Papan Tanda Tinta..

Papan Tanda Tinta..

Monday, September 30, 2013

Khabar Terbangkit Sedar..


Saat sedang dalam cubaan untuk melelapkan mata sambil mengaudit diri di laluan sepanjang hari ini,

Teeetttt………………….
Siapakah menghantar khabar di tengah-tengah malam sebegini? Alhamdulillah, mumkin ada peneman yang Allah hantar mengisi sunyi. Barangkali ia satu utusan penawar hati muhasabah diri.
Tangan lemah dek kemengantukan, menggapai handset di penjuru katil yang sedang di top-up kuasanya.

__Assalamu’alaikum, sahabat sayang… Nasihati aku sahabat, tolonglah, mengenai apa??? Mengenai....

mati..__
From: Ukhti Fillah, M.A.

Tergamam.
Allahu Allah. Apakah aku layak untuk menasihatimu, si khalilah solehah? Sedang aku juga naik turun bertarung kekuatan untuk menyangkal lemahnya hati memikirkan kematian yang tidak habis-habisan menghentam sudut fikiranku akhir-akhir ini.

Satu hal yang terlintas di minda ana waktu itu.
H.A.T.I.



Benar. Ketika kematian soal kematian mengetuk pintu sedar, terkait soal hati. Tergambar segala bait kata Ibnu Qayyim tentang hati;



Dalam hati manusia terdapat kekuatan,

tidak terkecuali menerima kehendak Allah.


Dalam hati terdapat keganasan,
tidak hilang kecuali kita berjinak dengan Allah.


Dalam hati terdapat kesedihan,
terlerai dengan menyukai, dan berhubung baik dengan Allah.


Dalam hati terdapat kegelisahan,
menjadi damai apabila berjumpa denganNya & berlari mendapatkan Allah.



Dalam hati terdapat api penyesalan,
terpadam dengan redha pada suruhan, larangan, qada' &
sentiasa bersabar sehingga menemui Allah.

Dalam hati terdapat hajat,
tidak terbendung kecuali dengan kecintaan kepada Allah,
memohon kepadaNya, ikhlas, & sentiasa berzikir kepadaNya.

.............................................................................

Mengapa harus terfikir akan hati? Tidak terfokus pada amal?
Kerna hati itulah yang akan dibawa menghadapNya. Sekalipun amal kebajikan menggunung tinggi, tetapi jika hati tidak terbatasi oleh iman & ihsan, segalanya tersia-sia begitu sahaja. 'Mereka' seiringan.


 Iman itu ialah bahawa engkau percaya kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya,  Hari Kiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar    baik dan buruk. 


 Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah- olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. 
(Dipetik dari Hadith Islam, Iman & Ihsan : Hadith Arba'in, Imam Nawawi.)



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 
Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah HATI. 
[H.R. Bukhari & Muslim] 
Dikelaskan hati itu terbahagi kepada 3 jenis..
  • Hati yang hidup: Hati yang sentiasa mengingati Allah & mengikuti segala perintahNya.
  • Hati yang sakit: Hati yang sentiasa berubah-ubah, terkadang berada dalam ketaatan dan terkadang berada dalam maksiat.
  • Hati yang mati: Hati yang tidak kenal Allah & tidak peduli sama ada Allah murka padanya.


Bagaimana agaknya keadaan hati ini saat bertemu Yang Maha Menciptakan & Yang Maha Haq ke atasnya?
Jika sewaktu lahir, hati ini suci dari noda, di pengakhirannya? Semoga ia dalam jagaanNya sentiasa, disinari Nur iman & petunjuk Ilahi. Ketika sekembalinya hati ini kepadaNya, mudah-mudahan dalam keadaan baik & diterima olehNya. Ameen.

Firman Allah s.w.t., "Sesungguhnya Allah sukakan orang yang sering bertaubat & orang yang membersihkan diri." {Al-Baqarah:222}
Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari r.a (khadam Rasulullah SAW) 
menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
 Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat seorang 
hamba-Nya daripada kegembiraan seseorang yang dengan tidak
disangka-sangkanya menemui kembali untanya yang telah hilang.  
[H.R. Bukhari & Muslim]

Analoginya, jika ana meminjam sehelai baju yang putih bersih dari saudara ana, saat kembalinya, jika ana memulangkan seperti dalam keadaan asalnya iaitu masih berkeadaan putih bersih, pasti tuan empunya gembira & senang hati.

