Papan Tanda Tinta..

Papan Tanda Tinta..

Friday, December 23, 2016

Alarm dari Tuhan..

Segalanya berubah sekelip mata.

Insan-insan berlari menyelamatkan satu harga, nyawa. Ada yang sudah berlumuran darah, ada yang sedang membawa yang terbujur kaku, ada yang cuba menyelinap di sebalik runtuhan mencari tempat berlindung. Terkepung. Sekeliling sudah tiada apa, ranap segala, hangus semua.

Di sisiku ada Ummu Mumtazah. Dibisikkannya, “Kita tauriyah”. Semakin berombak dada, hiba, marah, berbaur. Askar-askar S semakin mendekati kami. Mereka mengacukan senjata pada ibuku.

“Ya Rabb lindungilah dia!!! Selagimana aku masih diberi jalan olehMu untuk menaut hati mereka, izinkanlah… Aku tidak mahu menyekutukanMu sedikitpun walau ia hanya dusta yang diterima.”
Lama kemudian, ibuku bertauriyah dan dibawa pergi. Umpama runtuh langit hati, "aku berserah padaMu ya Ilahi Rabbi."

Mereka berfokus padaku pula. Badanku berikat. Entah kenapa, dibawaku di dalam runtuhan bangunan yang teduh….

“Kamu mahu bersyahadah tuhanmu adalah Basyar, atau kamu mati?!”
Tiada gentar sedikitpun. Hatiku semakin yakin bantuanNya akan sampai.

“Nanti dulu! Aku mahu menanyakan sesuatu padanya.. Selepas itu kita korbankan sekiranya dia menyakiti kita..” Terlihat satu wajah yang sedang menjengah ke arahku, bengis teramat.

 “Baik!”

“Jika kakakmu dibunuh di hadapanmu, adakah kamu akur atau menentang? Jika kamu akur, mengapa?”. Terpana mendengar soalan yang terhambur sebegitu, ku fikir mereka yang paling tegar membunuh tanpa menghiraukan rasa kemanusiaan. Situasi agak sedikit pelik. Tetapi nyata pada waktu itu.

Semua berjeda. Menanti segala perkataan yang bakal terluah dariku.

 “Aku akur kerna aku insan. Tiada siapa mampu menghalang roh keluar dari jasad. Agama manapun, pegangan manapun percaya bahawa hayat kita bakal berakhir. Dan aku yakin bahawa kamu semua percaya adanya kehidupan selepas ini. Kesakitan dan kepedihan dunia akan hilang setelah kita mati. Jadi buat apa aku harus merisaukan sebuah kematian, sedangkan ada kehidupan selepasnya?” seperti air yang mengalir, lancar tanpa gentar.

Ada antara mereka yang menunduk. Ada yang menyeka airmata. Ahh, pelik benar mereka ini.
“Lepaskan saja dia, aku percaya, dia bukan musuh kita, bahkan sefahaman kita. Kita bawa saja ke tempat kita.” Semua mengiyakan.

“Allahhhhhhhhh… apa yang sedang Engkau rancangkan?” makin celaru, tiada pula aku melafazkan syahdah yang bawa laknat Tuhanku itu. “Ya Allah, pelihara kami dari menduakanMu.”

Dibawa ke markaz. Nyata, seperti aku di bandar-bandar Inggeris, teratur tempatnya. Aku mengikuti saja apa yang mereka arahkan.

Tika suatu masa, aku berlepas dari mereka. Menyusup masuk ke kawasan mereka mendakyah para ibu bangsa untuk menyebarkan fahaman mereka. Aku pasti, ada ibuku di sana. Dicari-cari, tiada. Pasti ada di tempat lain.

Rupa-rupanya... Dia dikurung di suatu tempat yang tiada penjaga. Aku menyelamatkannya dan membawanya lari. Sehingga kami bertemu laut. Ternyata, kami dikejar dari belakang.
“Engkau menggenggam yang ada di langit dan di Bumi, bantu kami, ya Allah.”

Kami terjun ke laut dalam. Menyelam. Terlihat mereka turut masuk ke dalam air dengan senjata. Aku tercedera. Namun, terus menarik ibuku ke tengah laut. Sudah jauh ke dalam laut, beranggaran setinggi setingkat bangunan dalamnya laut, kami didatangi ikan paus yang besar, terlintas di fikiran, jasad ini bakal dimamah dalam perut mereka. Namun, meleset. Mereka mencederakan askar-askar yang mengejar kami tadi. Aku dan ibu terlepas dari mereka.


Dan apabila tersedar, sudah waktunya aku bertemu Tuhan……
....
...
..
.
dalam sujud dan rukuk. Tak lama, terdengar sayup suatu alunan. Subuh. Aku masih hidup. Syukur.

...

ya Allah, andai sebegitu perih terasa dikepung, dibantai, aku mohon kepadaMu ya Rabb, selamatkan umat Islam seluruh dunia. Termasuklah saudaraku di Syria.

