Papan Tanda Tinta..

Papan Tanda Tinta..

Saturday, December 3, 2016

Melihat Dua Sisi..

#metodologipenyelidikan #smum6


“Kamu liberal!”

..
.

LANGIT TAK SELALUNYA CERAH… Berjeda. Terkedu juga. Memikirkan rasionalnya ‘pukulan’ kata-kata “Liberal” tu.

“Err.. Kenapa? Tang mana pulak liberalnya ana ni? Cer explain sikit..”

“Kamu mengkaji karya dari Barat. Dah tak ada karya ilmuwan Islam lagi yang kamu boleh kaji?”

Ahhaa! Baru teringat sedang mengkaji berkenaan Karen Armstrong. “Oh. Pendapat akh, kenapa ana tak buat macam tu?”

“Eh. Soalan dibalas soalan? Hmm, sebab mungkin minat kamu ke arah itu.”



“Haa.. ragu-ragu, kan? Sebab akh sendiri tak tahu niat ana kaji tentang Orientalis. Akh sendiri pun tak pasti niat sebenar si penulis, kan? Bagaimana boleh akh cakap ana liberal sebab mengkaji golongan yang dilihat seperti sedang mengimplimentasikan Liberalisme?”

“Barat.. semua ada agenda nak jatuhkan Islam.” Keras nampaknya pendirian si Akh ni.

“Tahu tak tentang sejarah penulisan buku Muhammad: Prophet for Our Time yang ana sedang kaji?”

“Tak. Tak pernah berhajat nak baca buku dari bukan ilmuwan Islam. Semua akan menyesatkan.”

“It’s written after the events of 9/11 as a response towards a claim from members of the Christian rights in US, media and other Western society. Akh know what they claimed about?”

Opps..kalau sedang geram terkeluar juga bahasa Inggeris. Kenapa tak bahasa Arab? Entah, tabiat tak disangka-sangka. >.<

“Maaf. Dan tolong terangkan dalam bahasa Melayu.” Haa, kan dah kena.

Ahh.. T_T ..parah juga nak berdepan dengan pertentangan macam ni. Sudah di’banned’ segala buku dari seberang, bahasa juga sama? Nak dikatakan lahir zaman penjajah? Tak juga. Hebat dalam sejarah? Mungkin, semangat patriotisme tinggi. Tak dinafikan ilmu agamanya yang tinggi, mungkin merasakan tiada keperluan untuk yang lainnya.

“Baik. Tapi, cop, dengar dulu sehingga ke noktah akhir ana melontarkan kata. Bagi ana ruang untuk terangkan, ya?”

“Ok.” Pasrah. Semacam menyuakan telinganya keluar dari balik pintu tempat dia 'bersembunyi'.


“Ana mula dari soalan pertama akh...

1. Ana mengkaji tentang buku Barat sebab ada manfaatnya buat ana dalam berdakwah kepada non-Muslim terutama mereka yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Fakta dan huraian yang ditulis dalam bahasa Inggeris oleh ilmuwan Islam adalah terhad. Terkadang, sekalipun dah diterjemahkan, tetap ada yang tak dapat difahami kerana teks diterjemahkan secara literal, dan tak diterjemahkan secara bebas dengan gaya bahasa yang mudah. Jika ana nak cadangkan pada mereka bahan bacaan apa yang boleh memahamkan mereka kepada Islam, darimana lagi yang boleh ana cadangkan? Ana tak mampu menulis bahasa Inggeris sehebat mereka yang asalnya bahasa Inggeris adalah bahasa ibunda mereka.

Tentang niat para Orientalis menulis tentang Islam, ana bercakap tentang Orientalis Pro-Islam, walau mereka bukan beragama Islam, mungkin mereka juga tertarik untuk mempelajari berkenaan Islam atau mereka mungkin sekadar nak mengkaji tentang Islam hasil daripada perasaan ingin tahu, sebagaimana akh ingin tahu kenapa ana nak kaji tentang mereka, sehingga timbul kenyataan dari akh mengatakan ana liberal.

2. Ana juga tertanya-tanya, apa yang mereka tulis sebenarnya. Nak kena kaji. Nak kena tahu betulnya apa, salahnya apa. Yang betul boleh dijadikan panduan, yang salah WAJIB diperbetulkan! Jika bukan kita yang meneliti dan kaji, siapa lagi? Kita yang faham Islam, kita yang ada rujukan-rujukan Islam yang sahih dan mu’tabar, tapi kita terus diam, keadaan akan bertambah punah. Kita tak pimpin penulisan mereka, mereka makin menyimpang dari kebenaran.