Betapa peri pentingnya memelihara hati dari fitnah dunia sementara ini agar kemusafiran ini terisi dengan hal yang menguntungkan di sana nanti.
Hadith Rasulullah saw:
Diriwayatkan dari Hudzaifah r.a., dia berkata :
“Umar ra pernah bertanya aku ketika aku bersamanya.
Katanya :Siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Rasulullah S.A.W
meriwayatkan tentang fitnah?”
Sahabat-sahabat menjawab:
” Kami pernah mendengarnya.”
Umar Bertanya,
“Apakah kamu maksudkan fitnah seorang lelaki bersama keluarga
dan tetangganya?”
Mereka menjawab :
“Ya, benar.”
Umar berkata.
“Fitnah tersebut boleh dihapuskan oleh solat, puasa dan zakat.
Tetapi siapakah di antara kamu pernah mendengar Nabi S.A.W
bersabda tentang fitnah yang bergelombang sebagaimana lautan
bergelombang?”
Hudzaifah berkata
“Sahabat-sahabat terdiam”
Kemudian Hudzaifah berkata :
“Aku, wahai Umar!”
Umar berkata,
“Engkau?.
Lantas Umar memuji dengan berkata,
“Ayahmu adalah milik Allah.”
Huzaifah berkata :
Aku dengar Rasulullah S.A.W bersabda :

"Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam 
secara tumpang tindih satu sama lain. Hati yang dihinggapi fitnah , 
bintik-bintik putih akan melekatpadanya, sehingga akhirnya hati 
tersebut terbahagi menjadi dua. Sebahagian menjadi putih bagaikan 
batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan 
bumi masih ada, dan sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan 
seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak melarang kemungkaran, dia hanya mengikuti keinginan hawa nafsunya." 
[Hadis Riwayat Muslim] 
Seburuk atau seteruk manapun merasakan diri jauh dariNya, jangan pernah merasa sudah tiada sedikitpun kebaikan dalam diri.
InsyaAllah, selagi detik masih berputar, masih punya waktu untuk dahi mencecah sejadah, berbaki beberapa waktu buat hati merendah diri memohon taubat kepada Allah swt.

Yuk, sama-sama sentiasa basahkan bibir dengan istighfar. Perhebatkan ratib syahadah, hamdalah, mengagung-agungkan Allah swt Yang Maha Agung, Yang Maha Indah.
"Lapangkan hati yang sempit dengan mengingatiNya."
Kematian tetap akan hadir.
Tak terlewat walau sesaatpun.
Bersedia atau tidak, takkan boleh ditangguh sedetikpun.

.....
NuR
Bumi Malizi.

2 comments:

  1. Wahai diri yang tertipu !

    Tertipu ataupun ghurur adalah merujuk pd kerja syaitan yg ingin menyesatkan manusia..

    Imam ibnul Jawzi menjelaskan dlm Talbis Iblis, kadang2 ilmuan pun tertipu dgn ilmunya, hingga mengheret nya dlm polemik2 debat yg merugikan dgn harapan meningkatkan popularity nya..

    Gitu juga tipu daya syaitan kpd ahli perubatan , Orang yang cantik dll, semuanya terdedah pd tipudaya nya..

    Ayuh renungi firman Allah swt dlm surah al Hijr ayat 39 tentang janji syaitan maksudnya : iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,

    Jom renungi mesej ini :

    "...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."
    (mafhum riwayah).

    Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
    Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
    Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
    Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.
    Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta.
    Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

    Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
    Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

    Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

    Kenapa...
    kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
    kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..
    kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...

    kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

    Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

    Sahabat yang ku sayang..
    Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.

    Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.

    Ketahuilah wahai sahabat
    Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibuk kan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.

    Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami...
    Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.

    Aamiin."
    ingat mengingati utk diri sendiri dan sahabat

    ReplyDelete
  2. Allahu Allah..
    Makin terbangkit sedar.
    Alfu syukran 'alayk.

    ReplyDelete

Murobbiah Sayangfillah..

