Papan Tanda Tinta..

Papan Tanda Tinta..

Tuesday, February 4, 2014

Dari Mansourah ke Selangor..

Stay Strong!!!! :)
Jauh pandangan terlontar keluar tingkap. Entah apa yang ana renungkan sebenarnya, tak kesampaian untuk ditafsir oleh minda. Bertalu-talu singgah persoalan demi persoalan. Berbaur rencam segala jawapan yang cuba ana padankan dengan tiap persoalan yang timbul. Jalan mati.
Jarang jadi orang yang suka dok termenung fikir satu2 hal, tapi kali ni, iya. Fikir soal apa?..
Soal tapakan seterusnya setelah apa yang berlaku sebelum ini. Nak ke timur atau ke barat? Atau sekadar apa yang sudah ada di hadapan? Tinggalkan atau teruskan? Tak mudah sebenarnya nak mencipta suatu keputusan, nak lahir dengan segala yang baru tentang yang namanya perjuangan.

Terngiang-ngiang
nasyid Istikharah oleh Mestica..

“Kau jelaskanlah...
 Istikharah..
Istikharah..”

Tabir realiti ana singkapi, menilai kemampuan diri dari segenap dimensi. Hati mencari kekuatan, jiwa mencari ketenangan. Detik Iman di qalbu memandu diri menerbitkan keputusan.
(basmalah..), ana tekad. Segera bergegas menghampiri Ummu Mumtazah. Dengan sebak dalam redha, ana memilih Malaysia untuk menyambung pelajaran & beralih lapangan cita. Allahu Allah. Sudah bertaut utuh cinta pada ilmu perubatan, tetapi sekarang mendepani realiti bahawa satu masa, ada waktunya perlunya pengorbanan. Tidak mudah, sukar untuk mengorbankan apa yang sudah menjadi................

Impian kehidupan ana untuk beberapa tahun lagi sebagai Dukturah An’nisa’ yang menganggotai diri di bidang perubatan dengan dasar Islam dan penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan insani.

 Harapan keluarga dan insan-insan yang terdekat untuk lihat ana kehadapan sebagai seorang dukturah mukminah yang jadi suri teladan kepada ahli keluarga besar.

Dambaan Islam dimana ana meletakkan hasrat tertinggi untuk melebar luaskan dakwah melalui bidang yang padanya ana mendapat dua manfaat, yakni dunia dan akhirat. Sains dan agama.

Akan tetapi, Allah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya dan ana yakin, ini bukanlah keputusan yang sia-sia melainkan ia adalah susunan yang hebat buat ana yang masih banyak lagi perlu mendalami ilmu-ilmu agamaNya.

Allah swt merahsiakan apa yang bakal berlaku, namun, Allah bukakan seluas-luasnya untuk kita melihat hikmah segala ketetapanNya sesudah menghadapi sesuatu takdir.

NO PAIN, NO GAIN.

Ummu Mumtazah meyakinkan ana, "Tak mengapa tak jadi doktor yang menjadi medium untuk kesembuhan penyakit fizikal, pada masa depan, jadi doktor yang padamu merupakan insan yang dipilih olehNya untuk jadi perawat hati dan rohani jua jadi sayap kiri mujahadah Islami. Pilihlah course apa yang diminati dan serasi dengan jiwa. Berkorbanlah untuk dapat kemanisan di pengakhiran."


Ana bisik pada Ummu Mumtazah,"Nanti anakanda mama ni jadi doktor ummah ye." Beliau melirik senyum yang bernada sarat penuh harapan akan apa yang ana ucapkan. Ana tahu, sebenarnya ada putik-putik kekecewaan pada hati seorang ibu bilamana tak tertunai hajatnya pada seorang anak. Maafkan anakandamu ini, asifni,ya Ummi. Ana tahu Ummu Mumtazah tahu, tahu dengan kemampuan ana saat ini, bukan masa lalu. Kini jasad anakanda sudah semakin lemah. Sehebat mana cita dan harapan, tapi dengan seketil kemampuan, harus akur pada ketentuan.

Apa yang dapat digapai, raih. Perhebat dan terus berusaha sehingga ke tangga redhaNya. Di dalam bidang apapun, ilmu itu adalah penting, tetapi lebih penting apa yang didapati daripada ilmu itu sendiri. Kayu ukur keberjayaan adalah suatu matlamat.

Matlamat yang jelas,
usaha yang keras, doa berdas-das,
insyaAllah, success at last !!

Masih segar kata seorang ukhti fillah,"Benar enti nak tukar bidang? Tak sayang nak tinggalkan medic? Tak rindu bumi Mesir?" (La hawla...) Soalan itu terjawab dengan aliran laju titisan airmata membasahi pipi ana. Tak mampu mengungkap kata. Dakapannya ana rangkul erat, meluahkan semua jawapan hati tak sepatah katapun diungkapi.

“Kakak ni keluar mulut naga, masuk mulut buaya. Kakak tak takut ke? Bidang tu susah.”, terhambur ringan dari bibir sepupu yang ana sayangi fillah. Terherdik jiwa mendengar perkataan susah. Mampukah? Ana tahu, ia bidang yang mencabar, tetapi, teringat kata-kata sahabat hubbi lillah, Enti berani menempuh bidang perubatan, takkan tak kuat melawan mehnah di bidang Usul?”.