Ana percaya akh berpegang kepada ayat-ayat 2:120 dan 3:118 serta hadis-hadis yang mengatakan kita tak boleh ikut mereka dan mereka sentiasa merancang untuk jatuhkan Islam khususnya menyembelih umat Islam walhal hanya dengan kata-kata atau ayat buatan mereka sendiri. Kalau mereka nak jatuhkan Islam sekalipun, kita kena tahu darimana puncanya. Kalau buku tu bawa ajaran sesat, kita yang caritahu dan buktikan yang buku itu sesat. Tak boleh sewenang-wenangnya kita pukul rata semuanya sesat jika apa yang mereka tulis adalah kebenaran malah terdapat dalam teks-teks agama Islam.

3. Karen Armstrong yang sedang ana kaji, memang dia bukan Islam, tetapi dia sendiri telah meragui kepercayaan terhadap Kristian Katolik yang dia anuti. Bahkan ditulis dalam buku-bukunya tentang kelemahan yang ada pada agamanya yang dulu tu. Jika dia mempromosikan agamanya, kenapa dia buat macam tu? Dan dia mengkaji agama-agama di dunia. Itu beri manfaat dan telah permudahkan jalan pengetahuan.  Jika berkaitan dengan akidah, lagi perlu kita ketahui. Percaya atau tidak, kehidupan kita hari ini, dah banyak bercampur-aduk, kadang kita tak sedar pun. Jika kita dah tahu dari satu sisi, kita boleh tahu sisi yang lain macammana.  Tugas kita untuk ambil peranan cari kesahihan dan kebenaran. Islam ajarkan kita tentang tabayyun, kan?


Buku tu ditulis selepas kejadian 9/11. Waktu tu, orang Islam dalam keadaan genting. Di seluruh dunia, orang bukan Islam sedang negatif terhadap Muslim dan Islam. Bukan setakat ditohmah atau dikeji, tetapi berlaku pembunuhan dan sebagainya. Muslim dikatakan pengganas dan Rasulullah SAW dituduh insan yang bawa doktrin keganasan. Dia sendiri merasa perlunya menulis untuk berikan suatu impak positif terhadap masyarakat Barat. Nak lihat keamanan, nak lihat keharmonian. 

Dia dah tulis sebelum tu tentang Nabi Muhammad s.a.w., tapi kemudiannya dia kaji semula dan tulis dalam bahasa yang mudah dan lebih berfokus, supaya bahan bacaannya tak terlalu berat tambahan bagi orang-orang Barat yang sudah dilitupi dengan sikap perjudis terhadap Islam. Tak banyak, sikit pun takpelah, asalkan dapat hilangkan prejudis mereka tentang Islam. Iya, pasti ada kekurangan pada penulisannya, tapi sekurangkurangnya dia dah menyampaikan sedikit kebenaran.Ilmuwan Islam membetulkan kesalahan penulisannya.

4. Mungkin dengan cara dia minat menulis berkenaan Islam, satu cara Allah nak dekatkan dia dengan Allah. Kita tak pernah tahu hidayah tu datang dari arah mana."

"Saya tetap tak setuju! Sia-sia mengkaji tentang Barat. Kita dah ada kitab-kitab mu'tabar kita, gunakan je la yang sudah ada. Bagi mereka yang nak tahu tentang Islam, mereka kena belajarlah bahasa Arab, sebab tu Allah turunkan al-Quran dalam bahasa Arab."

"Kalau macam tu gayanya, ana dan akh perlu kaji semula macammana Islam boleh tersebar ke 2/3 dunia sehingga sampai Islam kepada kita hari ini yang jauhnya dari bumi Arab beribu-ribu batu. Pasti-pastinya ilmu agama yang sampai kepada kita tak hanya dalam bahasa Arab. 
Ilmu terbahagi kepada fardhu 'ain dan fardhu kifayah, kan? Ilmu Allah tu luas. Setiap manusia diberikan kebijaksanaan dan kemampuan yang berlainan. Kenapa Allah jadikan kita berbangsa-bangsa, pasti ada hikmahnya. Waspada itu perlu, tapi harus diletakkan pada tempatnya, kalau tak, kita yang rugi.
Apapun yang datang kepada kita hari ini, seperti anjuran Allah s.w.t. dan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., BERPEGANG TEGUH kepada apa yang telah diberikan kepada kita, yakni al-Quran dan as-Sunnah.
Umat Islam itu umpama satu bangunan, setiap penjuru perlunya pendokong. Di sisi manapun kita, segalanya adalah hanyasenya perlu melaksanakan amanah kita sebagai hamba Allah 'Azza wa Jalla.
Ingat.. Kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang.. Wallahu 'Alaam..
Noktah." :)

Masing-masing terdiam. Berfikir jauh tentang benarnya benar sesuatu.

