Papan Tanda Tinta..

Papan Tanda Tinta..

Friday, August 2, 2013

Taaruf hati tentang U.S.R.A.H.

Semalam, dalam perjalanan balik dari bandar, melalui SUK, tiba-tiba ana terluah satu soalan kat mama, "Tok Guru dah tak ada kat situ,kan?" Jika tak silap ingatan ana, mama membalas, "Masih ada lagi. Mengajar kat situ."

Mama sambung lagi, "Alhamdulillah, kita berada di bawah pimpinan Tok Guru dalam tempoh yang lama. Masa mengandungkan awak lagi. Masa tu mama kerja kat SUK ni sebelum pindah ke Kuantan. Hari-hari dengar Tok Guru mengajar. Berkat berada dekat dengan ulama’."

Alhamdulillah. Terima kasih mama bersakit lelah melahirkan, membesarkan & mendidik diri ini.

...namun,

Wafa' El-Imaan, penyeri bulatan gembira kami <3
Terkadang lahir rasa rendah diri teramat saat berada dalam lingkungan sahibah-sahibah yang dari kecil mereka sudah berada dalam ruang lingkup bi’ah solehah & dakwah.

Bila ada usrah, di saat taaruf, yakin, akan ada yang bertanyakan,"Anak sahabat ye?"  "Ibu nama apa? Sahibah,kan?" Soalan yang dilihat biasa, tetapi, terdetik di hati kecil ana, 'Ana biasa. Tak seperti antunna.' Kadangkala diseka mutiara jernih dari mengalir & dilihat sahibah-sahibah.

Entah mengapa. Tidak tahu apa yang biasa & apa yang luar biasa yang ana fikirkan. Terasa rendah diri barangkali atau mungkin juga ada sedikit rasa cemburu dalam jiwa kerdil ini melihat mereka yang dari kecil sudah dihidupkan soal tarbiyyah & da’wah. Kecil-kecil lagi sudah dibawa mengikuti program. Comel & terkadang meriah.

“Jom ke program.” “Hari ni ada usrah, enti hadir?”
Mula-mula perlunya intip keadaan abah & mama. Line ok. Minta izin.
:(
“Aasif jiddan, ana tak dapat hadir.” Luluh hati. Jarang abah beri izin kepada ana untuk keluar rumah. Terkadang disebabkan faktor transport juga kerana ana belum boleh bawa kereta walhal motosikal sekalipun, jadi, kebergantungan total kepada mama untuk ke sana ke sini. Jika mama sedang sibuk atau tidak sihat, pastinya tak dapat ke mana-mana. Ada masanya kerana kesihatan diri yang kurang stabil *walau kadang-kadang main redah aje, lepas operate ke, lepas keluar hospital ke, tak kira, hadir jugak, dengan approval dari mama yang nampak diri ini ok sebab ‘aktif’ semacam, huhu*.

Persoalan demi persoalan menerpa minda. Kenapa mereka boleh berada di sana, tetapi ana tak boleh?? Adakah ana ini tidak layak berada di kalangan mereka? Suasana dah tak macam kat sekolah dulu? Kenapa terlalu jauh dari murobbiah? Kenapa? Mengapa? T_T

Ehem…Ehem… Nur… Nur…!!!!

Astaghfirullahal adzim, sedarkan diri segera! Tak boleh terus biarkan hati terus rasa macam tu! Ada hikmah Allah tetapkan berada di laluan kehidupan ini. Allah nak suruh usaha. Nak tarbiyyah diri ini mencari. Mencari & terus mencari ilmu, kekuatan & petunjuk Ilahi. Jua untuk diri ini terus-terusan terapkan syukur atas apa adanya & beri yang terbaik untuk kehidupan ini. Sedikit sebanyak didikan dari mama abah, kembangkan! Bukan hanya ke program atau usrah sahaja dapat tarbiyyah diri. Tetapi tarbiyyah dzatiyyah & tarbiyyah ruhiyyah, itu lebih utama.


Bentukkan hati. 
Bangkitkan diri. 
Bina impi. 
Laksanakan semampu diri.
Gapai realiti. 
Jadi muslimah sejati, 
mulia akhlak & luhur hati. 

--->Kuatlah,wahai da’ie! Kukuhkan hati, gencarkan aksi, melawan mehnah & tribulasi!
Islah nafsak wa’u ghairak.

3 comments:

  1. Memang hati rasa kosong dan kehilangan bila tak de usrah atau halaqah...tapi insyallah kerinduan pada taman2 syurga itu juga satu ibadah...bila hati kuat inginkan yg baik insyallah Allah akan buka jalan...sementara itu, baca buku, lihat dan dengar program2 yg elok di tv dan radio ..insyallah banyak juga tazkirah2 yg dapat di terima

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan.
    Benar,banyak medium tarbawi yang kita boleh dapati di mana-mana sahaja walhal di hujung jari sekalipun.

    Tidak dinafikan kita akan lebih merasakan roh tarbiyyah bilamana ada di medan yang sebenar berbanding menatap helaian kertas & papan skrin. Lebih tersentuh hati & kuat di ingatan terhadap apa yang disampaikan.
    Akan tetapi, apakah kerna kita tercampak di penjuru yang jauh dari medan dakwah & tarbiyyah (dengan kata lain,jauh dari kesatuan para da'ie & ilmuwan), kita memecatkan diri sebagai seorang da'ie?

