Papan Tanda Tinta..

Papan Tanda Tinta..

Monday, November 4, 2013

"Terima Kasih.."

Insan,
Allah swt beri nikmat kepadanya untuk mengecapi kehidupan dunia. Dari zero, sekarang dah jadi hero! 

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur. {An Nahl: 78}.

"Alhamdulillah"
Moga ia jadi kalimat agung yang sentiasa meniti di bibir basah tanda syukur kepadaNya. Allah ArRahman ArRaheem. Di setiap detik berputar, pada satu helaan nafas insan kerdil, terbentang infinity nikmatNya yang ampuh tak terhitung.

Konsep yang tersemai pada insan, "bila ada yang memberi, perlu membalas."
Allah swt itu sudah difahami & dicerna sejak kecil lagi oleh seorang Muslim akan kebenaran tentang kekuasaan & keesaanNya. Allah swt tidak mengharapkan apa-apa balasan dari hambaNya, melainkan hanya memerintahkan makhlukNya untuk ber'ubudiyyah kepadaNya. Namun, jangan pernah ter'missed ' untuk berterima kasih kepada Yang Maha Memberi kerna Dia menyukai hambaNya yang bersyukur & sentiasa mengingatiNya.
Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hamba Allah adalah orang yang suka memanjatkan puji dan syukur kepada Allah.” (Riyadhus Solihin, 27).

 ‘Syukur’ adalah tanda atas keinsafan terhadap hakikat diri bahawa segala nikmat ini hanyalah dari Allah. 

Berbicara tentang terima kasih atau syukur, yuk! kembali kepada sedetik dua minit-minit kehidupan yang dilalui sebelum ini, apa yang diperbuat kerna syukurnya hati selain dari mengungkapkan kata-kata penghargaan?

:)


...


Setelah berlama-lama masa berlalu pergi,
terlantar sekujur badan lemah di tilam empuk, melihat gerak-geri insan di sekeliling, tetapi dirinya tidak berkemampuan sebegitu bahkan menggerakkan jemari jua mengambil waktu & tidak seperti biasa gerakannya.

Allahu Allah, hatinya tiada terungkap, meronta-ronta mahu kembali seperti sebelumnya, ingin pantas & luas menapak ke setiap inci Bumi yang terjangkau dek langkahan. 

Appreciation..
Copyright #LakaranInsani

Terhad pandangan. Jika pada masa lalu, saat hati perlukan ketenangan, lensa minda akan tertumpu pada sesuatu yang menghilangkan galau atau kelelahan fikiran memikirkan pintu solusi untuk keluar dari sesuatu hal kehidupan. Kali ini, mampunya diri hanya melihat kosong konkrit yang memisahkan kotak-kotak ruangan hospital.


Terbit rasa, lahir bicara di hatinya;
Bila dah boleh bergerak.... nak pergi ke situ...
Bila dah boleh makan.... nak makan itu...
Bila dah boleh.... nak itu nak ini...
Bila dah....

Lamunannya terhapus saat disapa kesakitan yang memuncak. Diserahkan segala kesakitan & keperitan itu sebagai perhambaannya kepada Rabb 'Alameen Yang Maha Hebat penyusunanNya. 
Tiada apa-apa yang diluar mampu kerna Allah swt menguji hambaNya berdasarkan kemampuan dirinya sendiri.
Berlinangan airmatanya insaf merasakan lemahnya diri seorang insan, tanpa kasih sayang & rahmatNya, apa yang bakal berlaku pada dirinya yang dalam ujianNya ini?
Ampuhkah seluruh kekuatan & ketabahan melalui highway di curaman tebing kehidupan ini?

Minit-minit sejarah pahit bertukar sendi kehidupan yang amat berseni indah & manis selepasnya.
Kuatlah jiwa besarnya aktif mengisi slot hayat yang tersisa.

Baringnya, baring berkebaikan.
Duduknya, duduk bermanfaat.
Berdirinya, berdiri berfaedah.

Subhanallah....

Jika sebelumnya insan di sekeliling berperih sukar membantunya. Kini dia juga begitu. Luluh hati melihat insan lain yang memerlukan & kekurangan, dihulurkan semampunya diri, tanpa dia pernah merasa susah & jemu.

"Tak mampu nak membalas jasa insan-insan yang membantu ku. Sesisip doa sekalipun daripada mereka, tak dapat ku membalasnya melainkan Allah. Bantu insan lain semampuku. Kalian mesti terus ampuh berdiri & positif dengan kehidupan yang dikurniakanNya!"
...

"If you are grateful, I will surely give you more and more." {Surat Ibrahim 14:7}

Tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah. Selawat & salam ke Baginda saw.

Benar,kan, terima kasih itu bukan sekadar ucapan? :)
"Bersyukur kepada Allah SWT yang menciptakan. Berterima kasih kepada insan & alam."
Tinta:
NuR
Bumi Tarbiyyah, Darul Naim.

