Papan Tanda Tinta..

Papan Tanda Tinta..

Thursday, January 31, 2013

Lebih Manis Dari Madu..

Assalamu'alaikum..

Kaifa halukum? Harapnya semua sihat walafiat hendakNya... Semoga kita sentiasa berada dalam perlindungan dan Redha Ilahi... Alhamdulillah,di kesempatan waktu yang ada,ana nak share sikit.. Kenangan ini banyak mengajar ana erti kesabaran menempuhi mehnah dan tribulasi dalam menyebarkan agama yang suci ini,ISLAM..

Fikiran ligat memikirkan aktiviti apa yang nak dibuat untuk adik2 nuqaba'(ketua2 usrah) BADAR di madrasah at-tarbiyyah yang ana amat rindui.. Muhasabah diri? Hmm,itu dah dilistkan.. Game perang ala zaman Rasulullah SAW.. pun sudah masuk senarai.. Apa lagi ye..
Tiba2,sahabt sayangfillah melontarkan idea,

"Jom main lilin!".. 

Haahh? Kami tertawa kecil dengan cadangan mujahidah sorang ni.. Macam kanak2 aje bunyi aktiviti tu.. Ish3.. Namunnn.. Bila dibentangkan tentang apa dan bagaimana aktiviti 'Jom Main Lilin' tu,nah,ternganga kami ..
Subhanallah,hebat! *Moral:MasyaAllah,jangan pandang remeh terhadap idea orang lain.. Dengar dan teliti dahulu penjelasannya..

Tibalah malam yang ditunggu-tunggu,persiapan rapi dibuat agar terkesan di jiwa da'ie2 cilik dan juga buat kami para fasilitator.. Bibir basah tak kering2 mendu'akan kepada Ilahi agar segalanya lancar.. Adik2 memberikan kerjasama.. Alhamdulillah..

Khusyuk meneliti teks yang bakal disampaikan dalam usrah sambil memegang lilin.. 

Bila ianya bermula, ana memainkan peranan apabila sudah ada 'mangsa' yang perlu diuji kekuatan jiwa da'ienya.. Adik itu diminta untuk mencari fasilitator di tengah2 dataran.. Kemudian,fasilitator terbabit membahagi2kan peralatan..*Lilin yang bernyala,teks ucapan usrah..* Kemudian berjalanlah adik itu ke kumpulan ana.. Adik itu telah diarahkan oleh seorang fasilitator yang bertanggungjawab untuk menyampaikan usrah dalam kumpulannya(kumpulan yang ana wakili sebagai fasilitator..) Ana(fasilitator) mulakan untuk menjadi pengganggu dalam penyampaian adik tu.. Terasa bagai ana teramat jahat.. Ana mengajak adik2 yang lain untuk berbual sementara adik(peserta) tadi tu menyampaikan sedikit makanan rohani(tazkirah) dan sambil adik itu memegang lilin yang bernyala di tangan serta memastikan lilin itu tidak padam.. Ana memarahi adik2 yang tidak berbual bersama dengan ana atau mendengar penyampaian rakannya.. Ana mainkan lagu Maher Zain(full volume.. bingit telinga)... Muka adik yang menyampaikan tazkirah tu sudah merah padam.. Dia memujuk rakan2nya agar mendengar apa yang dia sampaikan,tetapi semua terpaksa melayan 'kerenah' ciptaan ana..(..agaknya beginilah cubaan syaitan untuk menggoda orang2 yang berada dalam majlis ilmu) 

"Geramnyaaa..!!",teriakan kecil adik itu jelas kedengaran di telinga ana.. Sabar ye,dik.. T_T

Fasi mewujudkan 'gangguan'.Peserta yg beri tazkirah tertunduk,geram.
Kemudian adik tadi diminta serahkan lilin dan teks di tempat yang merka ambil tadi.. Rotating berlaku untuk 'mangsa-mangsa' terbaru.. Makin menjadi2 ana 'merosakkan' usrah yang dijalankan.. Ana main batu seremban.. Ana membuat lawak..(dalam hati terasa ingin menangis,tak sampai hati berbuat sekejam itu.. Ana merampas teks dan lilin sewaktu peserta sedang menyampaikannya.. Lalu berlaku scene kejar-mengejar.. Adik ini ingin mendapatkan teks dan lilin itu kembali kerana teks itu adalah barang amanah. Tiba2,tudung ana disentap dari belakang ,Allahu Akbar,terkoyak dibuatnya.. Ana membiarkannya.. Ana rotate peserta yang lain.. Riuh rendah kedengaran dari kumpulan2 yang lain.. Terdengar suara mengaduh kesakitan dari kawasan syabab.. Kami kaget.. Namun,kami diarahkan untuk meneruskan aktiviti..("Banyak gimiknya mereka ni..",getus hati ana...).. Setelah dua jam berlalu(tak semestinya selama masa ini...),aktiviti tamat..