‘Ala kulli hal, ana serahkan kepadaNya. Jalan ini ana pilih. Laluan ini Ummu Mumtazah redha. Cita ini keluarga sokong. Impian baru ini akhowati fillah saling bantu dan menguatkan.

“Ya Allah, aku damba redhaMu.”

No comments:

Post a Comment

Murobbiah Sayangfillah..

Murobbiah Sayangfillah..
"Dalam mengharungi landasan dakwah & tarbiyyah (D&T), murobbi dan halaqah tak boleh dipisahkan.. Setiap masa dan tempat mesti mencari peluang mendapatkannya.. Agar jiwa da'ie dalam diri sntiasa terarah dan dipandu pada landasan yg betul, bi iznillah.." _Ummi Hasnah Mohamed_
Serangkap tinta Nur susun buat Ummi sayangfillah:
Baja keringat yang ditabur,
menyuburkan cambahan akar cerdik pandai yang menyusur kepantasan masa,
merimbunkan pokok kemajuan negara kian moden buat teduhan insan di bawah didikannya.
Angin berpupuk menyapa haruman bunga kejayaan duniawi yg mekar,
lalu berputik buah kebaikan untuk dituai dalam kiraan amalan kelak nun di akhirat sana,
semuanya kerana baja keringat insan bergelar MUROBBI. Dengan IzinNya, tersemai elok benih insan yang kecil saja saiz ilmunya lalu tumbuh menjadi insan berisi yang bermanfaat buat yang lain; seorang pelajar.
Barakallahu fik...

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Dalam ukhuwwah itu akan terlakar segala lukisan kenangan amat indah, walau terkadang terselit duka & perih pahitnya ujian. Namun, ujian itu lebih mengakrabkan kami, mengindahkan lagi lembaran kehidupan kami. Antara dua saudara itu, pelbagai kelainan yang ada pada diri masing-masing, ada yang cantik, ada yang cute, ada pandai, ada yang bijak dan bermacam-macam kehebatan lagi. Akan tetapi, bila sama-sama melengkapi,semuanya akan membentuk lingkaran kesempurnaan. Mungkin ada waktunya lingkaran itu ada juga sedikit kekosongan di dalamnya dek kerana kami adalah insan biasa, tidak sempurna. Indah kan ukhuwah fillah? <3

My Life My Exam..

My Life My Exam..
A trial.. or real.. Not so easy to change our mind to DO.. but, when we DID it, yeay, alhamdulillah, we'll feel that actually, it's not so difficult as we think, insyaAllah. Go! Go! Next stairs is waiting me, you & us! Allahu yusahhil 'ala kulli hal, Allahumma Ameen.

L.O.V.E.

L.O.V.E.
Abu Huraira reported: The Prophet, peace and blessings be upon him, said, “A man set out to visit his brother in Islam from another town and Allah sent an angel to him. When the man met the angel, he was asked: Where are you going? The man said: I am visiting my brother in this town. The angel said: Are you returning a favor? He said: No, I have desire to visit him except that I love him for the sake of Allah the Exalted. The angel said: I am a messenger from Allah to tell you that Allah loves you as you love him.” {Sahih Muslim 2567, grade: Sahih (authentic) according to Imam Muslim.}

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..
Dikarang segala gembira, dilakar segala bahagia. Indah tiada terkata, bersama si dia yang tidak halal baginya. Di suatu masa, lara datang menyapa, pedih menahan segala luka. Sudah tak berhargakah segala bahagia yang ditinta bersama? Apakah janji sudah terkota, ingin bersama selamanya? Wahai hati yang sedang 'bahagia dalam lara', sedarilah sebelum hampa, ia nyata hanya silap mata permainan dunia sahaja. Jagalah cinta sebaiknya. Usah dibiarkan disapa oleh yang tidak patut menerimanya. IMAN di dada kata,"Jangan mengada2 bila si penggoda mula berkata2.." Di takat mana, kepedulian kepada jiwa? Lahirkan cinta sebagai seorang Hamba, kepada Yang Maha Mencipta, jua pada hanya yang selayaknya. Jangan sekali-kali berhambakan cinta yang dusta.

Harapanku AnNisa..

Harapanku AnNisa..
Wahai rijal! Bila saat hiba kesusahan menimpa, bagi seorang nisa',mengalirkan air mata dapat mententeramkan hati yang sedang kekalutan & kesedihan. Namun, jangan menganggap tangisan kami itu satu kelemahan kerana itu adalah fitrah seorang nisa'. Jangan sesuka hatimu mengambil kesempatan ke atas kami dengan membuatkan ramai nisa' sentiasa bergenang mutiara jernih. Jangan sesekali sentuh hati kami tanpa ada ikatan yang sah!! Nanti bisanya sentuhan itu akan melukakan hati antara kami di suatu saat. Lindungilah sebaiknya insan-insan yang sering mengalirkan air mata ini.