Murobbiah Sayangfillah..
"Dalam mengharungi landasan dakwah & tarbiyyah (D&T), murobbi dan halaqah tak boleh dipisahkan.. Setiap masa dan tempat mesti mencari peluang mendapatkannya.. Agar jiwa da'ie dalam diri sntiasa terarah dan dipandu pada landasan yg betul, bi iznillah.." _Ummi Hasnah Mohamed_
Serangkap tinta Nur susun buat Ummi sayangfillah:
Baja keringat yang ditabur,
menyuburkan cambahan akar cerdik pandai yang menyusur kepantasan masa,
merimbunkan pokok kemajuan negara kian moden buat teduhan insan di bawah didikannya.
Angin berpupuk menyapa haruman bunga kejayaan duniawi yg mekar,
lalu berputik buah kebaikan untuk dituai dalam kiraan amalan kelak nun di akhirat sana,
semuanya kerana baja keringat insan bergelar MUROBBI. Dengan IzinNya, tersemai elok benih insan yang kecil saja saiz ilmunya lalu tumbuh menjadi insan berisi yang bermanfaat buat yang lain; seorang pelajar.
Barakallahu fik...

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Dalam ukhuwwah itu akan terlakar segala lukisan kenangan amat indah, walau terkadang terselit duka & perih pahitnya ujian. Namun, ujian itu lebih mengakrabkan kami, mengindahkan lagi lembaran kehidupan kami. Antara dua saudara itu, pelbagai kelainan yang ada pada diri masing-masing, ada yang cantik, ada yang cute, ada pandai, ada yang bijak dan bermacam-macam kehebatan lagi. Akan tetapi, bila sama-sama melengkapi,semuanya akan membentuk lingkaran kesempurnaan. Mungkin ada waktunya lingkaran itu ada juga sedikit kekosongan di dalamnya dek kerana kami adalah insan biasa, tidak sempurna. Indah kan ukhuwah fillah? <3

My Life My Exam..

My Life My Exam..
A trial.. or real.. Not so easy to change our mind to DO.. but, when we DID it, yeay, alhamdulillah, we'll feel that actually, it's not so difficult as we think, insyaAllah. Go! Go! Next stairs is waiting me, you & us! Allahu yusahhil 'ala kulli hal, Allahumma Ameen.

L.O.V.E.

L.O.V.E.
Abu Huraira reported: The Prophet, peace and blessings be upon him, said, “A man set out to visit his brother in Islam from another town and Allah sent an angel to him. When the man met the angel, he was asked: Where are you going? The man said: I am visiting my brother in this town. The angel said: Are you returning a favor? He said: No, I have desire to visit him except that I love him for the sake of Allah the Exalted. The angel said: I am a messenger from Allah to tell you that Allah loves you as you love him.” {Sahih Muslim 2567, grade: Sahih (authentic) according to Imam Muslim.}

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..
Dikarang segala gembira, dilakar segala bahagia. Indah tiada terkata, bersama si dia yang tidak halal baginya. Di suatu masa, lara datang menyapa, pedih menahan segala luka. Sudah tak berhargakah segala bahagia yang ditinta bersama? Apakah janji sudah terkota, ingin bersama selamanya? Wahai hati yang sedang 'bahagia dalam lara', sedarilah sebelum hampa, ia nyata hanya silap mata permainan dunia sahaja. Jagalah cinta sebaiknya. Usah dibiarkan disapa oleh yang tidak patut menerimanya. IMAN di dada kata,"Jangan mengada2 bila si penggoda mula berkata2.." Di takat mana, kepedulian kepada jiwa? Lahirkan cinta sebagai seorang Hamba, kepada Yang Maha Mencipta, jua pada hanya yang selayaknya. Jangan sekali-kali berhambakan cinta yang dusta.

Harapanku AnNisa..

Harapanku AnNisa..
Wahai rijal! Bila saat hiba kesusahan menimpa, bagi seorang nisa',mengalirkan air mata dapat mententeramkan hati yang sedang kekalutan & kesedihan. Namun, jangan menganggap tangisan kami itu satu kelemahan kerana itu adalah fitrah seorang nisa'. Jangan sesuka hatimu mengambil kesempatan ke atas kami dengan membuatkan ramai nisa' sentiasa bergenang mutiara jernih. Jangan sesekali sentuh hati kami tanpa ada ikatan yang sah!! Nanti bisanya sentuhan itu akan melukakan hati antara kami di suatu saat. Lindungilah sebaiknya insan-insan yang sering mengalirkan air mata ini.