No comments:

Post a Comment

Murobbiah Sayangfillah..

Murobbiah Sayangfillah..
"Dalam mengharungi landasan dakwah & tarbiyyah (D&T), murobbi dan halaqah tak boleh dipisahkan.. Setiap masa dan tempat mesti mencari peluang mendapatkannya.. Agar jiwa da'ie dalam diri sntiasa terarah dan dipandu pada landasan yg betul, bi iznillah.." _Ummi Hasnah Mohamed_
Serangkap tinta Nur susun buat Ummi sayangfillah:
Baja keringat yang ditabur,
menyuburkan cambahan akar cerdik pandai yang menyusur kepantasan masa,
merimbunkan pokok kemajuan negara kian moden buat teduhan insan di bawah didikannya.
Angin berpupuk menyapa haruman bunga kejayaan duniawi yg mekar,
lalu berputik buah kebaikan untuk dituai dalam kiraan amalan kelak nun di akhirat sana,
semuanya kerana baja keringat insan bergelar MUROBBI. Dengan IzinNya, tersemai elok benih insan yang kecil saja saiz ilmunya lalu tumbuh menjadi insan berisi yang bermanfaat buat yang lain; seorang pelajar.
Barakallahu fik...

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Dalam ukhuwwah itu akan terlakar segala lukisan kenangan amat indah, walau terkadang terselit duka & perih pahitnya ujian. Namun, ujian itu lebih mengakrabkan kami, mengindahkan lagi lembaran kehidupan kami. Antara dua saudara itu, pelbagai kelainan yang ada pada diri masing-masing, ada yang cantik, ada yang cute, ada pandai, ada yang bijak dan bermacam-macam kehebatan lagi. Akan tetapi, bila sama-sama melengkapi,semuanya akan membentuk lingkaran kesempurnaan. Mungkin ada waktunya lingkaran itu ada juga sedikit kekosongan di dalamnya dek kerana kami adalah insan biasa, tidak sempurna. Indah kan ukhuwah fillah? <3

My Life My Exam..

My Life My Exam..
A trial.. or real.. Not so easy to change our mind to DO.. but, when we DID it, yeay, alhamdulillah, we'll feel that actually, it's not so difficult as we think, insyaAllah. Go! Go! Next stairs is waiting me, you & us! Allahu yusahhil 'ala kulli hal, Allahumma Ameen.

L.O.V.E.

L.O.V.E.
Abu Huraira reported: The Prophet, peace and blessings be upon him, said, “A man set out to visit his brother in Islam from another town and Allah sent an angel to him. When the man met the angel, he was asked: Where are you going? The man said: I am visiting my brother in this town. The angel said: Are you returning a favor? He said: No, I have desire to visit him except that I love him for the sake of Allah the Exalted. The angel said: I am a messenger from Allah to tell you that Allah loves you as you love him.” {Sahih Muslim 2567, grade: Sahih (authentic) according to Imam Muslim.}

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..
Dikarang segala gembira, dilakar segala bahagia. Indah tiada terkata, bersama si dia yang tidak halal baginya. Di suatu masa, lara datang menyapa, pedih menahan segala luka. Sudah tak berhargakah segala bahagia yang ditinta bersama? Apakah janji sudah terkota, ingin bersama selamanya? Wahai hati yang sedang 'bahagia dalam lara', sedarilah sebelum hampa, ia nyata hanya silap mata permainan dunia sahaja. Jagalah cinta sebaiknya. Usah dibiarkan disapa oleh yang tidak patut menerimanya. IMAN di dada kata,"Jangan mengada2 bila si penggoda mula berkata2.." Di takat mana, kepedulian kepada jiwa? Lahirkan cinta sebagai seorang Hamba, kepada Yang Maha Mencipta, jua pada hanya yang selayaknya. Jangan sekali-kali berhambakan cinta yang dusta.

Harapanku AnNisa..

Harapanku AnNisa..
Wahai rijal! Bila saat hiba kesusahan menimpa, bagi seorang nisa',mengalirkan air mata dapat mententeramkan hati yang sedang kekalutan & kesedihan. Namun, jangan menganggap tangisan kami itu satu kelemahan kerana itu adalah fitrah seorang nisa'. Jangan sesuka hatimu mengambil kesempatan ke atas kami dengan membuatkan ramai nisa' sentiasa bergenang mutiara jernih. Jangan sesekali sentuh hati kami tanpa ada ikatan yang sah!! Nanti bisanya sentuhan itu akan melukakan hati antara kami di suatu saat. Lindungilah sebaiknya insan-insan yang sering mengalirkan air mata ini.