    Semoga Allah thabatkan hati kita di jalanNya.

    ReplyDelete
  3. Memecatkan diri sebagai seorang da'ie? Tak semestinya kan? Kerana kadang-kala kita tiada pilihan kan! Tapi: sampaikanlah dariku(Rasullulah s.a.w) walau sepotong ayat...memang berada dalm bai'ah soleh terbaik..ukhuwah, berkasih sayang kerana Allah tapi andainya ditakdirkan kita tak dapat bersama dg jamaah bersabarlah..teruskan dakwah ...mungkin dalam cara kita melayan keluarga dan sanak saudara...mungkin dalam sikap dan tutur kata harian kita..semoga dengan kesabaran dalam keberadaan dalam suasana yg bukan terbaik buat peningkatan diri...Allah gantikan dengan sesuatu yg lebih baik lagi tidak lama lagi...ameen!

    ReplyDelete

Murobbiah Sayangfillah..

Murobbiah Sayangfillah..
"Dalam mengharungi landasan dakwah & tarbiyyah (D&T), murobbi dan halaqah tak boleh dipisahkan.. Setiap masa dan tempat mesti mencari peluang mendapatkannya.. Agar jiwa da'ie dalam diri sntiasa terarah dan dipandu pada landasan yg betul, bi iznillah.." _Ummi Hasnah Mohamed_
Serangkap tinta Nur susun buat Ummi sayangfillah:
Baja keringat yang ditabur,
menyuburkan cambahan akar cerdik pandai yang menyusur kepantasan masa,
merimbunkan pokok kemajuan negara kian moden buat teduhan insan di bawah didikannya.
Angin berpupuk menyapa haruman bunga kejayaan duniawi yg mekar,
lalu berputik buah kebaikan untuk dituai dalam kiraan amalan kelak nun di akhirat sana,
semuanya kerana baja keringat insan bergelar MUROBBI. Dengan IzinNya, tersemai elok benih insan yang kecil saja saiz ilmunya lalu tumbuh menjadi insan berisi yang bermanfaat buat yang lain; seorang pelajar.
Barakallahu fik...

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Dalam ukhuwwah itu akan terlakar segala lukisan kenangan amat indah, walau terkadang terselit duka & perih pahitnya ujian. Namun, ujian itu lebih mengakrabkan kami, mengindahkan lagi lembaran kehidupan kami. Antara dua saudara itu, pelbagai kelainan yang ada pada diri masing-masing, ada yang cantik, ada yang cute, ada pandai, ada yang bijak dan bermacam-macam kehebatan lagi. Akan tetapi, bila sama-sama melengkapi,semuanya akan membentuk lingkaran kesempurnaan. Mungkin ada waktunya lingkaran itu ada juga sedikit kekosongan di dalamnya dek kerana kami adalah insan biasa, tidak sempurna. Indah kan ukhuwah fillah? <3

My Life My Exam..

My Life My Exam..
A trial.. or real.. Not so easy to change our mind to DO.. but, when we DID it, yeay, alhamdulillah, we'll feel that actually, it's not so difficult as we think, insyaAllah. Go! Go! Next stairs is waiting me, you & us! Allahu yusahhil 'ala kulli hal, Allahumma Ameen.

L.O.V.E.

L.O.V.E.
Abu Huraira reported: The Prophet, peace and blessings be upon him, said, “A man set out to visit his brother in Islam from another town and Allah sent an angel to him. When the man met the angel, he was asked: Where are you going? The man said: I am visiting my brother in this town. The angel said: Are you returning a favor? He said: No, I have desire to visit him except that I love him for the sake of Allah the Exalted. The angel said: I am a messenger from Allah to tell you that Allah loves you as you love him.” {Sahih Muslim 2567, grade: Sahih (authentic) according to Imam Muslim.}

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..
Dikarang segala gembira, dilakar segala bahagia. Indah tiada terkata, bersama si dia yang tidak halal baginya. Di suatu masa, lara datang menyapa, pedih menahan segala luka. Sudah tak berhargakah segala bahagia yang ditinta bersama? Apakah janji sudah terkota, ingin bersama selamanya? Wahai hati yang sedang 'bahagia dalam lara', sedarilah sebelum hampa, ia nyata hanya silap mata permainan dunia sahaja. Jagalah cinta sebaiknya. Usah dibiarkan disapa oleh yang tidak patut menerimanya. IMAN di dada kata,"Jangan mengada2 bila si penggoda mula berkata2.." Di takat mana, kepedulian kepada jiwa? Lahirkan cinta sebagai seorang Hamba, kepada Yang Maha Mencipta, jua pada hanya yang selayaknya. Jangan sekali-kali berhambakan cinta yang dusta.

Harapanku AnNisa..

Harapanku AnNisa..
Wahai rijal! Bila saat hiba kesusahan menimpa, bagi seorang nisa',mengalirkan air mata dapat mententeramkan hati yang sedang kekalutan & kesedihan. Namun, jangan menganggap tangisan kami itu satu kelemahan kerana itu adalah fitrah seorang nisa'. Jangan sesuka hatimu mengambil kesempatan ke atas kami dengan membuatkan ramai nisa' sentiasa bergenang mutiara jernih. Jangan sesekali sentuh hati kami tanpa ada ikatan yang sah!! Nanti bisanya sentuhan itu akan melukakan hati antara kami di suatu saat. Lindungilah sebaiknya insan-insan yang sering mengalirkan air mata ini.