pula..
Okey, back to our topic.. 

Tip-tip untuk hidup B.A.H.A.G.I.A.

  #Bahagia  
@NurQairina_daughterofmum'sadoptedsister
::copyrights::
  • Rapatkan hubb dengan Allah dengan patuh segala perintah Allah,
    • Doa & zikrullah untuk tenang & bahagia,
  • Cuci hati agar dapat tarik bahagia & perkara +ve,
    • Elak dendam dengan kemaafan setiap hari sebelum tidur,
  • Layan orang lain dengan sopan & kasih sayang agar orang lain layan kita dengan baik,
    • Lihat setiap masalah sebagai cabaran, peluang & didikan daripada Allah,
  • Redha dengan qada' & qadar Allah sebab apa yang Allah tentukan adalah yang terbaik untuk kita,
    • Bentuk impian yang hebat, sebab orang yang ada harapan sentiasa memandang ke depan dengan positif,
  • Remehkan yang remeh & besarkan yang benar-benar penting, sebab ramai orang yang stress sebab membesarkan perkara yang remeh!
    • Hebahkan kebaikan & tutup kelemahan orang lain,
  • Orang berjaya tunjuk hasil, orang gagal beri alasan--> So, elak beri alasan,
    • Fokus kepada apa yang boleh dilakukan sekarang & lupakan yang lalu,
  • Elak bandingkan diri dengan orang lain sebab semua orang ada kelebihan masing-masing,
    • Pilih kawan-kawan +ve yang Allah suka,
  • Jangan risau apa orang lain kata, tapi risaulah apa yang Allah kata,
    • Kurangkan cakap & lebihkan mendengar,
  • Luaskan jaringan sahabat,
    • Menyendiri sekali sekala untuk rawat & muhasabah diri,
  • Jaga diet-- makanan yang halal, baik & seimbang,
    • Exercise dengan istiqamah,
  • Bentuk sifat Qanaah,
    • Sentiasa jujur--> sekali bohong, kena tutup dengan pembohongan berterusan,
  • Kawal diri & elakkan orang lain yang kawal diri kita,
    • Ubah apa yang termampu, yang lain serah kepada Allah,
  • Hakis sifat takut & risau & yakin ketentuan Allah yang terbaik,
    • Fokus pada 1 masalah pd 1 masa,
  • Elak bawa masalah hingga ke tidur,
    • Selalu bahagiakan orang lain untuk gamit bahagia,
  • Bentuk rutin harian yang positif & mengikut syariat,
    • Programkan minda utk bahagia,
  • Temui cinta sejati,
    • Hidupkan seberapa banyak sunnah harian,
  • Seimbangkan hidup agar harmoni.
......

Dah siapa baca, seterusnya nak buat apa ye? Sama-sama fikir-fikirkan & amalkan, insyaAllah.
Antara nasyid yang selalu ana perdengarkan pada hati supaya terbangkit sedar & syukur pada nikmatNya yang maha luas.


Lirik Indah bait-bait nasyid "Hakikat Bahagia":

  #happy  
@UmarQayyum_1stnephew


 Bahagia itu dari dalam diri 
 Kesannya zahir rupanya maknawi 
 Terpendam bagai permata di dasar hati 

 Bahagia itu ada pada hati 
 Bertakhta di kerajaan diri 
 Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

 Bahagia itu ada di jiwa 
 Mahkota di singgahsana rasa 
 Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

 Bila susah tiada gelisah 
 Bila miskin syukur pada Tuhan 
 Bila sakit tiada resah di jiwa 
 Bukankah Tuhan telah berfirman 
 Ketahuilah dengan mengingati Allah 
 Jiwa kan menjadi tenang 






  #tranquil  
@NurHasanahSolehah_1stniece
 Chorus: 
 Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
 Bila kaya jadi insan pemurah 
 Bila berkuasa amanah 
 Bila berjaya tidak alpa 
 Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

 Hakikatnya bahagia itu 
 Adalah ketenangan 
 Bila hati mengingati Tuhan 


 Semua insan kan mengerti 
 Maksud terseni Ilahi 
 Itulah zikir yang hakiki.

Nasyid by: Unic





.........

NuR,
Mengukir bahagia dalam redhaNya.
@Negeri_yang_rakyatnya_beriman (makna: Darul Iman)

No comments:

Post a Comment

Murobbiah Sayangfillah..

