Papan Tanda Tinta..

Papan Tanda Tinta..

Thursday, December 12, 2013

M.I.S.R...

Fi Hubb ....
Bagai sedetik cuma berlalu segala perancangan, sudah berubah menjadi kenyataan & beransur pergi sebagai kenangan.

Subhanallah.. Kenangan manis yang berlalu benar-benar menghambat rindu di hati. Tidak cukup dengan hanya mengungkapnya kembali melainkan harapan & impian untuk tempuhi kembali. Kepahitan & keperitan itu sentiasa menjengah fikiran, namun, ana lontar jauh.....sejauhnya dari kehidupan ini & menciptakan satu prinsip bahawa ia tidak akan berlaku lagi.

Setelah sekian lamanya pandangan bumi berkah itu tidak kelihatan, ana jengah tetingkap flight bersebelahan, “SUBHANALLAH..!!!!”,

mengalir mutiara jernih membasahi wajah yang sudah penuh gambaran kerinduan si Misr.

Rasanya amat berbeza saat sampainya di sana. Hati bagai menemui sesuatu yang tiada di Malaysia. Tenang.
Subhanallah,benarlah firmanNya dalam Surah Yusuf, ayat 99:

فَلَمَّا دَخَلُوا عَلَىٰ يُوسُفَ آوَىٰ إِلَيْهِ أَبَوَيْهِ وَقَالَ ادْخُلُوا مِصْرَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آمِنِينَ
Maka tatkala mereka (Nabi Ya`qub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata:"Masuklah kamu ke negeri Mesir, Insya Allah kamu berada di dalam aman".

Benar. Tidak dapat dibayangkan sebak hati ini. Tergambar seluruh perjuangan para Anbiya’ di Bumi Nabi Musa a.s. ini. Selebar padang pasir yang terbentang luas, di situ tersisip segala sejarah hebat antara Nabi Musa a.s. & Fir’aun laknatullah.

Perjalanan ke Mansurah kali ini mengambil masa selama 4jam lebih disebabkan beberapa sekatan jalan oleh pihak tentera Mesir. Itupun Ammu (pakcik) yang bawa tremco sudah memilih jalan kampung untuk singkatkan waktu perjalanan. Keadaan jalan yang tidak rata, menyebabkan mata tidak boleh lelap walau badan sudah terlalu penat. 

Banyak senario yang berlaku yang ana lihat sepanjang perjalanan; menghambat pilu bertandang di hati & menghadirkan syukur atas apa adanya di Malaysia. Lakaran terhadap apa yang sedang berlaku kepada Misriyyin benar-benar terlakar melalui binaan-binaan rumah mereka, kenderaan, kitaran sosial yang makin rumit dll. Namun, hati tercuit dengan kehidupan mereka yang terus bersemangat, terus bangkit & terus maju kehadapan dengan apa yang mereka perjuangkan.

Belajar, kerja, beriadah....mereka sentiasa bertenaga, sentiasa bersungguh-sungguh dalam segala hal. Serius dalam pekerjaan, ceria dalam kelapangan. Senyuman tak lekang untuk setiap orang yang ada di hadapan mereka, ketawa tak henti berderai jika mereka sama-sama berjenaka.

Bila dah sampai Mansurah, berjeda sebentar, tak tersangka keberadaan ana waktu itu. Keadaan Mansurah jika dibandingkan beberapa bulan lalu, ada yang dah berubah, ada yang masih sama. Kini mansurah bertukar kepada sebuah bandar yang kotor & tidak terurus. Makin padat dengan binaan-binaan kediaman & rumah kedai. Haaa, yang tetap sama adalah waktu malamnya, waktu mereka berhibur, bingit di jalanan muzik-muzik yang habis volume berangkali dipasangnya, anak-anak muda alpa dengan tarian yang entah apa-apa. Restoran-restoran & kiosk-kiosk makanan penuh dibanjiri orang. Itulah kebiasaan mereka.