Segalanya berjalan lancar.. 

Kami berkumpul di tengah dataran.. Semuanya kepenatan.. Ada yang sedang membersihkan lilin yang menitis di tangan.. Ada yang teresak2 mengalirkan air mata.. Ada yang sedang menunggu gunung kemarahan meletus dan mengeluarkan larva kata memedihkan telinga.. Ada yang terdiam kaku.. Ada yang berlari ke arah ana..Kemas pelukan mereka.."Kakak jahat..",terhambur dari mulut adik2 comel beserta linangan air mata... Ana turut terasa sebak.. "Dah2..dah takde pape.. Tenangkan diri ye,adik2 kesayangan kakak..",luahan simpati apabila melihat keadaan mereka.. Bukan sahaja peserta yang merasai impak aktiviti ini.. Fasilitator juga.. Tak percaya?? Cubalah..

Kemudian,kem komanden bertanyakan tentang pengajaran yang kami dapat daripada aktiviti 'Jom Main Lilin' ni.. Semua tidak dapat meneka pengajaran yang lebih tepat seperti apa yang ada di minda genius kem komanden.. 

"Dalam menyampaikan Islam,kita perlu hadapi banyak cabaran" 

.."Ketepatan hanya 80%.." 

"Kita perlu kuat dan tabah dalam menghadapi segala rintangan dalam menegakkan kalimah 'La Ilaha Illallah"

.."99%...Sikit lagi..Ada siapa lagi nak cuba?", kem komanden masih lagi tak berpuas hati dengan jawapan yang diterima.. 

Semua buntu.. Apalah yang difikirkannya?? 

.. dengan penuh semangat terlontar penuh yang terpundak di minda kem komanden,"INILAH REALITI DA'WAH"...

Semua mengiakan.. Ya,benar dan tepat sekali.. 
Kem Komanden,"Kita sebagai pendakwah,kadang2 kita dituntut untuk berkorban segalanya.. Bersiap sedialah.. Tadi,ada yang sampai marah-marah...Ada yang menangis... Ada juga fasilitator syabab yang ditolak oleh adik dalam kumpulannya kerana geram akan gangguan yang diwujudkan oleh fasilitator tersebut..Alhamdulillah,hanya luka ringan.." 

Kami terkejut.. Oh,patutlah ada yang mengaduh tadi.. Ana melihat hujung tudung ana yang terkoyak.. Terlintas di hati,"Tak mengapa,ini hanyalah tudung.." 

Kem komanden menyambung lagi,
"Tidak semestinya kita harus alami kepahitan dan kepenatan buat selamanya,di pengakhirannya,kita akan merasa lega kerana amanah yang Allah berikan telah tertunai dan kita bakal mendapat ganjaran dari Allah seperti yang dijanjikan.. Ingat,Allah akan membalsa stimpal dengan apa yang kita lakukan.. Jika kebaikan,maka pahala berlipat kali ganda.. Jika keburukan,maka azab Allah menanti kita,na'uzubillahi min dzalik.. Apa anda rasa setelah tamat aktiviti ini? Dapat duduk dengan tenang,kan? Jadi,janganlah risau akan cabaran dan rintangan dalam da'wah kerana sesiapa yang membantu agama Allah,Allah akan membantunya.."



Semua diminta bersurai seusai bacaan du'a Rabitah kerana jam sudah menghampiri jam 11malam.. Ligat kepala setiap peserta memikirkan apa yang telah berlaku dan memikirkan inilah hakikat yang akan mereka dan kami akan hadapi..

No comments:

Post a Comment

Murobbiah Sayangfillah..

