Apa khabar hati2 yang amat2 merindui pelukan kasih sayang Pencipta
& Pemilik Kekal hati?
Alhamdulillah,sudah meniti empat bulan langkahan ana di bumi Anbiya' ini..
Penuh kesyukuran dipanjatkan pada Ilahi, dengan takdirNya ana di sini.. Gagah menjalani tarbiyyah dariNya.. Tiadalah Allah swt meninggalkan hambaNya keseorangan walau di mana jua pun Dia meletakkan hambaNya,malahan lagi peritnya tatkala terpisah jauh dari insan-insan yang tersayang....
Moga sentiasa berada dalam rahmat & petunjukNya sentiasa..
Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw.. Semoga
bunga2 cinta kita kepada Baginda saw semakin mekar & haruman sunnah Baginda
saw sentiasa semerbak diharumkan oleh kita di detik2 berbaki kita di dunia yang
sementara ini.. Begitu kita mendambakan syafaat Baginda saw di sana nanti saat
yang lain sedang merintih & mencari bekal ke syurgaNya.. Moga dengan
rahmatNya,kita sama2 menapak ke Jannah Ilahi.. Subhanallah walhamdulillah wAllahu Akbar!
Alhamdulillah,sudah meniti empat bulan langkahan ana di bumi Anbiya' ini..
Penuh kesyukuran dipanjatkan pada Ilahi, dengan takdirNya ana di sini.. Gagah menjalani tarbiyyah dariNya.. Tiadalah Allah swt meninggalkan hambaNya keseorangan walau di mana jua pun Dia meletakkan hambaNya,malahan lagi peritnya tatkala terpisah jauh dari insan-insan yang tersayang....
Bagai kasih Ilahi makin subur memenuhi ruang hati ini.. Terasa
sebak, sayu & makin tunduk redha pada ketentuanNya.. Subhanallah, tapakan
makin kuat bila tarbiyyah di Ardul Kinanah berbondong-bondong menyinggahi
hari-hari ana di sini.. Tiadalah mampu bertahan insan yang lemah & kerdil
ini melainkan pinjaman kekuatan dari Al-Muhaimin,alhamdulillah, ya Mu'assiral
'Aa'mal..
Di sini tidak sama.. Ya, tidak sama dengan tempat kelahiran ana..
Jauh bedanya.. Namun,tadabbur pada alamNya yang terlalu indah ini, menghadirkan
suatu kedamaian & kebahagiaan berada di sini.. Lama-kelamaan menghadirkan
rasa syukur yang menggunung tinggi pada Ilahi.. Mengharapkan diri ini terus
ampuh menjalani kehidupan di sini..
خَلَقَ اللَّهُ
السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ بِالْحَقِّ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِلْمُؤْمِنِينَ
Allah menciptakan langit dan bumi dengan hak. Sesungguhnya
pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang
mu’min. (Al-Ankabut:44)
Pasti akan bertamu lagi tarbiyyah dariNya.. Kuatlah, wahai diri,
mujahidah agama yang bakal menjadi sayap kiri perjuangan Islami suatu hari
nanti.. Fighting!!
Setiap apa yang ingin dilakukan setiap insan itu, pasti besertakan
pengorbanan.. Sama ada kecil atau besar suatu pengorbanan itu, ia ada nilai di
sisiNya jika bertunjangkan semata keranaNya, bi iznillah.. Moga hati kita
terdidik untuk menjadi insan yang sentiasa utuh bermujahadah di jalanNya.. Masa
tidur yang tak mencukupi, masa yang diperuntukkan mneghadiri kuliah agama, masa
yang beberapa detik dihabiskan untuk menziarahi saudara, insyaAllah, yakinlah
bakal diganti olehNya.. Dengan doa, usaha & tawakal, bakal
membuahkan suatu kejayaan, kan? InsyaAllah, siapa tahu lagi 99 nikmat yang
Allah belum kurniakan pada hamba-hambaNya melainkan di sana nanti bakal
terjawab segala-galanya.. Hadith Rasulullah saw:
“Sesungguhnya
Allah SWT memiliki 100 rahmat (nikmat), satu rahmat dari padanya diturunkanNya
dan dibahagi-bahagi diantara jin, manusia, haiwan-haiwan besar dan kecil.
Dengan rahmat yang satu itu, semua makhluk tersebut saling sayang menyayangi
dan kasih mengasihi. Dengan rahmat yang satu itulah seekor keledai liar
menyayangi anaknya. Adapun rahmat yang 99 lagi disediakan Allah SWT buat
kehidupan di akhirat. Dengan rahmat yang 99 itulah Allah akan mengasihi
hambaNya pada hari kiamat”. (H.R.
Bukhari dan Muslim).
Tidak tercapai di fikiran kita, kan, apa yang Allah bakal
takdirkan buat kita di hari muka? InsyaAllah, sama-samalah kita membina,
melatih & menjadi hamba Ilahi yang soleh/solehah.. Moga hati2 kita sentiasa
dipeluk dalam rahmat kasih sayangNya..
Alhamdulillah, hanya setakat ini ana mampu mencoret bingkisan
hati.. Moga ia bersulam semangat buat diri ana & antum..
p/s: Hadirkanlah suatu senyuman di saat duka agar tiada hati lain
yang bakal terluka.. Itu adalah suatu pengorbanan yang bermakna.. Nahhh,senyuman
& doa diukir khas buat insan2 tersayang di Malaysia juga pembaca yang
dirahmati Allah! :)
Wallahu 'Alam..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh..
Meniup khabar dari,
AnNisa Asrar, Mansurah, Mesir..
AnNisa Asrar, Mansurah, Mesir..
salam ukhwah^^~
ReplyDeletetakecare~
sila bjalan2 di kwsn saya: langitjuara.wordpress.com
=)
salam ukhuwah fillah kembali.. :)
DeleteinsyaAllah..