Sesampainya di rumah seorang sahabat hati, Tan, berbondong-bondong soalan ana tanyakan tentang Mansurah amnya. Antara jawapannya:
Tambang teksi naik.
Harga makanan meningkat.
Keadaan luar rumah perlu berjaga-jaga terutamanya siswi.
Ada yang berpindah-randah kerna housemates x balik Mansurah.
Tasydid sukar diperolehi.
Lecturers dukacita pada yang x terus belajar di Mansurah.

Akhir katanya pada malam tu:
Dari berlima, sekarang hanya tinggal Tan seorang. T_T

Apakan daya ana, sahabat....
Badan sedikit demi sedikit susut upaya, kaki semakin perlahan menapak, ingatan kian tak kuat, telinga ada waktunya tak dengar apa-apa, tangan bertambah lemah untuk bergerak, mata kadang kabur melihat.

Ada jalan lain yang Allah telah atur buat ana. InsyaAllah, hati & doa ana sentiasa ada buat Tan dan semua. Terus kuat ye!

Sempat mencari sedikit sebanyak buah tangan yang boleh dimuat dalam bagasi. Duit kurang, muatan terlebih timbang. Rantai kunci dan rempah-rempah sahaja yang ana bawa pulang. Tak lupa dengan satu impian: BAKAL KEMBALI LAGI, MENCARI ERTI INSANI, MENGUTIP MUTIARA DI PEPASIR MISRI.

Jauh atau dekat, jarak itu bukan pengukurnya.
Uhibbukunna jiddan3 fillah <3
#LakaranInsani @Mansurah


Sebelum pulang, sempat wada' akhowati fillah. Subhanallah, hati hiba, Allah yang tahu segalanya. Banyak tawa yang berderai di sini, banyak tangis yang tumpah di sini. Tak pernah berseorangan kerna sentiasa Allah hantar teman. Bantuan tak pernah suram saat diperlukan, musim cuti, musim study, musim exam, mereka selalu ada yang sudi menolong diri ini. Jazakumullahu kheiran jaza'.

Kesedihan yang ana pendam, keperitan yang ana simpan, sebelum pulang, ana lepaskan ia mengalir di Sungai Nil yang aman alirannya agar hati ni turut tenteram. Ana harapkan antum bahagia atas apa yang antum pilih. Fi hifzillah.

"Kita ketemu di lain masa, walau tempatnya berbeza.
Percaya nan yakin, bahawa hati itu berpaut utuh 
jika tersambung keranaNya semata. 
Jangan lupa saudaramu dalam doa,
Walau tak bertemu mata."


Cinta makin bertaut pada Ardhul Kinanah ini.
Subhanallah, indah, kan?

#LakaranInsani @ HadiqahAl-Azhar
Tersingkap riwayat sejarah Yukabid & Nabi Musa a.s.
saat melihat aliran tenang yang masyhur di Bumi Misr.

#LakaranInsani @SungaiNil

Di sini, bi iznillah, utuh kaki menapak menuntut ilmuNya
di bidang Perubatan.
Lokasi spesifik: Musytashfa Tullab. Tika di Mesir,
kunjungan utama adalah hospital.
Benarlah pesan senior, ini adalah bumi Musibah.Sabar.Redha.
#LakaranInsani @MansouraUniversity

Kini, ia masih segar dalam ingatanku walau tidak dipandanganku..
#LakaranInsani @Mansurah

Perkenalanku dengan cita yang ku impi tinggi.
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

#DrLakaranInsani @MansouraUniversity

Dakwah. Ia satu rantaian. Hilang berganti.
Da'ie. Ia satu bata dari sebuah binaan. Lengkap melengkapi.

#LakaranInsani @SayyedaZainab

Catatan Terakhir di Bumi Anbiya',
NuR,
Di Mator Kaherah, Mesir.

1 comment:

Murobbiah Sayangfillah..