Murobbiah Sayangfillah..
"Dalam mengharungi landasan dakwah & tarbiyyah (D&T), murobbi dan halaqah tak boleh dipisahkan.. Setiap masa dan tempat mesti mencari peluang mendapatkannya.. Agar jiwa da'ie dalam diri sntiasa terarah dan dipandu pada landasan yg betul, bi iznillah.." _Ummi Hasnah Mohamed_
Serangkap tinta Nur susun buat Ummi sayangfillah:
Baja keringat yang ditabur,
menyuburkan cambahan akar cerdik pandai yang menyusur kepantasan masa,
merimbunkan pokok kemajuan negara kian moden buat teduhan insan di bawah didikannya.
Angin berpupuk menyapa haruman bunga kejayaan duniawi yg mekar,
lalu berputik buah kebaikan untuk dituai dalam kiraan amalan kelak nun di akhirat sana,
semuanya kerana baja keringat insan bergelar MUROBBI. Dengan IzinNya, tersemai elok benih insan yang kecil saja saiz ilmunya lalu tumbuh menjadi insan berisi yang bermanfaat buat yang lain; seorang pelajar.
Barakallahu fik...

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Dalam ukhuwwah itu akan terlakar segala lukisan kenangan amat indah, walau terkadang terselit duka & perih pahitnya ujian. Namun, ujian itu lebih mengakrabkan kami, mengindahkan lagi lembaran kehidupan kami. Antara dua saudara itu, pelbagai kelainan yang ada pada diri masing-masing, ada yang cantik, ada yang cute, ada pandai, ada yang bijak dan bermacam-macam kehebatan lagi. Akan tetapi, bila sama-sama melengkapi,semuanya akan membentuk lingkaran kesempurnaan. Mungkin ada waktunya lingkaran itu ada juga sedikit kekosongan di dalamnya dek kerana kami adalah insan biasa, tidak sempurna. Indah kan ukhuwah fillah? <3

My Life My Exam..

My Life My Exam..
A trial.. or real.. Not so easy to change our mind to DO.. but, when we DID it, yeay, alhamdulillah, we'll feel that actually, it's not so difficult as we think, insyaAllah. Go! Go! Next stairs is waiting me, you & us! Allahu yusahhil 'ala kulli hal, Allahumma Ameen.

L.O.V.E.

L.O.V.E.
Abu Huraira reported: The Prophet, peace and blessings be upon him, said, “A man set out to visit his brother in Islam from another town and Allah sent an angel to him. When the man met the angel, he was asked: Where are you going? The man said: I am visiting my brother in this town. The angel said: Are you returning a favor? He said: No, I have desire to visit him except that I love him for the sake of Allah the Exalted. The angel said: I am a messenger from Allah to tell you that Allah loves you as you love him.” {Sahih Muslim 2567, grade: Sahih (authentic) according to Imam Muslim.}

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..
Dikarang segala gembira, dilakar segala bahagia. Indah tiada terkata, bersama si dia yang tidak halal baginya. Di suatu masa, lara datang menyapa, pedih menahan segala luka. Sudah tak berhargakah segala bahagia yang ditinta bersama? Apakah janji sudah terkota, ingin bersama selamanya? Wahai hati yang sedang 'bahagia dalam lara', sedarilah sebelum hampa, ia nyata hanya silap mata permainan dunia sahaja. Jagalah cinta sebaiknya. Usah dibiarkan disapa oleh yang tidak patut menerimanya. IMAN di dada kata,"Jangan mengada2 bila si penggoda mula berkata2.." Di takat mana, kepedulian kepada jiwa? Lahirkan cinta sebagai seorang Hamba, kepada Yang Maha Mencipta, jua pada hanya yang selayaknya. Jangan sekali-kali berhambakan cinta yang dusta.

Harapanku AnNisa..

Harapanku AnNisa..
Wahai rijal! Bila saat hiba kesusahan menimpa, bagi seorang nisa',mengalirkan air mata dapat mententeramkan hati yang sedang kekalutan & kesedihan. Namun, jangan menganggap tangisan kami itu satu kelemahan kerana itu adalah fitrah seorang nisa'. Jangan sesuka hatimu mengambil kesempatan ke atas kami dengan membuatkan ramai nisa' sentiasa bergenang mutiara jernih. Jangan sesekali sentuh hati kami tanpa ada ikatan yang sah!! Nanti bisanya sentuhan itu akan melukakan hati antara kami di suatu saat. Lindungilah sebaiknya insan-insan yang sering mengalirkan air mata ini.