Hulurkan apa saja.
Tiada benda, hulur tenaga. Tiada tenaga, hulur doa.
Utuhkan kefahaman, padukan kehidupan, Islam sejati jadi pegangan.

#standwithAleppo
#prayforSyria
#Aleppo_is_bleeding
#Aleppo_is_burning


No comments:

Post a Comment

Murobbiah Sayangfillah..

Murobbiah Sayangfillah..
"Dalam mengharungi landasan dakwah & tarbiyyah (D&T), murobbi dan halaqah tak boleh dipisahkan.. Setiap masa dan tempat mesti mencari peluang mendapatkannya.. Agar jiwa da'ie dalam diri sntiasa terarah dan dipandu pada landasan yg betul, bi iznillah.." _Ummi Hasnah Mohamed_
Serangkap tinta Nur susun buat Ummi sayangfillah:
Baja keringat yang ditabur,
menyuburkan cambahan akar cerdik pandai yang menyusur kepantasan masa,
merimbunkan pokok kemajuan negara kian moden buat teduhan insan di bawah didikannya.
Angin berpupuk menyapa haruman bunga kejayaan duniawi yg mekar,
lalu berputik buah kebaikan untuk dituai dalam kiraan amalan kelak nun di akhirat sana,
semuanya kerana baja keringat insan bergelar MUROBBI. Dengan IzinNya, tersemai elok benih insan yang kecil saja saiz ilmunya lalu tumbuh menjadi insan berisi yang bermanfaat buat yang lain; seorang pelajar.
Barakallahu fik...

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Seperjuanganku FILLAH Menghiasi Lakaran Insani Diri Ini..

Dalam ukhuwwah itu akan terlakar segala lukisan kenangan amat indah, walau terkadang terselit duka & perih pahitnya ujian. Namun, ujian itu lebih mengakrabkan kami, mengindahkan lagi lembaran kehidupan kami. Antara dua saudara itu, pelbagai kelainan yang ada pada diri masing-masing, ada yang cantik, ada yang cute, ada pandai, ada yang bijak dan bermacam-macam kehebatan lagi. Akan tetapi, bila sama-sama melengkapi,semuanya akan membentuk lingkaran kesempurnaan. Mungkin ada waktunya lingkaran itu ada juga sedikit kekosongan di dalamnya dek kerana kami adalah insan biasa, tidak sempurna. Indah kan ukhuwah fillah? <3

My Life My Exam..

My Life My Exam..
A trial.. or real.. Not so easy to change our mind to DO.. but, when we DID it, yeay, alhamdulillah, we'll feel that actually, it's not so difficult as we think, insyaAllah. Go! Go! Next stairs is waiting me, you & us! Allahu yusahhil 'ala kulli hal, Allahumma Ameen.

L.O.V.E.

L.O.V.E.
Abu Huraira reported: The Prophet, peace and blessings be upon him, said, “A man set out to visit his brother in Islam from another town and Allah sent an angel to him. When the man met the angel, he was asked: Where are you going? The man said: I am visiting my brother in this town. The angel said: Are you returning a favor? He said: No, I have desire to visit him except that I love him for the sake of Allah the Exalted. The angel said: I am a messenger from Allah to tell you that Allah loves you as you love him.” {Sahih Muslim 2567, grade: Sahih (authentic) according to Imam Muslim.}

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..

Bedah Hati Soal Cinta Milik Siapa..
Dikarang segala gembira, dilakar segala bahagia. Indah tiada terkata, bersama si dia yang tidak halal baginya. Di suatu masa, lara datang menyapa, pedih menahan segala luka. Sudah tak berhargakah segala bahagia yang ditinta bersama? Apakah janji sudah terkota, ingin bersama selamanya? Wahai hati yang sedang 'bahagia dalam lara', sedarilah sebelum hampa, ia nyata hanya silap mata permainan dunia sahaja. Jagalah cinta sebaiknya. Usah dibiarkan disapa oleh yang tidak patut menerimanya. IMAN di dada kata,"Jangan mengada2 bila si penggoda mula berkata2.." Di takat mana, kepedulian kepada jiwa? Lahirkan cinta sebagai seorang Hamba, kepada Yang Maha Mencipta, jua pada hanya yang selayaknya. Jangan sekali-kali berhambakan cinta yang dusta.

Harapanku AnNisa..

Harapanku AnNisa..
Wahai rijal! Bila saat hiba kesusahan menimpa, bagi seorang nisa',mengalirkan air mata dapat mententeramkan hati yang sedang kekalutan & kesedihan. Namun, jangan menganggap tangisan kami itu satu kelemahan kerana itu adalah fitrah seorang nisa'. Jangan sesuka hatimu mengambil kesempatan ke atas kami dengan membuatkan ramai nisa' sentiasa bergenang mutiara jernih. Jangan sesekali sentuh hati kami tanpa ada ikatan yang sah!! Nanti bisanya sentuhan itu akan melukakan hati antara kami di suatu saat. Lindungilah sebaiknya insan-insan yang sering mengalirkan air mata ini.