Murobbiah Sayangfillah..
"Dalam mengharungi landasan dakwah & tarbiyyah (D&T), murobbi dan halaqah tak boleh dipisahkan.. Setiap masa dan tempat mesti mencari peluang mendapatkannya.. Agar jiwa da'ie dalam diri sntiasa terarah dan dipandu pada landasan yg betul, bi iznillah.." _Ummi Hasnah Mohamed_
Serangkap tinta Nur susun buat Ummi sayangfillah:
Baja keringat yang ditabur,
menyuburkan cambahan akar cerdik pandai yang menyusur kepantasan masa,
merimbunkan pokok kemajuan negara kian moden buat teduhan insan di bawah didikannya.
Angin berpupuk menyapa haruman bunga kejayaan duniawi yg mekar,
lalu berputik buah kebaikan untuk dituai dalam kiraan amalan kelak nun di akhirat sana,
semuanya kerana baja keringat insan bergelar MUROBBI. Dengan IzinNya, tersemai elok benih insan yang kecil saja saiz ilmunya lalu tumbuh menjadi insan berisi yang bermanfaat buat yang lain; seorang pelajar.
Barakallahu fik...

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Dalam ukhuwwah itu akan terlakar segala lukisan kenangan amat indah, walau terkadang terselit duka & perih pahitnya ujian. Namun, ujian itu lebih mengakrabkan kami, mengindahkan lagi lembaran kehidupan kami. Antara dua saudara itu, pelbagai kelainan yang ada pada diri masing-masing, ada yang cantik, ada yang cute, ada pandai, ada yang bijak dan bermacam-macam kehebatan lagi. Akan tetapi, bila sama-sama melengkapi,semuanya akan membentuk lingkaran kesempurnaan. Mungkin ada waktunya lingkaran itu ada juga sedikit kekosongan di dalamnya dek kerana kami adalah insan biasa, tidak sempurna. Indah kan ukhuwah fillah? <3

My Life My Exam..

My Life My Exam..
A trial.. or real.. Not so easy to change our mind to DO.. but, when we DID it, yeay, alhamdulillah, we'll feel that actually, it's not so difficult as we think, insyaAllah. Go! Go! Next stairs is waiting me, you & us! Allahu yusahhil 'ala kulli hal, Allahumma Ameen.

L.O.V.E.

L.O.V.E.
Abu Huraira reported: The Prophet, peace and blessings be upon him, said, “A man set out to visit his brother in Islam from another town and Allah sent an angel to him. When the man met the angel, he was asked: Where are you going? The man said: I am visiting my brother in this town. The angel said: Are you returning a favor? He said: No, I have desire to visit him except that I love him for the sake of Allah the Exalted. The angel said: I am a messenger from Allah to tell you that Allah loves you as you love him.” {Sahih Muslim 2567, grade: Sahih (authentic) according to Imam Muslim.}

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..
Dikarang segala gembira, dilakar segala bahagia. Indah tiada terkata, bersama si dia yang tidak halal baginya. Di suatu masa, lara datang menyapa, pedih menahan segala luka. Sudah tak berhargakah segala bahagia yang ditinta bersama? Apakah janji sudah terkota, ingin bersama selamanya? Wahai hati yang sedang 'bahagia dalam lara', sedarilah sebelum hampa, ia nyata hanya silap mata permainan dunia sahaja. Jagalah cinta sebaiknya. Usah dibiarkan disapa oleh yang tidak patut menerimanya. IMAN di dada kata,"Jangan mengada2 bila si penggoda mula berkata2.." Di takat mana, kepedulian kepada jiwa? Lahirkan cinta sebagai seorang Hamba, kepada Yang Maha Mencipta, jua pada hanya yang selayaknya. Jangan sekali-kali berhambakan cinta yang dusta.

Harapanku AnNisa..

Harapanku AnNisa..
Wahai rijal! Bila saat hiba kesusahan menimpa, bagi seorang nisa',mengalirkan air mata dapat mententeramkan hati yang sedang kekalutan & kesedihan. Namun, jangan menganggap tangisan kami itu satu kelemahan kerana itu adalah fitrah seorang nisa'. Jangan sesuka hatimu mengambil kesempatan ke atas kami dengan membuatkan ramai nisa' sentiasa bergenang mutiara jernih. Jangan sesekali sentuh hati kami tanpa ada ikatan yang sah!! Nanti bisanya sentuhan itu akan melukakan hati antara kami di suatu saat. Lindungilah sebaiknya insan-insan yang sering mengalirkan air mata ini.