Murobbiah Sayangfillah..
"Dalam mengharungi landasan dakwah & tarbiyyah (D&T), murobbi dan halaqah tak boleh dipisahkan.. Setiap masa dan tempat mesti mencari peluang mendapatkannya.. Agar jiwa da'ie dalam diri sntiasa terarah dan dipandu pada landasan yg betul, bi iznillah.." _Ummi Hasnah Mohamed_
Serangkap tinta Nur susun buat Ummi sayangfillah:
Baja keringat yang ditabur,
menyuburkan cambahan akar cerdik pandai yang menyusur kepantasan masa,
merimbunkan pokok kemajuan negara kian moden buat teduhan insan di bawah didikannya.
Angin berpupuk menyapa haruman bunga kejayaan duniawi yg mekar,
lalu berputik buah kebaikan untuk dituai dalam kiraan amalan kelak nun di akhirat sana,
semuanya kerana baja keringat insan bergelar MUROBBI. Dengan IzinNya, tersemai elok benih insan yang kecil saja saiz ilmunya lalu tumbuh menjadi insan berisi yang bermanfaat buat yang lain; seorang pelajar.
Barakallahu fik...

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Dalam ukhuwwah itu akan terlakar segala lukisan kenangan amat indah, walau terkadang terselit duka & perih pahitnya ujian. Namun, ujian itu lebih mengakrabkan kami, mengindahkan lagi lembaran kehidupan kami. Antara dua saudara itu, pelbagai kelainan yang ada pada diri masing-masing, ada yang cantik, ada yang cute, ada pandai, ada yang bijak dan bermacam-macam kehebatan lagi. Akan tetapi, bila sama-sama melengkapi,semuanya akan membentuk lingkaran kesempurnaan. Mungkin ada waktunya lingkaran itu ada juga sedikit kekosongan di dalamnya dek kerana kami adalah insan biasa, tidak sempurna. Indah kan ukhuwah fillah? <3

My Life My Exam..

My Life My Exam..
A trial.. or real.. Not so easy to change our mind to DO.. but, when we DID it, yeay, alhamdulillah, we'll feel that actually, it's not so difficult as we think, insyaAllah. Go! Go! Next stairs is waiting me, you & us! Allahu yusahhil 'ala kulli hal, Allahumma Ameen.

L.O.V.E.

L.O.V.E.
Abu Huraira reported: The Prophet, peace and blessings be upon him, said, “A man set out to visit his brother in Islam from another town and Allah sent an angel to him. When the man met the angel, he was asked: Where are you going? The man said: I am visiting my brother in this town. The angel said: Are you returning a favor? He said: No, I have desire to visit him except that I love him for the sake of Allah the Exalted. The angel said: I am a messenger from Allah to tell you that Allah loves you as you love him.” {Sahih Muslim 2567, grade: Sahih (authentic) according to Imam Muslim.}

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..
Dikarang segala gembira, dilakar segala bahagia. Indah tiada terkata, bersama si dia yang tidak halal baginya. Di suatu masa, lara datang menyapa, pedih menahan segala luka. Sudah tak berhargakah segala bahagia yang ditinta bersama? Apakah janji sudah terkota, ingin bersama selamanya? Wahai hati yang sedang 'bahagia dalam lara', sedarilah sebelum hampa, ia nyata hanya silap mata permainan dunia sahaja. Jagalah cinta sebaiknya. Usah dibiarkan disapa oleh yang tidak patut menerimanya. IMAN di dada kata,"Jangan mengada2 bila si penggoda mula berkata2.." Di takat mana, kepedulian kepada jiwa? Lahirkan cinta sebagai seorang Hamba, kepada Yang Maha Mencipta, jua pada hanya yang selayaknya. Jangan sekali-kali berhambakan cinta yang dusta.

Harapanku AnNisa..

Harapanku AnNisa..
Wahai rijal! Bila saat hiba kesusahan menimpa, bagi seorang nisa',mengalirkan air mata dapat mententeramkan hati yang sedang kekalutan & kesedihan. Namun, jangan menganggap tangisan kami itu satu kelemahan kerana itu adalah fitrah seorang nisa'. Jangan sesuka hatimu mengambil kesempatan ke atas kami dengan membuatkan ramai nisa' sentiasa bergenang mutiara jernih. Jangan sesekali sentuh hati kami tanpa ada ikatan yang sah!! Nanti bisanya sentuhan itu akan melukakan hati antara kami di suatu saat. Lindungilah sebaiknya insan-insan yang sering mengalirkan air mata ini.