1 comment:

  1. Akmami Abdullah Akhili



    Akanku terus ukir namaMu
    Pada hati yang kian merapuh
    Biar tercalar menadah sembilu
    Akanku rantai diam nafsuku
    Demi mencari hati yang dahulu
    Yang lazat menghirup udaraMu
    Walau dihempas badai yang melesu

    Tuhanku jangan berpaling daripadaku
    Sengsara ini mendinding kebahagiaanku
    Sakit ini terus saja menyesakkan dadaku
    Ambillah aku dengan cintaMu
    Terimalah aku dalam pangkuanMu
    Ibarat sang anak yang asyik merindu
    Hangatnya kasih dan dakapan sang ibu

    Akanku kutip kerikil-kerikil yang bertabur
    Demi mengukir, melafaz indah namaMu
    Kerikil-kerikil yang mendampingkan aku padaMu
    Acap hatiku membisik dan merintih rindu
    Pada manisnya hubungan aku denganMu
    Aku yang sering bermanja mengadu-ngadu
    Dan Engkau yang asyik memujuk mendamaikanku .....mama titipkan di sini sajak Kak Akmami...rasanya ia amat serasi dengan apa yg Nur nukilkan...insyallah

    ReplyDelete

Murobbiah Sayangfillah..

Murobbiah Sayangfillah..
"Dalam mengharungi landasan dakwah & tarbiyyah (D&T), murobbi dan halaqah tak boleh dipisahkan.. Setiap masa dan tempat mesti mencari peluang mendapatkannya.. Agar jiwa da'ie dalam diri sntiasa terarah dan dipandu pada landasan yg betul, bi iznillah.." _Ummi Hasnah Mohamed_
Serangkap tinta Nur susun buat Ummi sayangfillah:
Baja keringat yang ditabur,
menyuburkan cambahan akar cerdik pandai yang menyusur kepantasan masa,
merimbunkan pokok kemajuan negara kian moden buat teduhan insan di bawah didikannya.
Angin berpupuk menyapa haruman bunga kejayaan duniawi yg mekar,
lalu berputik buah kebaikan untuk dituai dalam kiraan amalan kelak nun di akhirat sana,
semuanya kerana baja keringat insan bergelar MUROBBI. Dengan IzinNya, tersemai elok benih insan yang kecil saja saiz ilmunya lalu tumbuh menjadi insan berisi yang bermanfaat buat yang lain; seorang pelajar.
Barakallahu fik...

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Dalam ukhuwwah itu akan terlakar segala lukisan kenangan amat indah, walau terkadang terselit duka & perih pahitnya ujian. Namun, ujian itu lebih mengakrabkan kami, mengindahkan lagi lembaran kehidupan kami. Antara dua saudara itu, pelbagai kelainan yang ada pada diri masing-masing, ada yang cantik, ada yang cute, ada pandai, ada yang bijak dan bermacam-macam kehebatan lagi. Akan tetapi, bila sama-sama melengkapi,semuanya akan membentuk lingkaran kesempurnaan. Mungkin ada waktunya lingkaran itu ada juga sedikit kekosongan di dalamnya dek kerana kami adalah insan biasa, tidak sempurna. Indah kan ukhuwah fillah? <3

My Life My Exam..

My Life My Exam..
A trial.. or real.. Not so easy to change our mind to DO.. but, when we DID it, yeay, alhamdulillah, we'll feel that actually, it's not so difficult as we think, insyaAllah. Go! Go! Next stairs is waiting me, you & us! Allahu yusahhil 'ala kulli hal, Allahumma Ameen.

L.O.V.E.

L.O.V.E.
Abu Huraira reported: The Prophet, peace and blessings be upon him, said, “A man set out to visit his brother in Islam from another town and Allah sent an angel to him. When the man met the angel, he was asked: Where are you going? The man said: I am visiting my brother in this town. The angel said: Are you returning a favor? He said: No, I have desire to visit him except that I love him for the sake of Allah the Exalted. The angel said: I am a messenger from Allah to tell you that Allah loves you as you love him.” {Sahih Muslim 2567, grade: Sahih (authentic) according to Imam Muslim.}

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..
Dikarang segala gembira, dilakar segala bahagia. Indah tiada terkata, bersama si dia yang tidak halal baginya. Di suatu masa, lara datang menyapa, pedih menahan segala luka. Sudah tak berhargakah segala bahagia yang ditinta bersama? Apakah janji sudah terkota, ingin bersama selamanya? Wahai hati yang sedang 'bahagia dalam lara', sedarilah sebelum hampa, ia nyata hanya silap mata permainan dunia sahaja. Jagalah cinta sebaiknya. Usah dibiarkan disapa oleh yang tidak patut menerimanya. IMAN di dada kata,"Jangan mengada2 bila si penggoda mula berkata2.." Di takat mana, kepedulian kepada jiwa? Lahirkan cinta sebagai seorang Hamba, kepada Yang Maha Mencipta, jua pada hanya yang selayaknya. Jangan sekali-kali berhambakan cinta yang dusta.

Harapanku AnNisa..

Harapanku AnNisa..
Wahai rijal! Bila saat hiba kesusahan menimpa, bagi seorang nisa',mengalirkan air mata dapat mententeramkan hati yang sedang kekalutan & kesedihan. Namun, jangan menganggap tangisan kami itu satu kelemahan kerana itu adalah fitrah seorang nisa'. Jangan sesuka hatimu mengambil kesempatan ke atas kami dengan membuatkan ramai nisa' sentiasa bergenang mutiara jernih. Jangan sesekali sentuh hati kami tanpa ada ikatan yang sah!! Nanti bisanya sentuhan itu akan melukakan hati antara kami di suatu saat. Lindungilah sebaiknya insan-insan yang sering mengalirkan air mata ini.